Mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali menjelang musim peperiksaan memang menjadi impian setiap orang. Rasa penat lelah itu terus hilang apabila melihat keputusan yang diidamkan.

Namun, adalah sesuatu yang sangat luar biasa apabila seseorang itu mendapat gred 4.0 pada setiap semester. Berjaya mendapat gred (PMS) 4.0 untuk tujuh semester berturut-turut, Nur Athirah Rushami Zien telah menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM) pada majlis konvokesyennya di atas keputusan yang sangat cemerlang itu.

Mengikuti pengajian sarjana muda falsafah, undang-undang dan perniagaan dengan kepujian, anak kepada pasangan Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff dan Puan Zaini Yusoff ini berjaya menamatkan pengajian dengan purata gred (PMK) sebanyak 3.99. Hebatnya!

Berkongsi resepi kejayaannya, beliau mengatakan tiada rahsia yang luar biasa sebaliknya hanyalah memberikan sepenuh perhatian dalam kelas.

Menurutnya, biarpun program pengajian yang diikuti masih baru diperkenalkan, namun dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.

IKLAN

“Apabila kursus baru, ia agak sukar bagi pelajar dan pensyarah itu sendiri untuk membawa subjek yang perlu dipelajari, apatah lagi hanya 13 orang yang mengikuti kursus ini. Dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas dan para pensyarah, alhamdulillah segalanya dipermudahkan,” ujarnya yang berasal dari Perlis ini.

IKLAN

Kisah kejayaannya ini menjadi tular di laman twitter hinggakan mendapat perhatian daripada selebriti terkenal iaitu Neelofa. Beliau juga turut mahu memberikan hadiah istimewa buat Athirah. Untungnya!

Selain itu, ramai yang terinspirasi dengan kecemerlangannya dan mengharapkan agar kisahnya ini dapat menjadi ikutan buat semua. InsyaAllah.

IKLAN

kredit: twitter @Are_Fieqq

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI