Setiap individu mahukan hidup yang senang dan seboleh-bolehnya tiada siapa yang mahu hidup susah. Namun, jika anda mengalami hidup yang agak sukar berbanding orang lain, anggap sahajalah ia sekadar ujian daripada Allah Taala.
Mungkin Allah sedang menguji anda untuk menjadi seorang yang lebih bersabar dan berubah ke arah kebaikan. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan beberapa ayat Al-Quran untuk menjemput rezeki.
Photo by Abdulmeilk Aldawsari from Pexels
Seperti yang dikongsi oleh individu yang mahu dikenali dengan nama Bunga Pastel di laman IIUM Confessions tentang rezeki yang datang mencurah selepas mengamalkan surah Al-Waqiah setiap hari. Jika sebelum ini hidupnya agak susah, semuanya berubah selepas dia menjadikan surah Al-Waqiah sebagai amalannya.
Ikuti perkongsiannya…
Salam semua.
Sekadar berkongsi. Ambil yang baik, buang yang buruk.
Ads
Saya tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal sy cari kerja part time je. Kedai high end, kedai makan, you name it, semua saya apply. Akhirnya sangkut satu company, buat sales, tapi takda basic, komisyen sahaja. Bidang pun sy tak minat. Kos nak pergi kerja lagi bukan murah. Lepas reject tawaran tu, saya fikir banyak kali, kenapa lah tak cuba je kerja tu, entah entah saya boleh perform, dapat la jugak gaji. Memang menyesal. So saya job hunt lagi, berbulan lamanya.
Photo by Ahmed Aqtai from Pexels
Saya terbaca confession kat page ni, pasal Al-Waqiah magnet rezeki. Ya, benar. Ada satu malam tu, lepas solat subuh, saya baca Al-Waqiah, niat utk dimurahkan rezeki. Tapi Allah sentuh hati saya malam tu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah tu sekali. Saya ingat maksud surah tu berkait dengan rezeki, rupanya tidak.
Sayu hati masa baca, teringat banyak dosa saya buat sebelum ni. Saya buat solat sunat taubat. Zikir tak henti, mintak ampun tak henti, doa tak henti. Sampai saya letih. Esok nya saya sambung cari kerja semula. Then petang tu, saya bukak email, ada dua email dari company yang saya pernah apply.
Email pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul doa, lagi lagi banyak dosa saya sebelum ni. Saya pun bukak email kedua, mungkin company ter-resend email sama. Tapi sbenarnya email kedua tu jemput saya pergi interview, untuk jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak mesti saya dapat kerja tu, tapi sekurangnya diberi peluang untuk pergi interview, dapat atau tak, tu Allah je boleh tolong.
Ads
Photo by Monstera from Pexels
Selang beberapa hari, saya dapat mesej dari bekas majikan saya, tanya saya free tak, nak mintak saya kerja dengan dia satu dua hari, Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada jugak dapat duit dari tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Berkat terawih tiap malam juga agaknya, ada akak ni yang saya selalu bertegur kat masjid, dia tanya saya nak kerja tak. Gaji mahal, tapi part time. Alhamdulillah.
Nampak tak the power of dua’s on Ramadhan, the power of Al-Waqiah, the power of taubat, the power of ibadah. Tiga tawaran kerja part time sekali gus. Saya cari part time sebab saya duduk di negara orang, visa lagi beberapa bulan expired. Saya student di negara yang islamophobia kuat. Saya bertudung, Islam. Jadi memang lagi susah kalau nak dapat kerja.
Apa pun saya bersyukur sangat sekarang. Jadi yang belum dapat kerja, or duit asyik tak cukup, cuba lah baca Al-Waqiah, solat fardhu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita. Perancangan Allah hebat, jadi jangan pernah putus asa.
Ads
Sumber: IIUM Confessions via Kuali Panas
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak-anak istimewa yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini selalunya dikurniakan akal fikiran yang kuat dan hati yang terang, meski diuji dengan ketidaksempurnaan.
Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh seorang gadis istimewa yang dikenali sebagai Sayidah Fatimah Nabihah, yang berusia 19 tahun apabila diuji dengan penyakit Autisme.
Namun, ketidaksempurnaan yang dimiliki bukanlah halangan untuk dia berjaya sebagai umat Islam dan mempelajari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghafaz sebanyak 23 juzuk daripada kitab suci Qalamullah itu.
Hijabista difahamkan bahawa, hijabi istimewa anak kelahiran negeri bawah bayu, Labuan Sabah ini merupakan penuntut di Sekolah Tahfiz berasrama di Madrasah Darul Hadis sejak usianya 13 tahun lagi.
SubhanaAllah bertapa besarnya keagungan Allah yang telah mengurniakan akal fikiran dan hati yang terang buat hijabi istimewa ini sehingga mampu menghafaz bait-bait ayat dalam kitab suci walaupun diuji serba kekurangan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Fatimah apabila dia gagal menamatkan pengajian kerana seringkali mengalami ‘tantrum’ di asrama dimana dia melaksanakan pengajian Al-Quran, ekoran masalah Autisme yang dihadapinya.
Cakna berkenaan permasalahan yang dihadapi adik istimewanya, kakak kepada Fatimah yang dikenali sebagai Sayidatul Syahirah atau dikenali sebagai Humaira berusia 32 tahun tidak patah semangat.
Justeru, Humaira mengambil satu inisiatif untuk memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya itu dan melakukan perniagaan mudah, bertujuan untuk membantu perkembangan kognitif Fatimah agar dapat terus berkembang.
“Saya mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, di mana ia dapat membantu adiknya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.
“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai / tanpa tunai untum memudahkan Fatimah melakukan urusan merekod jualan,” ujar Humairah menerusi hantaran Facebook yang dibuat
dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.\
Menurut Humaira lagi, selain merangsang perkembangan ‘kognitif’ Fatimah, aktiviti
Perniagaan mudah yang dicipta ini, dalam masa sama mampu memupuk sifat berdikari dalam diri Fatimah kelak.
Jadi Fatimah mampu menjaga dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Humaira.
“Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.
“Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya Fatimah mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya,” kongsi Humaira.
Sekadar info, sejak dikeluarkan dari asrama. Fatimah kini tinggal bersama Humaira. Malah, Humaira kini bertindak membantu Fatimah untuk memulakan perniagaan mudah miliknya.
Reda. Mungkin ia tidak semudah yang menyebut perkataan ini. Namun sebagai umat Islam, kita harus menerima setiap apa yang berlaku dengan reda. Walaupun mungkin sesuatu ujian itu agak berat namun kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka.
Reda dengan qada’ dan qadar itu ialah menerima segala ketetapan Allah dengan penuh ikhlas, tunduk dan patuh sama ada suka atau duka yang melanda. Hati tetap melaluinya dengan tenang dan lapang serta tidak menyangkal akan segala yang ditetapkan ke atasnya.
Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Setiap manusia akan diuji melalui jalan kesenangan, kejayaan dan ada juga yang diuji melalui masalah mahupun musibah. Allah Mengetahui sejauh mana kekuatan dan kemampuan hamba-Nya.
Saat ditimpa ujian, Islam mendidik jiwa agar bersabar, bertawakal dan diakhiri dengan reda. Mereka yang menerima segala ketetapan dan peraturan daripada Allah adalah yang paling redha dengan takdir-Nya.
Jika kita memilih sebaliknya dan mempertikai peraturan Allah seperti kenapa harus aku berhijab, maka ia dicela oleh Allah seperti dalam hadis Qudsi:
من لم يرض بقضائى ويصبر على بلائى فليلتمس رباً سواى
“Barangsiapa yang tidak reda terhadap qadak Ku serta tidak sabar terhadap ujian Ku, maka carilah Tuhan lain selain Ku.” (Hadis Riwayat Thabrani)
Dalam sebuah hadis, daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda :
(Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sebagai Nabiku).’ Ketika masuknya waktu petang hari sebanyak tiga kali dan di pagi hari tiga kali, maka wajib bagi Allah untuk meredhainya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad no. 18200)
Namun, apakah semudah itu jalan untuk menggapai reda Allah? Ia bukan semudah itu. Mari kita berazam untuk jadikan zikir ini sebagai amalan harian kita. Dibaca 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang. Mudah-mudahan dengan beramal dengannya kita beroleh reda Allah di Mahsyar kelak.
HIJABISTA: Seperti yang kita ketahui, kehidupan kita hari ini adalah bersifat sementara. Oleh itu berusahalah untuk mendapat kereadaan dari Allah demi kehidupan abadi dunia dan akhirat.
Sebelum ini tulisan wanita ini mengenai percutian di Jogjakarta teruk dikecam netizen. Namun sebagai penulis blog yang tegar, Eswati Azni Jaafar tidak pernah patah semangat untuk terus menulis. Dia yang memang seorang kaki travel meneruskan lagi catatan di blognya. Kali ini dia menulis trip ke kota Bandung.
Nampak simple, tetapi catatannya kali ini cukup bermakna kerana percutian bersama teman-teman yang sama belajar di universiti. Malah catatannya kali ini mengajak ramai wanita di luar sana untuk memberi ‘me time’ pada diri sendiri setelah sibuk menguruskan persekolahan anak awal tahun ini.
Awal januari baru ini, akhirnya aku berjaya membawa rakan rakan semasa belajar di USM dulu ke kota bandung. Opkoslah kerana nak ber “me time” tambahan pula ada diantara kami yang belum berpeluang untuk ke luar negara. So inilah Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung ke bandung. Short and Sweet jer.
Maklumlah ada antara kami yang susah nak dapat lesen berjalan atas komitmen kerja dan keluarga . Dah dapat 3 hari 2 malam ini pun bersyukur lah sesangat kan…Sangkaan awal mereka kos akan melebih RM1200++.
Aku bilang,
kalau aku kenakan charge sebagai agent memang la korang kena bayar dengan harga macam tu, ini aku yang jadi planner untuk korang ler.
Sebenarnya, renyah dah susah juga nak set time, belum lagi masa nak book flight. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh buat kerja kerja renyah macam ni. Kalau agen pelancongan tak apalah kan, hahah berbayar. Tapi, bagi aku janji aku dapat berlibur dengan kawan kawan disana. Maklumlah ada yang hampir 15 tahun tak pernah berjumpa. Jadi kita amik lah pahala rapatkan silaturrahim sikit sebanyak yer dak? Lagipun sementara semua masih sihat . Umur pun semua dah 44 tahun sikit lagi nak masuk 5 series.
Korang tahu, satu entri aku berkenaan Libur di Yogyakarta memang di kecam hebat dalam satu group backpackers di FB. Niat aku hanya nak share sahaja apa yang aku rasa the other side of yogyakarta instead of cerita yang best sahaja. Tak nak nak jadi macam aku, sebab dengar yang best sahaja End up aku sendiri agak frust bila sampai ke sana. Kekurangannya di Yogyakarta ni memang kurang bab shopping, ataumungkin yang aku tak jumpa. Yang aku nampak banyak shopping batik sahaja. Dan satu lagi lokasi antara satu spot sangat jauh selain dari harga yang dikenakan untuk setiap spot yang sangat mahal bagi aku. Nak tau korang kena lah baca entri aku pasal Yogyakarta. Cuma aku nak cakap kalau untuk percutian rileks2 macam tak sesuai ke yogyakarta, better bandung.
why we choose bandung ?,sebabnya yang pergi trip ini kategorinya ada lah pertama kali, perempuan, suka shoppingso Bandunglah tempat yang paling sesuai. lagi pun dengan masa yang ada hanya Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung, masa itu penting tambah pulak dia orang semua jenis nak rasa semua benda kan, makan +shopping+view+libur. So aku tetap rasa bandung ini juga tempat yang best untuk bercuti melainkan kita memang betul betul hardcore peminat sukan lasak sesuai sangat nak ke Yogyakarta seperti hiking, dan aktiviti seperti turun bukit and lain lain.
Kalau setakat nak selfie jer err.. bandung pun dah menyediakan spot yang menarik. Apa yang ada di Yogyakarta sekarang ni banyak juga telah dibuat di bandung . Tapi journey untuk sampai ke sesuatu kawasan di bandung lebih dekat dan tidak mengambil masa. Bandung memang sangat sesuai untuk bawa anak anak sekali.
Maklumlah aku ni dah berumur 44 kan takde lah nak acah acah mcm orang muda, kalau nak travel nak pikir suami macamana, anak macamana.. haa gitulah mak mak.
Sebaik kami sahaja kami decide untuk travel bersama, Mula-mula terfikir juga jakarta, Bangkok dan bali tapi Bandung menjadi pilihan kerana ada pelbagai kategori. Jika dibandingkan dengan Jakarta sebenarnya harga tiket ke sini sedikit mahal. Harga tiket selalunya boleh dapat dalam RM 250-RM350 untuk return jika 5 months sebelum berangkat tapi kali ini kebetulan Malindo Air ada buat promosi flight + hotel : RM489 pada bulan August yang lalu. So we all terus grab
Next step aku suggest pada kawan kawan aku ni buat kutu bandung, RM50 untuk setiap bulan dari bulan Aug 2017 – Jan 2017, Jadi tidaklah rasa terbeban sangat untuk kawan kawan semua.
Perjalanan bermula, ada yang menaiki bas dari sini untuk KLIA.
Flight pukul 8 pagi, pastikan ada di sana dalam 5.30 pagi untuk urusan drop baggage dan sembahyang subuh. Malindo di KLIA 1 yer.
Nak info perjalanan boleh google skybus. Parking kat open parking kalau one card member sehari rm2. Kalau tak sehari rm3
Sebaik sampai di airport, supir dari Kiki bandoeng transport dah bersedia menunggu. Normally dia akan bekalkan portable hostpot dan boleh terus top up online. Kelebihan dengan kiki bandung ni sebab ada potter sedia menanti di pasar baru untuk guide dan bawa barang barang shopping. Memang mabeles part ni. Kalau di pasar baru ni letih bawak barang pun boleh spoil mood tau.
Ini kali kedua aku menggunkan khidmat kiki bandung. Boleh wassap pada no ini +62 85221660678 www.kikibandungtrans.com. So far okay and menyenangkan.
Ini tempat wajib kalau datang ke bandung. Tak lengkap rasanya kalau tak datang. Tapi dinasihatkan berhati hati kalau pergi ke sini. Handbag tu pastikan berada di hadapan yer.
Pastikan beli lace, baju renang muslimah, telekung, tudung, pisang cheese, kacang bandungdan lain lain. Untuk orang yang tak biasa shopping macam agak capek atau penat. Ada geng kami yang sampai demam dan kena pergi urut malam tu. hahahah maklumlaah dah 40an mestilah stamina kurang yer dak. So nasihat untuk orang yang kurang aktiviti macam ni pastikan tidor malam awal dan ada ambik supplement yer.
Kalau dah penat memang lah tak best nak shopping, serius tak best.
Ada kawan yang dah kelaparan, jangan risau.. ada food court di tingkat atas. Kali kedua aku datang dia orang bawa kedai yang sama. Harga okay tapi sikit mahal hahah sebab aku expect semua di Indonesia mestilah murah heheh.. Dia cadangkan amik set, tapi we all tak makan pun sayur-sayur tu.
Aku tetap rasa food court situ mahal. Ada yang aku dtg sendiri makan di salah satu kedai di situ aku rasa mahal juga. Tapi tiada pilihan sbb nak kejar masa.
Hotel Fave Hotel yang we all pilih di braga,. Hanya untuk urusan check in, sembahyang, dan untuk bersihkan badan. Very basic hotel tapi lokasinya di dalam Mall. Tapi kami sendiri tidak sempat untuk pusing area sini sebab nak kejar ke tempat lain
Kebetulan salah seorang kawan plan untuk bisnes, jadi supir bawa ke sini. hurmm.. agak outdated bagi kami so end up tiada siapa pun bershopping disini.
Kata orang tempat ini wajib sampai kalau nak p factory outlet. Lokasi dan persekitaran memang best. Ini kali ke 6 sampai. Hurmm.. harga rumah Mode agak tinggi lah. Tapi masih dapat grab beberapa baju untuk anak dan diri sendiri.
Memang dah plan untuk dinner yang boleh menyaksikan bandar bandung. Lokasi berada di kawasan bukit di jalan Dago. Memang best sangat. Harga makanan masih reasonable dan murah berbanding dengan harga malaysia. Sirloin steak boleh dapat dalm RM35.00 Jika dibandingkan dengan suasana dan ambience cafe ini bagi aku memang sangat berbaloi lah.
Ada kawan aku cakap alamak mahal kut tempat ni. tapi aku bilang.. “Dun wori.. semua dah include dalam bajet rm300.00 kita kutip setiap orang tu” terus muka sorang sorang happy. Yerlah , tempat ini agak ekslusif kalau dekat malaysia mau makan riban kut untuk 7 orang.
Seawal 7.00 pagi aku dah set dengan kawan kawan perlu siap. Kalau tak memang akan banyak miss, sbb takut dengan macet disana yang tak berapa best hehehe. Promosi malindo yang kami ambil ni without breakfast. Pak supir bawa kami ke Kampiun antara cafe yang telah buka awal pagi. Cozy place dan nasi goreng dia sedap.
Ada banyak spot yang menarik di sini. Entrance fee pun murah jer, siap tebus dapat coffee. sangat sangat relaxing. juga ada beberapa sub taman yang disediakan seperti taman arnab, taman keretapi dan kalau dah penat ada beberapa pondok yang best untuk lepaskan penat lelah.
kalau ada anak anak memang bestlah, itulah yang mak mak ni dok ulang cakap. Selain itu tarikan disini ada gerai gerai jual makanan indonesia.
Ini antara tarikan terbaru, 2 tahun lepas (2016) belum ada lagi or maybe aku yang tak perasan. Cantik jugak setiap rumah yang dibina khas untuk anak anak. Ala ala kidzania. Setiap rumah ada offer beberapa experience yang berlainan cthnya fire dept, police station and lain lain. Kalau bawak anak anak pastikan you all dtg sini ok.
Lokasi memang berdekatan dengan floating market. Ada shortcut untuk masuk ke kawasan ini dan juga harus di bayar entrance fee berasingan.
Dusun bambu ni kira wish list aku sendiri, aku memang terpesona dengan sangkar burung yang ada disediakan malangnya cuaca hari tu angin agak kuat, so kawasan tersebut ditutup sebab dikhuatiri akan jatuh kepada pengunjung.
Dalam kawasan dusun bambu ada macam macam tarikan semula jadi. Pengunjung perlu naik buggy ke kawasan utama. Terdapat rumah rumah sawah yang disediakan untuk orang yang ingin menikmati pengalaman di sawah padi. Selain itu terdapat tempat makan yang besar, ada beberapa taman bunga yang disediakan. Untuk anak anak pula ada kawasan rekreasi comel dan menarik.
Di kawasan ini juga terdapat kawasan tasik yang sangat nyaman, dan kita boleh juga menikmati makanan sambil menikmati pandanagn tasik di dalam rumah rumah kecil di situ.
Kalau ikut banyak masa memang teringin juga tapi sebab ingin bawa kawan kawan ke kawasan kampung daun selepas ini .
Kampung Daun ini kiranya tempat favourite aku dari dulu. makanannya enak, dan ambience didalam hutan dan dengan deruan air terjun itu yang buat best dan menarik.
Kalau dahulu perlu tunggu lama dan beratur untuk dapat tempat makan tapi hari yang kami pergi orang agak kurang. Hurmm.. timbul tanda tanya juga, kenapa agaknya. Aku mengandaikan banyak tempat attraction baru yang telah di buka dan persaingan yang hebat. Tapi macammana pun kami sangat enjoy di sini sambil melayan makan, sembang sembang dan juga menikmati pemandangan yang best sehinggalah terlari planning seterusnya. hahahha.
Kami sampai agak lewak, rasanya dalam 4,30 petang dan park ini akan ditutup dalam jam 5.30-6.00 petang. Terdapat beberapa attraction menarik disini. Tapi disebabkan tiada masa kami terpaksa memilih spot yang kami nak pergi.
Kawasan ini pun rasanya attraction baru, kiranya dapat memuaskan hati anak anak dan semua peringkat umur. Kalau orang tua mesti nak relaks2.. anak anak pula pasti nak main aktiviti berbasikal dan memanjat.
highly recommended untuk bawak keluarga bercuti di kawasan ini
Nasib baik sebelum sampai ke sini ada dengar . pasar perfume bandung yang murah dan berkualiti. Inilah kali pertama aku sampai ke kawasan ini. Sebelum ini agak skeptikal dan aku bukanlah pandai sangat bab perfume. Tapi ada geng geng yang dah buat study terlebih dahulu , dah google info perfume disini.
Hanya mentioned kepada supir untuk bawak kemana mana perfume store dan kami telah dibawa ke perfume “wi” yang terletak di jalan….
Harganya memang best lah. Rm12 untuk botol kecil, dan yang paling best boleh pilih ikut kataloq. Boleh lah untuk buat pakai santai santai kan. Aku sendiri grab 5 botol untuk dibawa pulang and bagi aku sangat sangat berbaloi.
Agak kecewa dengan Rumah Mode semalam, kali ini aku ajak untuk pergi timbal balas di factory outlet yang lain . hurmm.. lagi banyak pilihan untuk aku sebab aku mencari baju baju yg bertangan panjang dan blouse kerja. Harga boleh dapat around rm 40-rm60.
Kami balik hotel sempat lah nak bermandi manda sekejap dan terus bersiap untuk makan malam. Memang bercadang nak pusing pusing di kawasan braga sahaja sebab disitu pun banyak kawasan yang menarik sebernarnya.
Disebabkan agak lewat hanya beberapa restauran sahaja yang masih buka. Kami terpaksa memilih restoran braga ini, sebab ini antara restoran yang akan bukan sehingga pukul 1 pagi.
Malangnya servis agak lambat, dan makanan tidak berapa enak. Kalau lihat rupa setup kedai ini memang hebat betul tapi itulah Indah khabar dari rupa.
kalau datang ke bandung tak datang ke sini amatlah rugi. Segala kek dan pastri keluaran kartika sari hanya boleh dpt di jajahan bandung. malah dengarnya orang jakarta pun turun ke sini .
Baraang wajib beli segala jenis brownies and kek., bagelan atau roti bandung, kalau teringin tahu semedang sini pun ada jual.
Pisang cheese pun ada tapi agak mahal berbanding di pasar baru.
2. Pasar baru lagi
memandangkan flight pukul 3 jadi saya cakap kita ada masa shopping sehingga pukul 12. so ada masa dalam 2 jam lagi as long tahu apa yang nak dibeli.
Sempatlah teringat nak tambah telekung, tudung dan juga bedak Pixy .. hahaha yes aku beli sbb orang kata best. Aku beli dengan harga RM11.00 sahaja.
Alhamdulillah sampai seperti yang di plan. Flight delay sejam, jadi kami sempat susun barang semula. Dalam gambar bawah ni yang kotak kotak tu hehehe adalah pisang salai dan juga kek dari kartika sari. Sebaiknya kek dan brownies tu bawak lah ke atas.
Sebelum mengakhiri catatanya dia turut memberi beberapa tip bagi hijabi yang mahu ke Bandung.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.