Dalam lambakan produk kecantikan yang sudah dibeli adakah ia memiliki lima senarai bahan wajib bagi satu produk kecantikan? Apabila membeli jangan hanya melihat kepada populariti produk dan juga packaging yang cantik. Apa yang penting adalah bahan yang akan membantu menjadikan kulit anda lebih sihat dan menawan.

  1. Asid Hyaluronik .

Asid Hyaluronik merupakan satu molekul ajaib yang membantu kulit anda kekal terkidrat. Ia membantu menahan air bekali ganda agar kulit kelihatan lebih anjal dan juga berseri. Untuk penggunaan produk yang memiliki kandungan ini, disarankan anda menggunakannya di waktu pagi agar mendapat manfaat sepenuhnya.

Penggunaan produk yang mengandungai Asid Hyaluronik ini wajib jika anda melakukan proses pengelupasan kimia atau chemical peels kerana ia dapat menembus dengan lebih dalam dan meningkatkan hasil rawatan sekaligus mempercepatkan pemulihan.


.

  1. Tabir Suria (Sunscreen)

Krim tabir suria ataupun SPF seperti yang kita selalu lihat pada produk-produk kecantikan sangat penting dalam melindungi kulit wajah dari terbakar dek sinar matahari. Mengoles krim tabir suria melindungi kulit anda untuk kelihatan cepat tua serta mengurangkan risiko anda mendapat kanser kulit. Selain itu ia mampu membantu mencegah pigmentasi.

IKLAN
  1. Asid Salisilik

Fungsi bahan ini adalah untuk membersihkan pori-pori dan menghilangkan minyak berlebihan sekaligus mampu mencegah kemunculan jerawat. Ia juga membantu mengecilkan liang pori. Produk kecantikan yang memiliki bahan ini tersedia dalam jenis toner dan juga pembersih.


.

IKLAN
  1. Vitamin C

Seperti yang anda sedia maklum vitamin C adalah vitamin yang sangat penting untuk tubuh dalam meningkatkan antibody. Bahan ini juga amat bersar jasanya untuk menjaga kecantikan, nilai antioksidan yang tinggi membantu melindungi kulit dari rosak dek sinar matahari dan juga pencemaran.

Mampu mencerahkan kulit, gunakan produk yang memiliki bahan vitamin C pada pagi hari untuk kesan yang baik. Selain produk untuk muka, amalkan selalu mengambil air suam yang dititis jus segar lemon untuk bekalan vitamin C pada tubuh.

IKLAN


.

  1. Retinoids

Molekul anti penuaan utama. Ini membantu meningkatkan pergantian sel, memastikan warna kulit yang sekata serta mendapatkan tekstur yang lebih halus, dan mengurangkan garis-garis halus. Ia paling baik digunakan setelah memasuki usia 30an dan harus digunakan sebagai salah satu proses pembaikan kulit pada waktu malam. Walau bagaimanapun, kulit juga memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan molekul ini.

Gunakannya dengan sedikit demi sedikit apabila kulit sudah serasi baru gunakan secara total. Cara lain yang baik untuk mengatasi keradangan kulit adalah dengan menggunakan kaedah yang dikenali sebagai “retinoid sandwich,” yang bermaksud menerapkan pelembap pertama diikuti oleh retinoid, dan kemudian melembapkan semula.

Sumber: Cosmopolitan India

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI