Minyak ikan (fish oil) didapati melalui pengambilan ikan secara terus atau dalam bentuk suplemen. Mengandungi dua jenis asid lemak omega-3 iaitu asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA), minyak ikan adalah salah satu suplemen yang paling popular.

Minyak ikan memiliki kandungan omega 3 yang memberi impak besar kepada kesihatan tubuh badan. Maka sebab itulah ramai yang menjadikan minyak ikan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.

Photo by pixabay from Pexels.

BETULKAN MENGAMBIL SUPLEMEN FISH OIL (OMEGA-3) MEMBERI MANFAAT? 

Ramai orang yang bertanya berkenaan minyak ikan (fish oil). Selalunya dalam fish oil ada tertulis EPA dan DHA.

Selain dalam fish oil, omega 3 juga terdapat dalam krill oil dan fish liver oil. Walaubagaimanapun, fish liver oil mempunyai kandungan vitamin A dan D bersama di dalamnya.

Pengambilan Vitamin A dan D yang berlebihan adalah bahaya. Banyak kajian terperinci yang telah dijalankan terhadap omega 3, khususnya yang dijumpai dalam ikan dan supplement minyak ikan (fish oil).

Photo by leohoho from Pexels.

APA YANG TELAH KITA TAHU BERKENAAN OMEGA-3? 

*Supplement omega -3 tidak mengurangkan risiko penyakit jantung. Walaubagaimanapun, mereka yang makan ikan dapat mengurangkan risiko kematian dari penyakit jantung 1-4x ganda.

*Ini mungkin kerana ikan dan seafood mempunyai kadar omega 3 yang cukup. Pengambilan yang yang berlebihan tidak semestinya lebih baik.

IKLAN

*Pengambilan omega-3 yang tinggi dapat membantu turunkan level trigeceride dalam darah.

*Membantu mengurangkan simtom rheumatoid arthritis.

*Ada kajian yang dibuat mengatakan bahawa omega 3 bagus untuk depression, ADHD dan Alzheimer,tetapi bukti masih belum jelas.

*Wanita yang mengandung dan menyusu bagus untuk mengambil ikan/seafoods dalam 240g sehingga maksimum 360g sehari untuk perkembangan awal. Pilih yang rendah methyl mercury.

*Untuk keadaan lain, tiada bukti kukuh setakat ini yang kaitkan omega 3 memberi manfaat.

IKLAN

BAGAIMANA PULA DENGAN KESELAMATAN PENGAMBILAN OMEGA-3? 

*Jika ada, hanya mild sahaja.

*Kurang bukti jelas yang mengatakan kaitan omega 3 dan prostate cancer.

*Jika anda mangambil ubat pembekuan atau pencairan darah atau alergik kepada ikan, dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambilnya.

Photo by nataliya-vaitkevich from Pexels.

CADANGAN:

1. Makan ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

IKLAN

2. Makan makanan laut (seafood)mungkin sekali seminggu jika mahu.

3. Jika mahu mengambil fish oil, perlu membaca label.Selalunya 10-20g fish oil mempunyai lebih kurang 1.8-3.6g EPA/DHA. Pengambilan dalam 3g EPA/DHA sehari masih selamat.

4. Andai anda ada mengambil ubatan untuk masalah jantung , dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplement fish oil.

Sumber kredit: Clinical Dietitian Mohd Khairul Azuan Top image: Photo by kindel-media from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI