Walaupun terkejut dengan perkhabaran bahawa ibu tercinta disahkan menghidap kanser tahap empat, namun selebriti terkemuka Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa Chef Wan tetap tabah menjalani kehidupannya seharian.
Biarpun sedih di dalam hati, namun luahnya beliau tidak mahu menunjukkan kesedihan itu pada orang ramai sebaliknya mahu mengambil cabaran ini dengan baik dan terus membahagiakan ibu yang tercinta iaitu Noraini Abdullah,89.
Selepas menerima berita yang menyedihkan iaitu ibu saya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat, saya mengambil keputusan untuk membawanya ke makan tengah hari bersempena hari jadi HRH Sultanah Kalsom yang dihoskan oleh kawan Korea kami, Jae.
Tuanku sangat menyayangi dan memuja ibu dan memanggilnya sebagai Cikgu Ani yang saya sayangi.
Kami tiba lewat untuk makan tengah hari kerana semua ujian Memmogram dan pemeriksaan fizikal.
Kami berdua dengan cepat mengambil gambar dengan perhiasan kepala yang kelihatan lucu sebentar lalu duduk untuk makan tengah hari.
Ibu begitu gembira dan teruja melihat semua orang walaupun tidak mengetahui keadaan kesihatannya.
Walaupun sedih dan patah hati pada pagi itu kerana menerima berita yang mengejutkan, namun saya bertekad untuk tidak menunjukkan kesedihan saya kepada ibu dan semua orang.
Ads
Pada masa seperti ini, apa yang saya harus saya lakukan adalah saya perlu menghabiskan banyak masa berkualiti dengannya.
Buat dia ketawa siang dan malam supaya dia mendapat rawatan perubatan terbaik, keselesaan dan kebahagiaan yang sewajarnya.
Ya memang banyak yang sudah saya lalui sejak bekas isteri saya meninggal dunia tetapi bila memikirkan perkara ini, saya tidak harus putus asa dan perlu terus semangat saya untuk ibu dan keluarga saya.
Inilah kehidupan.
Ads
Tidak kira bagaimana cabarannya, anda akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk kekal menjadi manusia yang bertanggungjawab, penyayang, baik dan penyayang.
Saya sentiasa rasa jika Allah tidak rasa Wan boleh memikul tanggungjawab ini yang pasti dia tak akan menduga saya.
Jadi, daripada bersedih baik saya ambil cabaran ini dan berjanji untuk menjaga ibu saya sampai la ke hujung nyawa dia nanti.
Lihat ibu saya di situ seperti Mak Ayam!😂
Ads
Tidak mengapa saya ada di sisimu di setiap saat sedih dan gembira.
Persahabatan kita semua di sini adalah kekal selamanya.
Entrinya itu mendapat ratusan komen daripada pengikut laman Instagramnya yang turut berkongsi kisah yang sama. Mereka juga turut mendoakan agar beliau tabah dan ibunya diberikan kesembuhan daripada Tuhan.
Krisis air yang berlaku di kebanyakan daerah di negeri Selangor membuatkan pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew berasa terpanggil untuk menolong mereka yang memerlukan.
Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, beliau telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Batu Caves, Selangor.
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama AJK surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa ya. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.
Kita mesti pernah alami situasi dimana nama kita dipanggil-panggil mak sewaktu sedang solat. Lepas tu terus rasa keliru nak teruskan solat ataupun jawab panggilan mak ya? Kalau tinggal solat takut dosa, tak menyahut panggilan mak takut dicop anak derhaka pulak.
Jadi, apakah tindakan sebetulnya yang perlu kita lakukan? Bagi mengelakkan salah faham, mari kita baca penjelasan yang telah diberikan oleh Da’i Luqman ini di laman twitternya.
KALAU MAK CALL (PHONE) MACAM MANA PULAK CHAQ? __ Bab solat fardhu, hukumnya sama ja mcm info yg chaq share kat atas. Cuma bab fon ni ada keringanan sikit. Contoh, kita solat sunat, mak kita call, tapi fon dalam keadaan silence, atau fon dalam mode dering tapi kita tak tahu siapa yang call, maka dimaafkan untuk kita tak menjawabnya . Tapi lepas solat tu cepat2 lah call mak balik. Takut ada hal-hal kecemasan. Wallahua’lam 😊
Apa yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah ini adalah begitu tinggi Islam memuliakan darjat ibu bapa berbanding amalan sunat yang lain. Oleh itu, lakukan yang paling penting dahulu sebelum melakukan amalan sunat yang lain. InsyaAllah hidup kita akan lebih diberkati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat tahajud antaranya:
1. Menghapus dosa dan mencegah daripada melakukan dosa
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
2. Ketakwaan dapat dilihat melalui wajah
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
3. Melancarkan aliran darah
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
5. Jaminan masuk syurga
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Dicintai Allah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk.
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4.00 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajud.
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that good habit (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Wah, kita tidak “align” dalam diri kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!