Sejak memutuskan untuk berhijab tiga tahun lalu, selebriti ini sentiasa menjadi perhatian pihak media. Ternyata bentuk wajah serta personalitinya menyerlahkan lagi kejelitaan diri yang sebenar. Malah jarang cerita viral Singgah dalam diari kehidupan, sebaliknya hanya cerita kejayaan bergelar usahawan mengiringi perjalanan hidup Sherry Ibrahim atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 35 tahun.
Namun baru-baru ini Shery terpalit dengan satu isu yang sedikit sebanyak mengganggu dirinya kerana menjadi buruan media. Biarpun begitu, sikap tenang menjawab segala persoalan yang menjadi kekuatan berdepan situasi berkenaan.
Biarpun begitu kehadirannya ke Studio Karangkraf untuk sesi fotografi sempena Edisi Hijabersary baru-baru ini tidak berkisar pada persoalan itu, sebaliknya lebih menyelami perjalanan hidupnya dalam penghijrahan bekas pramugari yang pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti lelaki popular.
Maksud definisi hijab pada Sherry
Hijab bagi Sherry adalah suatu tuntutan yang wajib pada semua wanita bergama Islam. Jika sudah bersedia why not dan yang sudah berhijab teruslah kekal istiqomah. Untuk kekal istiqomah pula pastikan ada teman-teman yang baik boleh tegur setiap kesilapan yang kita lakukan.
Tiada Situasi Yang Menyusahkan
Sudah 3 tahun berhijab dan dalam tempoh itu alhamdulillah tidak ada-apa situasi yang membuatkan saya susah. Sebelum berhijab pun Sherry ada dengar macam-macam cerita misalnya sakit kepala bila pakai inner. Tapi alhamdulillah Sherry dari mula berhijab sampai sekarang tiada masalah begitu. Segalanya seperti dipermudahkan. Cuma kadang-kadang dugaannya bila kita ada photoshoot ada yang nampak seluar singkat atau anak rambut yang boleh menjadi bahan kecaman netizen di luar sana. Tetapi biasanya bila Sherry rasa macam dah terkeluar sikit dari landasan, cepat-cepat Sherry akan muhasabah dan berpatah balik.
Ads
Jadi bagaimana agaknya untuk Sherry terus kekal berhijab?
Sebenarnya bila kita sudah berhijab, memang banyak dugaannya. Bagi Sherry setiap teguran yang datang itu Sherry take it positif dan jangan rasa marah atau sebagainya.
Kita Manusia Tiada Yang Sempurna
Sebenarnya Sherry beruntung kerana di kelilingi kawan-kawan yang baik. Mereka sangat protective dan pantang nampak apa yang tak betul dengan penampilan Sherry. Contohnya kalau ada photoshoot dan tudung dipakai nampak leher, cepat-cepat mereka akan ingatkan untuk tutup. Mereka inilah yang sering tegur apa yang tak kena dengan penampilan dan kadang-kadang buat kita lupa. Biasalah kita manusia ini tidak begitu sempurna dan kalau ada kesilapan yang Sherry buat dan ditegur dalam media sosial, Sherry tak akan ambil hati. Sherry ambil itu sebagai satu nasihat berguna.
Ads
Baju Yang Longgar Dan Stail Yang Menarik
Dari dulu Sherry memang suka tengok penampilan Laudya Cynthia Bella . Bagi Sherry dia seorang wanita Muslimah yang begitu menjaga penampilannya. Kita lihat dia sering mengenakan baju yang longgar tapi masih ada stail dan menarik mata menandang. Bukan itu saja, dia juga turut mengenakan stoking, baju labuh tapi still can style and stailo. Sama seperti kawan baiknya Zaskia Sungkar. Sherry memang suka dan respek lihat mereka berdua. Sherry suka lihat penampilan mereka dan ia memang beri inspirasi pada Sherry. Sebenarnya ia juga boleh jadi inspirasi hijabi di luar sana yang boleh berbisnes, bercuti walaupun berpenampilan begitu dan tidak membataskan masa untuk kekal aktif.
Penampilan Yang Outstanding
Sherry lebih suka bergaya sendiri tapi kalau ada majlis penting, Sherry akan pakai penata gaya, Ina sebab dia amat memahami kehendak Sherry. Kadang-kadang orang suruh kita pakai itu ini tetapi tidak begitu sesuai. Sebenarnya Sherry seorang yang ringkas dan begitu pentingkan keselesaan. Biasanya kalau keluar Sherry akan pakai hijab cara ringkas. Cuma jika ada majlis atau photoshoot bersama Sherry Scraves, Sherry akan ambik penata gaya supaya penampilan jadi lebih outstanding.
Boleh ceritakan sedikit perkembangan tentang Sherry Scarves?
Ads
Untuk koleksi Sherry Scarves memang Sherry lebih pentingkan keselesaan. Jadi Sherry akan keluarkan hijab apa yang disukai dan bukannya mengikut trend. Buat masa ini Sherry akan lebih fokus pada persiapan untuk raya dan akan all out. Insya-Allah.
Pesanan Buat Hijabi Di luar Sana
Untuk memastikan kita cantik luar dan dalam seseorang itu perlu ada hati yang ikhlas, tidak busuk hati dan jauhkan sifat dengki. Tak kisahlah macam mana gaya hijab dipakai, sama ada turban atau selendang, end of the day apa yang ada di dalamnya. Ini yang tunjukkan kita jenis insan bagaimana di sisi makhluk Tuhan.
Just be yourself, keep inspiring dan kalau rasa macam dah terkeluar cepat-cepat patah balik. Jangan rasa disebabkan kita berhijab banyak benda yang kita tak boleh buat. Dulu Sherry pun pernah rasa begitu terutama apabila mahu pergi gim. Cabarannya bagaimana untuk cari penampilan yang sesuai dan waktu itu rasa macam tak boleh bernafas. Lama kelamaan, baru Sherry jumpa pakaian yang bersesuaian dan jangan sesekali rasa ada kesusahan. Akhir sekali doa banyak-banyak pada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan. Sherry sudah buat benda ini dan memang Sherry sedar betapa besarnya kuasa Allah sebab kita betul-betul nak berhijab. Berhijab bukan sebab trend atau imej tetapi sebab dari dalam diri kita sendiri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang menganggap tomato sebagai salah satu jenis sayur-sayuran. Jika diikutkan berdasarkan prosesnya, tomato berasal daripada bunga dan mengandungi biji.
Oleh itu, tomato termasuk dalam ‘golongan’ buah, bukannya sayur. Dikenali dengan nama saintifiknya Iycopersicon esculetum, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Tomato sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Dengan komponen ini, tomato adalah buah yang kuat untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas penyebab kanser.
Tomato juga mengandungi banyak nutrisi asas kepada kesihatan kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada pancaran sinar terik matahari.
Lebih unik lagi, pigmen merah pada kulit tomato mengandungi likopena yang menawarkan khasiat antioksida semula jadi membantu meningkatkan keanjalannya.
Melalui perkongsian Dr SuriRoowi saintis ini berkongsi tentang khasiat tomato ceri.
TOMATO CERI BOLEH BUAT KULIT JADI KEMERAH-MERAHAN
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai.
Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Walau bagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan. Kajian oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Cara terbaik memakan tomato adalah dengan memasak bersama sedikit minyak zaitun. Kajian menunjukkan tomato yang dimasak bersama sedikit minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato segar.
Minyak zaitun juga akan membantu penyerapan bahan khasiat tomato ke dalam darah. Walau bagaimanapun tomato tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah hati. Seperti juga cili dan terung.
Wanita dengan kitaran haid pasti tidak dapat berpisah. Kitaran haid kita mengatur lebih banyak aspek mengenai kita daripada yang kita fikirkan. Anda mungkin sudah tahu bahawa ia boleh mempengaruhi mood, tetapi tahukah anda bahawa ia juga boleh mempengaruhi kulit anda?
Mudah sekali! Tahap estrogen yang tinggi (hormon wanita) menjadikan kulit anda kelihatan lebih cantik, sementara kekurangan estrogen menyebabkan kelenjar minyak anda menjadi lebih aktif. Dalam satu kitaran, tubuh wanita melalui tahap estrogen yang tinggi dan rendah, dan inilah sebabnya keadaan kulit kita juga berubah. Tidak seperti lelaki yang mungkin berpegang pada rejim yang sama yang sesuai untuknya, wanita perlu lebih berhati-hati dengan membuat sedikit perubahan pada rejim penjagaan kulit bagi menyesuaikan diri dengan perubahan tubuh.
Huraian kitaran haid untuk anda dan mengesyorkan langkah-langkah yang betul yang harus anda ambil untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan terbaik sepanjang bulan sama ada PMS atau tidak.
Adakah anda menyedari betapa lemah dan letihnya badan pada hari pertama haid? Anda mungkin menganggapnya adalah kerana “kehilangan darah”, tetapi itu benar-benar prostaglandin lipid yang dikeluarkan oleh tubuh dalam tempoh ini yang menyebabkan perasaan ini. Lipid ini bertanggungjawab menyebabkan keradangan dan pembengkakan, dan menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan bengkak.
Selain itu, estrogen (hormon wanita) berada pada tahap terendah. Ingatkah kita menyebut bahawa estrogen membuat anda kelihatan berseri dan cantik? Jadi dalam tempoh ini, dengan sedikit estrogen, kulit anda menjadi lebih berminyak dan terdedah kepada jerawat.
Pencuci muka ini mengandungi 5% benzoil peroksida yang dapat mengatasi bakteria penyebab jerawat tanpa menyebabkan kekeringan, kemerahan, gatal, atau terbakar berlebihan. Banyak pengulas mengatakan bahawa mereka dapat melihat perbezaan kulit mereka dalam seminggu pembersihan yang berterusan.
Asid glikolat adalah asid hidroksi alfa yang memberi wajah pengelupasan lembut dengan membersihkan sel-sel kulit mati, pendahulu kepada benjolan jerawat yang menjengkelkan. Pencuci muka ini membungkus bahan aktif, selain ekstrak herba untuk melegakan kulit. Kerana ia membantu menghilangkan lapisan kulit yang mati juga membantu mengurangkan parut yang menjengkelkan.
Toner ini bebas alkohol, paraben dan bebas wangian. Malah engandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti ginseng dan lidah buaya untuk menenangkan kulit ketika asid glikolik berkerja menangani masalah minyak.
Selain bebas alkohol dan wangian, toner ini hanya mengandungi tiga bahan untuk memerangi kulit berminyak, dan sesuai untuk mereka yang berada di hujung spektrum sensitif. Toner ini yang sangat serba boleh kerana anda boleh menyemburkannya di wajah anda setelah membersihkannya untuk menyerap minyak dan menganjalkan kulit, tetapi anda juga boleh menyemburkannya untuk kekalkan solekan anda sepanjang hari kerana bahan-bahan yang terkandung seperti air, garam, dan zink sulfat tidak akan menyebabkan kerengsaan.
Krim pelembap ini diformulasi dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberi nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Syahirah menggunakan bahan-bahan semulajadi diimport dari Kepulauan Jeju. Dengan kandungan Tri-Flower Essence iaitu ekstrak Ginseng, Chamomile dan Green Tea, krim ini dapat memberi lembapan dengan hanya sekali sapuan sahaja. Ianya dapat mengurangkan penampilan penuaan seperti kedutan dan garis halus pada kulit wajah. Kulit anda akan kekal anjal dan tampil awet muda selepas memakainya. Krim ini mengurangkan iritasi serta memberi kebaikan antioksida seperti pencerahan kulit.
Gel ini mudah meresap pada kulit dan tekstur juga sangat ringan. Ponds acne gel ni dapat mematikan jerawat secara perlahan-lahan. Produk ini tidak menyebabkan kulit wajah berminyak. Walaupun ponds gel ni tak dapat mematikan jerawat dalam masa sehari/dua hari tetapi ia mampu menghalang dan meredakan pertumbuhan jerawat.
Krim jerawat ‘legend’ ni memang popular sejak dari dahulu lagi! Ada 3 pilihan berbeza mengikut tahap keseriusan jerawat anda. Oxy 5 untuk jerawat biasa, Oxy 10 untuk jerawat degil dan Oxy Cover untuk krim jerawat yang hampir sama dengan warna kulit. Krim Oxy ni mengandungi BENZOYL PEROXIDE yang bertindak untuk merawat dan menghapuskan kuman penyebab jerawat.
Sebelum ovulasi, bergembiralah. Inilah masanya tahap estrogen anda berada di puncaknya. Nampaknya ini adalah cara untuk menjadikan anda cantik sepanjang masa anda paling subur. Kulit kelihatan berseri dan terhidrasi dengan baik malah pengeluaran kolagen meningkat. Kerana kelenjar minyak menjadi kurang aktif, liang pori juga kelihatan lebih kecil. Ini juga merupakan tempoh terbaik untuk mencuba produk penjagaan kulit baru dan mendapatkan rawatan wajah kerana kulit anda kurang sensitif terhadap kegatalan.
Gunakan: Produk yang sesuai dengan keperluan anti-penuaan anda. Kulit anda sedikit kering jadi ini adalah masa yang tepat untuk mensasarkan skincare anti-penuaan kerana banyak produk dalam kategori ini sedikit lebih berminyak dan lebih kaya.
Semua yang anda mahukan dalam pelembap anti-penuaan formula kaya yang secara serentak memperbaiki kerosakan akibat sinar matahari, menghidrat, dan gumpalan tanpa bahan yang anda cuba elakkan.
Revitalift Triple Power Daily Face Moisturizer adalah MVP penjagaan kulit drugstore. Krim mewah diformulasikan dengan retinol powerhouses, Vitamin C, dan Hyaluronic Acid untuk memberikan hasil anti-penuaan yang serius hanya dalam seminggu.
Sebaliknya, jika anda tidak menyukai rasa krim mata yang berat, cubalah gel ringan ini. Ia mengandungi youth-boosting peptides yang berbeza, ditambah squalane, bahan utama untuk memberikan kelembapan tanpa berat. Terdapat juga kafein untuk mengurangkan lingkaran hitam.
Kulit tipis di kawasan mata sudah lebih mudah terkena kerengsaan dan lebih-lebih lagi jika kulit anda sensitif. Masukkan multi-tasker ini. Ia mendapat poin besar untuk bebas dari wangian, serta memasukkan bahan-bahan menenangkan tertentu seperti bisabolol dan niacinamide.
Nampaknya benar-benar apa yang dikatakan bahawa kulit anda minum dalam penghidratan setelah digunakan dan tetap lembap. Dapat minimumkan garis-garis halus, sekiranya anda memohonnya selalu dan mengubah kulit kering dengan mendalam.
Ini adalah rawatan tebal, hampir seperti gel untuk dipakai pada waktu malam. Ia berfungsi seperti topeng penghidratan dan pelembap yang diserap semalaman. Anda tidak perlu membilasnya. Ringan, tidak berminyak, dan kesan keanjalan kulit pada waktu pagi.
Tahap estrogen anda mula merosot sekali lagi, walaupun tidak akan rendah seperti yang berlaku semasa haid. Untuk mengembalikan kulit yang baik lihat beberapa hari yang lalu, anda mungkin juga ingin mempertimbangkan rawatan wajah selama tempoh ini. Jika tidak, berusaha mengekalkan tahap penghidratan.
Penggunaan: Produk serba lengkap yang menghidrat dan membuat anda berasa selesa.
Ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering, barisan perlindungan pertama menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan berfungsi dengan sempurna di bawah alat solek untuk penyediaan dan pengemasan.
Serum kuat ini diperkaya dengan 75% asid hyaluronik untuk membantu kulit sentiasa terhidrat. Asid hyaluronik adalah magnet kelembapan semula jadi yang menarik sehingga 1,000 kali beratnya di dalam air dari kelembapan di atmosfera. Kompleks yang menenangkan mengisi semula kulit yang kering dengan khasiat penting, memberikan cahaya muda, dan melicinkan penampilan garis-garis halus dan tekstur kulit yang kasar.
Seminggu sebelum haid juga dikenali sebagai tempoh anda mengalami PMS. Tubuh anda menyedari bahawa ia tidak hamil dan memicu kulit anda menghasilkan lebih banyak sebum. Estrogen anda merosot lebih jauh sehingga kulit anda berminyak dan rawan jerawat. Ini adalah tempoh ketika anda mengalami gangguan, yang mungkin membuat anda lebih kecewa.
Penggunaan: Produk kawalan minyak yang mengandungi asid salisilat, misalnya, akan membantu mengawal minyak dan pada masa yang sama, mengelupas dengan lembut agar pori tidak tersumbat, blackhead dan jerawat. Namun, perhatikan bahawa anda harus berhati-hati dengan pelindung matahari ketika anda menggunakan produk yang mengandungi asid ini.
Pelindung matahari yang berinovatif baru ini dirumus dengan 5 sistem pertahanan UV untuk spektrum lebih luas dan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Selain melindungi kulit daripada matahari, krim ini juga bebas minyak dan anti-penuaan yang membantu menjaga keanjalan kulit serta menggalakkan pertumbuhan kolagen supaya wajah sentiasa bermaya dan anjal. Sifatnya anti-glycation pula membantu mengurangkan penampilan garisan halus, kedutan dan mengekalkan keanjalan kulit. Bukan itu sahaja, produk ini juga membekalkan Resveratol, Vitamin C dan asid Hyaluronik untuk kebaikan pencerahan dan hidrasi.
Sunscreen murah ini beri efek wajah kemasan matte serta mengembalikan tona kulit sekata. Formulanya jenis cecair dan ringan, menyerap dengan pantas ke dalam kulit. Anda perlu membersih dengan pembersih solekan kerana sifatnya yang kalis air dan juga tahan terhadap peluh. Sunscreen ini tidak akan meninggalkan sisa putih pada wajah dan amat sesuai digunakan tanpa solekan. Sesuai dijadikan sebagai asas solekan kerana sifatnya yang matte akan membuatkan solekan anda tidak tampak bercapuk dan ‘cakey’.
Dibuat dari 100% bahan alami, lembaran masker milik brand Amerika ini hadir dalam 4 varian. Bagi pemilik kulit sensitif, boleh cuba St. Ives Soothing Sheet Mask Oatmeal. Seperti namanya, bahan utama dari sheet mask untuk kulit sensitif ini terbuat dari oatmeal yang ditugaskan untuk menenangkan dan melembabkan wajah.
Sheet mask Wardah mempunyai 5, untuk memanjakan kulit sensitif, produk yang terbuat dari ekstrak green tea. Wardah Nature Daily Sheet Mask Green Tea menyejukkan dan mengurangkan kemerahan di wajah. Bahan-bahan alami yang dalam kandungan juga digabungkan dengan micro-particle-essence, supaya manfaatnya meresap terus dan membuat kulit sentiasa lembap.
Sudah tentu anda tidak memerlukan empat set produk penjagaan kulit untuk menampung kitaran anda yang berbeza. Anda masih boleh berpegang pada produk penjagaan kulit yang sesuai. Cukup perhatikan perubahan kulit yang anda alami pada waktu yang berlainan dalam sebulan dan fahami apa yang sedang berlaku. Kemudian, perkenalkan produk untuk memerangi masalah kulit kerana hormon.
Penting untuk mematuhi sekurang-kurangnya tiga produk asas anda. Walaupun kulit terasa berminyak semasa tempoh estrogen rendah, anda masih harus melembapkan. Cukup pilih satu dengan formula yang lebih mengagumkan. Pemahaman tentang bagaimana kesan siklus badan anda pada kulit memberi idea bila anda harus menjadualkan rawatan wajah anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Keadaan fizikal seseorang itu tidak sama antara satu sama lain. Ada orang yang jenis cepat berpeluh hingga menyebabkan tidak selesa atau sukar untuk bergaya. Lebih-lebih lagi jika menyarung baju dari fabrik licin atau yang tidak serap peluh. Ia akan meninggalkan kesan peluh pada baju dan boleh membuatkan seseorang itu rasa malu.
Namun begitu, ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam memilih baju bagi mereka yang cepat berpeluh.
1. Pakai pakaian longgar
Pilih pakaian yang longgar kerana lebih baik untuk badan anda. Malah semakin kurang fabrik yang menyentuh tubuh, semakin selesa keadaan diri anda. Percaya atau tidak, flowy maxi dress sebenarnya akan buatkan anda berasa lebih sejuk daripada memakai seluar pendek dan top ketat.
2. Skip padded bra
Pilih juga juga skip padded bra kerana lebih selesa dan tidak merimaskan. Malah dengan pemakaian skip padded bra setebal tiga inci ini aktiviti luar jadi lebih menyeronokkan.
3. Elak pakai fabrik terlalu nipis
Pemilihan fabrik yang nipis akan menyebabkan anda lebih terasa selesa. Jadi, carikan fabrik nipis yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat kepada kulit.
4. Pilih fabrik natural
Contohnya seperti fabrik kapas yang lebih breathable daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat, dan bermakna ia tidak akan membuatkan kamu berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.
5. Elakkan perincian sarat seperti manik dan metal
Ia cenderung untuk menarik ke bawah bajumu jadi ia lebih dekat kepada kulitmu dan memerangkap haba badan. Cuba memakai baju berpaten untuk memberi impak unik kepada outfit kamu.
6. Saiz beg kamu
Perkara terakhir yang kamu mahukan ialah untuk backpack tersekat di belakang badan kamu. Beg bersaiz kecil akan buatkan kamu lebih bebas untuk bergerak dan ringan.
7. Lindungi kulitmu daripada sinaran cahaya matahari
Direct sunlight bukan sahaja merbahaya, malah ia meningkatkan suhu badan. Sleeves are your best friend.
8. Stick to light colours
Rona gelap menyerap cahaya dan membuatkan kamu berasa lebih panas, manakala rona cerah pula akan memantulkan cahaya dan mengekalkan tubuhmu jadi lebih sejuk.
9. Pakai barang kemas secara minimal
Anting-anting terkecuali kerana ia tidak menyentuh kulitmu, tapi aksesori seperti rantai, gelang dan cincin akan buatkan kamu berasa tidak selesa secara serta merta apabila cuaca mulai panas.
10. Jangan lupa pilih hijab dari kain jenis ringan
Untuk hijab juga jangan lupa untuk pilih jenis fabrik yang ringan dan selesa. Jangan sesekali pilih kain jenis tebal akan menyebabkan pergerakan anda terbatas dan segala aktiviti rasa tidak menyeronokkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.