Sari Yanti Nak Cepat Dapat Anak Dengan Jep, Minta Peminat Doakan Yang Terbaik

Share

Sejuk mata memandang melihat satu persatu selebriti kita mula berhijrah. Baru-baru ini Liyana Jasmay yang tampil jelita berhijab tanpa mana-mana-mana paksaan.

Kemudian sebelum raya tempohari, pelakon jelita Sari Yanti yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu turut melakukan penghijrahan.

Biarpun sebelum itu hanya melihat gambar yang dimuat turun dalam akaun Instagramnya, namun selepas itu Sari Yanti memberitahu bahawa dirinya memang sudah berhijrah.

Ternyata pelakon kecil molek ini semakin cantik dan jelita selepas berkahwin dan kemudiannya berhijab.

DOA JEP SUPAYA SARI YANTI AKAN KEKAL BERHIJAB

Dalam temu bual denganya, Sari Yanti mahu terus kekal berhijab begini sampai bila-bila. Dia juga turut meluahkan kegembiraannya bergelar isteri kepada Jep Sepahtu.

Menyentuh perihal rumahtangga Sari Yanti terpancar sinar kegembiraan di matanya. Bertuah dikurniakan suami yang tegas, penyayang dan pemaaf.

Seperti pasangan lain Sari Yanti juga tidak sabar ingin menimang cahaya mata bersama Jep walaupun sudah mempunyai dua orang cahayamata sebelum ini.

Sari Yanti berharap peminat di luar sana mendoakan dia dan Jep dikurniakan anak cepat.

Walaupun mereka berdua tidak berkesempatan untuk berbulan madu tetapi mereka merancang untuk ke Jepun jika berkesempatan nanti.

Namun kebahagiaan pasangan ini memang boleh dilihat dalam kehidupan harian mereka dengan cara tersendiri.

Tular baru-baru ini bagaimana Sari Yanti membuat suprise dengan menghantar sarapan pagi berupa nasi goreng dan cup cake untuk Jepp baru-baru ini di konti radio sinar.fm.

“Tak sangka pulak dah kahwin pun ada suprise?” ujar Jep.

Sebelum itu juga sari Yanti turut membuat kejutan sempena harijadi Jep ke 32 dengan mengadakan parti secara tertutup yang dihadiri rakan dan saudara terdekat.

Apa pun pasti peminat tak sabar menunggu kejutan dari pasangan ini bila mahu menimang cahaya mata baru. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik semoga pasangan ini mencapai apa yang dihasratkan.

NOTA PAGI UNTUK JEP

KEJUTAN TERBARU SELEPAS BERKAHWIN

REAKSI JEP BILA DAPAT SURPRISE DARI SARI YANTI

KREDIT FOTO: NANA AZMAN & INSTAGRAM SINAR.FM & SARI YANTI

IKLAN