Tipulah kalau anda tiada losyen di rumah kan. Kalau dah namanya perempuan, pastinya anda mempunyai item cantik bermula dari kepala hinggalah ke kaki.
Selalunya, losyen yang menjadi pilihan kita adalah losyen yang berbau wangi. Barulah rasa lebih yakin mahu bersalaman dengan orang ramai kan.
Tetapi ada satu perkara yang perlu anda tahu terutamanya cara untuk memakai losyen yang tepat. Kebanyakan wanita selalu memakai losyen dengan cara yang salah.
Jadi, ketahui 7 kesalahan ini supaya anda tak ulanginya kemudian hari.
1. Terus Sapu Pada Kulit Yang Kering
IKLAN
Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, anda pasti mahu terus memakai losyen pada tubuh. Sebaiknya, anda skrub dulu kulit anda sebelum memakai losyen. Jika tidak, losyen tersebut hanya akan berada di atas kulit dan tidak meresap dengan sempurna.
2. Tidak Memakai Losyen Selepas Mandi
Selepas mandi, anda seharusnya terus memakai losyen kerana kulit masih lembap dan memudahkan losyen untuk menyerap ke dalam kulit. Paling lambat adalah sekitar 30 minit selepas mandi.
3. Sapu Terlalu Kasar
IKLAN
Kerana ingin cepat, anda telah menyapu losyen pada tubuh dengan kasar. Seharusnya, sapu dengan gerakan memutar bermula daripada kaki hingga ke leher.
4. Losyen Berbeza Untuk Bahagian Tubuh Berbeza
Rupa-rupanya anda tidak boleh menggunakan satu jenis losyen untuk semua bahagian tubuh. Gunakan losyen jenis krim untuk bahagian yang terlalu kering seperti lutut dan siku. Untuk bahagian lain, gunakan losyen daripada jenis gel.
IKLAN
5. Memakai Losyen Terlalu Sedikit
Sama seperti memakai krim perlindungan matahari, losyen juga perlu selalu dipakai pada tubuh kerana tubuh boleh hilang kelembapannya selama anda berada di luar rumah. Semakin banyak tubuh anda terkena panas atau sejuk, semakin cepat tubuh menjadi kering dan dehidrasi. Sebaiknya, sapukan losyen setiap 6 atau 7 jam sekali.
6. Memakai Losyen Pada Muka
Jangan sesekali memakai losyen pada muka kerana kandungan losyen badan terlalu berat untuk wajah.
Untuk memiliki bibir yang seksi dan mungil, tidak perlulah mengenakan apa-apa suntikan. Malah, boleh sahaja dilakukan dengan cara yang lebih semula jadi. Semuanya bermula dari rutin penjagaan kecantikan wajah kita. Apa yang paling sinonim dengan solekan di bibir? Sudah pasti lipstik! Lihat saja di dalam tas tangan wanita hari ini, pasti semuanya ada satu atau lebih jenis lipstik untuk digayakan.
Namun, ramai yang salah melakukan teknik yang salah untuk menghasilkan bibir yang mungil! Bukan itu sahaja, tetapi ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Jadi, team Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk menghasilkan solekan bibir yang mungil serta memukau!
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!
Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Selain bibir, bahagian mata juga perlu diambil kira ketika merias wajah. Biasanya mata bundar menawan yang mampu memukau siapa yang memandang sering menjadi dambaan wanita. Namun, tidak semua wanita yang bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.
Kali ini disediakan solusi bagi hijabi yang ingin tampil dengan solekan mata yang betul bagi memastikan mata anda nampak lebih galak atau besar. Jom cuba!
Penggaris Mata Warna Berbeza
Memilih penggaris mata atau ‘eyeliner’ , usah memilih warna hitam saja. Anda boleh mencuba variasi berbeza seperti hijau, biru atau coklat untuk menjadikan mata anda kelihatan berbeza dan sesuai dengan busana atau aksesori yang dipakai.
Lukisan sempurna untuk mata kelihatan berbeza.
‘Shimmery Eye Shadow’
Untuk memberikan kesan mata yang lebih lebar dan besar, sebaik-baiknya oleskan ‘shimmery eye shadow’ pada kelopak mata. Warna-warna ‘glitter’ memberikan kesan mata lebih segar dan lebih glamor.
‘Highlight’ pada Garis Mata
Berikan garis pada bawah mata dengan warna ‘highlight’. Kali ini, pilih saja warna putih dan pakai pada lingkaran dalam mata. Kemudian, baru di bahagian luar disusun dengan penggaris mata hitam.
‘Eyeshadow Brow Bones’
Pakai ‘eyeshadow’ berwarna terang di bahagian tulang kening untuk memberikan kesan mata yang lebih galak. Warna-warna ‘highlight’ ini membuatkan mata lebih segar dan menggalakkan mata.
Pilih warna bersesuaian.
‘Concealer’
Pakai penutup cela di bahagian bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam di mata.
Bulu Mata
Beli alat klip mata sehingga bulu mata boleh terangkat dan membuatnya lebih lentik. Bulu mata inilah yang akan membantu mengalihkan perhatian sehingga membuat orang merasa mata anda kelihatan cantik dan lebih bundar.
‘Soft Contact Lens’
Trend masa kini adalah memakai kanta lekap lembut sehingga membuatkan mata jadi lebih bening dan bulat. Helah ini juga sekali gus membuatkan mata anda tampak besar, galak. Pilih saja warna-warna coklat atau hitam sehingga memberikan kesan mata yang menarik.
Khusunya bagi mereka yang pernah memiliki saiz badan yang besar dan sudah menjadi kurus, masalah ‘flabby Fat’ atau ‘loose skin / ‘loose suit’, (dalam bahasa melayunya kulit menggelebeh), pastinya ia merupakan masalah utama yang seringkali membelenggu fikiran anda.
Hal ini terjadi apabila seseorang itu menurunkan berat badan dan kulit kita yang telah biasa dengan badan kita yang obese selama ini mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan badan ‘baru’ kita. Masa yang diambil juga bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, berapa lama kita overweight dan genetik.
Pelbagai cara dan teknik boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah ‘flabby Fat’ ini. Antaranya adalah:
1. Melakukan Strength Training.
Bina otot melalui strength training sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bukan hanya kerana otot lebih tumpat pada lemak tetapi otot mempunyai kadar metabolism yang tinggi. Apabila anda memfokuskan kepada membina otot-otot, ia akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Lebih otot, lebih mudah turunkan berat badan. Mulakan dengan ‘weights’ yang sederhana berat dulu dan bergerak ke ‘weights’ yang lebih berat secara beransur-ansur hanya dengan reps maxima 15 kali sahaja.
2. Senaman Kardio.
Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman kardio seminggu untuk membakar lemak dan meningkatkan tahap kecergasan kardiovalskular kita. Senaman seperti berlari ataupun menaiki basikal antara pilihan terbaik yang boleh dilakukan sebagai senaman kardio.
3. Teruskan usaha menurunkan berat badan secara beransur-ansur
Kurangkan kadar pengambilan kalori pada 250-500kcal sahaja. Sekatan kalori secara mendadak akan menyebabkan ‘muscle loss’, yang mana akan menyebabkan kulit lebih menggelebeh.
Gabungan tip 1 dan 2 boleh menurunkan berat badan serta menambah muscle mass.
4. Perbaiki keanjalan kulit
Keanjalan kulit juga boleh dijaga rapi dengan sentiasa minum air kosong dan tidak merokok. Merokok merupakan salah satu punca tekstur kulit menjadi lembik dan tidak anjal.
5. Mendisiplinkan diri
Lakukan kesemua langkah di atas dengan konsisten dan disiplinkan diri untuk mencapai misi yang ingin dicapai. Usah malas dan culas untuk memiliki tubuh badan yang cantik kerana semuanya bermula dari anda sendiri!
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.