Selain digunakan sebagai perawatan selepas bersalin kunyit diakui mampu menjadi bahan terbaik untuk mencegah jerawat sekali gus menjadikan kulit cerah dan licin. Di sebalik warna kekuningan ini, kunyit menyimpan seribu rahsia sebagai herba terbaik yang memberikan pelbagai faedah sama ada disapu pada wajah atau diminum airnya.

Tidak kira sama ada mempunyai masalah kulit atau tidak, dengan kerap mengamalkan penggunaan bahan kunyit dalam rejim kecantikan, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya. Yang pasti, kocek tidak berlubang dan hasilnya kulit wajah sihat berseri.

Berikut perkongsian Ilya Sazuani Radzuan Ahamad

Minyak kunyit!
Untuk kulit yang bermasalah.

Hari ni cuci dan tanam semula kunyit.
Dari rumah lama, kunyit memupuh, habis semua. Baru nak naik lain, terpaksa pindahkan, nak guna pasu besar bekas kunyit tu untuk anak pokok limau nipis.

Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.

Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuh. Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah. Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.

BAHAN-BAHAN:

Kunyit
Santan
Garam bukit

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Masak santan dengan kunyit sampai jadi minyak.

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1.Kunyit dan santan.

IKLAN

 

2.Tumbuk kunyit sampai lumat.

 

3.Tumbuk lumat macam ini.

 

IKLAN

4.Campurkan dengan santan dan masak.

 

5.Kacau-kacau.

 

6.Dah semakin pekat. Masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masuk garam bukit.

IKLAN

7.Mula nampak minyak dah.

8.Lagi banyak keluar minyak dia.

9.Tapiskan.

10.Kerak ni boleh buat sental badan.

11.Minyak kunyit siap!

 

Sumber kredit: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI