“Sampaikan Salam Pada Rasulullah”- Perlukah Pesanan Ini Pada Yang Pergi Umrah

Share

Peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah memang sesuatu yang dinanti-nantikan terutama buat mereka yang pertama kali merasai pengalaman tersebut. Selepas segala persiapan dibuat maka ramai jugalah ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang mengirimkan doa.

Namun sebenarny perlukah pesanan ini dititipkan pada mereka yang akan menunaikan umrah?

Berikut perkongsian Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim.

Sampaikan salam saya pada Rasulullah SAW…! Perlukah dipesan sebegini pada teman kita yang bakal berangkat menunaikan umrah?

Sebenarnya di mana sahaja kita berada dan mengucapkan salam pada baginda, ia tetap sampai tanpa batasan jarak dan masa.

Tak perlu bersusah payah mencari teman yang nak tunai umrah untuk disampaikan salam kerana Allah cipta malaikat khusus untuk mengutip selawat umat baginda.

Pun begitu, ia tidak jadi masalah kerana itu randa kasih sayang rindu kita pada baginda. Penuhilah hidup kita dengan selawat ke atas nabi SAW.

Semoga kita disambut mesra oleh baginda di telaga Kawthar kelak.

IKLAN