Merawat pangkal paha atau bahagian kelangkang juga merupakan satu rutin kecantikan yang mesti dilakukan oleh setiap wanita. Wanita diketahui lebih terperinci dalam menjaga setiap inci tubuh mereka. Bukan hanya merawat kulit wajah dan tubuh, tetapi rawatan juga di bahagian tubuh yang tertutup.

Walaupun bahagian pangkal paha atau kelangkang ini adalah bahagian terlindung, kulit bahagian ini juga perlu diberi perhatian. Selain menjaga kebersihan, perkara yang sangat perlu diberikan perhatian adalah tona warna pada bahagian ini.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Ramai wanita mempunyai masalah dengan pangkal paha gelap. Beberapa faktor penyumbang adalah disebabkan oleh kualiti penjagaan kebersihan, kulit kering, hormon, pengambilan ubat yang kerap, dan lain-lain.

Namun, anda tidak perlu risau, kerana anda juga boleh melakukan pelbagai cara untuk memutihkan bahagian kelangkang yang gelap. Hanya dengan bahan semula jadi dan mudah anda lakukan di rumah.

ALOE VERA

Photo by Van L from Pexels

Aloe vera sememangnya terkenal untuk melembapkan kulit wajah. Anda boleh gunakan aloe vera untuk mencerahkan kembali pangkal paha yang gelap. Ambil gel dari tanaman lidah buaya, kemudian sapukan ke pangkal paha sebagai masker. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas hingga bersih. Lidah buaya adalah salah satu bahan semula jadi yang cukup selamat digunakan setiap hari.

KENTANG

IKLAN
Photo by Marco Antonio Victorino from Pexels

Ternyata anda juga boleh memilih menggosok kentang sebagai cara memutihkan celah kelangkang dengan bahan semula jadi. Kentang mempunyai enzim yang dapat berfungsi untuk mencerahkan kulit gelap. Potong kentang dengan nipis-nipis, kemudian gosokkan di celah kelangkang dengan lembut dan kemudian bilas dengan air suam hingga bersih.

LEMON

Photo by Lukas from Pexels

Lemon sememangnya banyak kegunaannya untuk kesihatan dan juga kecantikan. Ia merupakan bahan semula jadi yang amat berkesan untuk mencerahkan kulit yang gelap. Oleh kerana sifat lemon yang berasid dan kaya dengan vitamin C, ia amat membantu untuk mencerahkan kulit gelap di bahagian celah kelangkang. Perahkan jus lemon, kemudian celupkan jus lemon dengan menggunakan bola kapas nipis. Gunakan seperti toner di bahagian celah kelangkang. Sapukan dengan berhati-hati dan tidak terlalu kerap, kerana lemon dapat mengeringkan kulit.

OAT

IKLAN
Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Salah satu cara untuk memutihkan celah kelangkang dengan bahan semula jadi adalah dengan menggunakan oat. Tekstur oat yang kasar boleh digunakan sebagai skrub semula jadi untuk proses pengelupasan. Untuk mendapatkan tekstur yang lebih tebal, anda boleh mencampurkan tepung oat dengan tomato hancur. Sapukan pada bahagian pangkal paha, tunggu selama 15 minit dan setelah kering, gosok perlahan. Kesannya kulit di bahagian celah kelangkang menjadi lebih halus dan lebih cerah dalam hanya beberapa minggu.

MINYAK KELAPA

Photo by Alexandr Podvalny from Pexels

Selain terkenal dengan kandungan antioksidan semula jadi, minyak kelapa juga berfungsi untuk mencerahkan kembali kulit yang gelap. Campurkan minyak kelapa dengan 3 sudu besar jus lemon. Boleh juga hanya menggunakan minyak kelapa tanpa dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Urut perlahan di celah kelangkang selama 15 minit. Lakukan 2 kali seminggu untuk hasil yang maksimum.

IKLAN

KUNYIT

Photo by Karl Solano from Pexels

Kunyit sangat membantu untuk mencegah pengeluaran melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap. Dengan menyapu kunyit pada kulit di celah kelangkang, kulit dibahagian ini akan beransur-ansur cerah.

Cukup gunakan 2 sudu besar serbuk kunyit. Boleh juga gunakan kunyit hidup untuk hasil yang lebih baik. Jika menggunakan serbuk kunyit, campurkan dengan sedikit air hingga pekat, kemudian sapukan di celah kelangkang. Biarkan hingga kering dan gosok perlahan-lahan selama 20 minit dan selepas itu bilas menggunakan air suam hingga bersih.

Jika menggunakan kunyit hidup, tumbuk hingga lumat atau kisar tanpa air. Kemudian boleh sapukan pada bahagian celah kelangkang. Biarkan selama 20 minit kemudian gosokkan secara lembut. Jika diamalkan seminggu 2-3 kali, hasilnya pasti menarik.

HIJABISTA: Pilih bahan semula jadi yang anda suka atau mudah untuk dicari. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang maksimum. 

Sumber kredit: Photo by Taryn Elliott from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI