Sama Cantik Sama Padan, Ernie Zakri Kini Sah Bergelar Isteri Syamel

Share

Pada pagi tadi, pasangan merpati dua sejoli iaitu Ernie Zakri dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri.

Dalam sebuah majlis yang serba ringkas, Ernie telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam pada jam 10.30 pagi dan menerima seutas gelang tangan berlian serta RM300 sebagai mas kahwin.

Walau bagaimanapun, mereka sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran yang diterima.

Hasil sentuhan jurusolek terkenal, Sahir Sabri.

Terdahulu, pasangan lagu duet, Aku Cinta ini mula rapat selepas menjadi pasangan duo dalam rancangan realiti, Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017 dan sekaligus menjadi juara program tersebut.

Mereka juga telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu. Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai. Moga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.

 

 

 

IKLAN