Untuk menghasilkan gaya solekan yang sempurna, bukan hanya tertumpu kepada pemilihan ‘foundation’ atau pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit, malah pemilihan lipstik juga memainkan peranan penting untuk memastikan keseluruhan solekan tampil kemas dan rapi setiap masa!

Sumber gambar: k.paukshtite

Warna lipstik yang tidak sesuai dengan tona kulit akan menjadikan wajah tampak tua, tidak berseri dan nampak kusam! Jadi, usah bazirkan duit anda dengan memilih warna lipstik yang salah! Jom ikuti langkah-langkah bijak ini untuk memilih lipstik yang sesuai dengan warna kulit anda!

  1. Kulit gelap
Sumber gambar: Best be models

Kulit gelap itu manis! Jadi tampil yakin dan serlahkan aura kecantikan anda dengan warna kulit gelap! Tahukah anda, mereka yang memiliki kulit gelap amatlah beruntung kerana boleh menggayakan pelbagai jenis warna lipstik sama ada cerah ataupun gelap. Triknya, pilih warna-warna yang ‘mahal’ seperti warna merah atau merah tua untuk beri kesan yang elegan dan eksklusif. Jangan sesekali mengenakan pemerah bibir yang berwarna pastel ataupun glossy kerana ianya akan menampakkan kulit anda kelihatan lebih gelap. 

2. Kulit sawo matang

Sumber gambar: Tapique

Sama juga seperti kulit yang gelap, warna kulit yang sawo matang amat mudah untuk mencari pilihan lipstik yang sesuai! Secara umumnya, wanita yang memiliki kulit warna ini akan memilih lipstik berwarna merah, merah muda malah ungu muda. Warna lipstik yang sedikit muram ataupun nude lipstick seeloknya dielakkan kerana ianya boleh memberikan kesan wajah pucat.

IKLAN

3. Kulit putih

Sumber gambar: Darnik_photo

Bagi anda yang memilikinkulit putih, inilah masanya untuk bermain dengan warna ceria, meriah dan terang! Jadi, kumpulkan pilihan lipstik berwarna terang termasuklah oren terang, merah, merah muda dan juga nude. Warna emas juga sesuai digunakan bagi wanita berkulit putih ini. Satu lagi tip menarik untuk anda yang berkulit putih, tambahkan lapisan glossy setelah memakai lipstik untuk menambahkan kesan sensual kepada bibir anda. Hindari daripada menggunakan pemerah bibir berwarna gelap seperti merah tua dan juga ungu.

IKLAN

4. Kulit putih pucat

Sumber gambar: Oleg.magni

Bagi wanita yang memiliki kulit yang lebih putih dari warna kulit sangat sesuai untuk memilih warna pastel atau warna yang calm. Warna seperti biru, merah terang ataupun oren sesuai dipakai untuk memberikan kesan glamor dan mewah. Akan tetapi, wanita yang berkulit putih pucat ini, disarankan untuk mengelakkan daripada menggunakan pemerah bibir berwarna gelap termasuklah coklat merah dan merah hati. Warna gelap seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih pucat. Hindari juga warna gangsa, metalik dan coklat.

IKLAN

5. Kulit kuning langsat

Sumber gambar: Amiresel

Kulit kuning langsat ini merupakan warna kulit yang cerah dengan pigmen kuning yang sangat jelas terlihat. Pigmen kuning inilah yang membuatkan pemilik kulit ini kelihatan cerah, segar dan tidak pucat. Wanita yang memiliki warna kulit ini sangat sesuai apabila memakai warna lipstik dari darker range seperti maroon dan merah hati. Hindari dari memilih lipstik berwarna nude kerana ianya akan membuatkan solekan wajah anda menjadi pucat dan kusam.

 

https://www.youtube.com/watch?v=RC601jr16Ks

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI