Masalah angin dalam badan tidak hanya berlaku kepada golongan tua atau emas sahaja. Malah, golongan muda juga turut mengalami masalah ini. 

Apabila seseorang itu mengalami masalah angin dalam badan, ia menyebabkan tubuh badan berasa tidak selesa dan kadang-kala akan menyebabkan kita berasa sakit kepala dan mual.

Sumber gambar: Klik Dokter

Pelbagai cara dan amalan yang boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah angin dalam badan. Team Hijabista kali ini kongsikan kepada anda petua yang boleh kamu ikuti untuk merawat masalah ini. Selamat mencuba!

1. Makan halia

Pasti ramai yang tahu tentang petua ini. Tetapi, masih ramai yang tidak mahu mengamalkan petua ini. Hakikatnya, ini adalah petua buang angin yang paling mudah dan sering diamalkan oleh ramai orang. Tambahan pula minuman yang berasaskan halia kini sudah dipelbagaikan.

Tetapi jika anda suka minuman halia yang semulajadi, ia tidak menjadi masalah besar dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

IKLAN

Namun bagi kamu yang tidak suka dengan rasa pahit dan tajam halia, anda boleh campurkan sedikit perahan lemon dan madu untuk rasa yang menarik. Ia juga membantu masalah penghadaman dan masalah angin banyak dalam badan.

2. Makan bawang putih

Kandungan bahan dalam bawang putih mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.

IKLAN

Caranya mudah sahaja. Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan beransur keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir. Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan.

3. Minum rebusan daun betik

Ha! Memanglah daun betik itu pahit. Tapi, sebenarnya daun betik banyak khasiatnya tau! Air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan.

IKLAN

Caranya dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun rasanya pahit, petua ini lebih mujarab.

4. Sup panas

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan makan sup panas apabila kita mengalami masalah angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang berpunca daripada angin tersebut.

5. Bersenam

Ramai tidak tahu bahawa kadang-kadang individu yang mendapat angin dalam badan adalah kerana jarang melakukan aktiviti atau pergerakan.  Bersenam adalah untuk mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan supaya tidak terlalu tegang.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI