Adakah sikap manja merupakan sesuatu yang negatif? Tidak sama sekali. Orang selalu rasa kasihan dengan anak bongsu menganggap mereka selalu dibuli abang dan kakak.
Namun, jangan ingat anak sulung saja yang baik kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada adik-beradik yang lebih kecil. Anak bongsu ada juga kebaikannya, malah sains membuktikan mereka mempunyai personaliti yang lebih positif dan mengembirakan!
Anak bongsu lebih kepada anak manja keluarga dan mempunyai sifat yang agak susah untuk difahami dengan jelas. Mungkin 10 Sifat Anak bongsu ini dapat membantu untuk lebih memahami sifat sebenar anak bongsu atau persiapan untuk kahwin dengan pasangan anak bongsu. Semoga manfaat.
1. Suka mendapatkan sudut pandangan berlainan sebelum membuat keputusan
Anak bongsu biasanya sangat bergantung kepada ahli keluarga yang lain. Walau apa pun yang dilakukan, terutamanya dalam membuat satu keputusan yang besar dan boleh memberi kesan kepada kehidupannya, dia akan suka untuk merujuk kepada ibu, bapa, kakak, atau abangnya.
Ini tidak bermakna bahawa dia tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri. Namun lebih kepada sikap yang suka mendengar pandangan orang lain dan mendapatkan sudut pandangan yang berlainan sebelum membuat keputusan.
2. Bila rasa kecewa, suka pendam sendiri
Kerana pernah nampak abang akak mak ayah bersusah payah dulu. Pengalaman adik beradik menjadikan anak bongsu ini suka pendamkan diri apabila ada masalah dan rasa kecewa.
3. Walaupun kurang matang tapi pandai berdikari
Walaupun anak bongsu lambat matang, tetapi mereka ini pandai berdikari. Kebanyakkannya mereka ini merujuk kepada pengalaman abang dan kakak terdahulu.
4. Unik dan tersendiri
Fakta anak bongsu yang seterusnya ialah mereka sangat sukakan cabaran. Anak bongsu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri seperti sukakan cabaran, suka mencuba sesuatu yang baru, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.
Ini berlaku kerana sebagai yang paling kecil dan muda dalam keluarga, anak bongsu perlu mencari identiti unik dan tersendiri yang tiada pada ahli keluarga yang lain. Seolah-olah mereka cuba untuk membuktikan bahawa mereka juga bagus dan hebat seperti ibu, ayah, abang, dan kakaknya.
5. Bersikap terbuka Dan suka sesuatu yang baru
Anak bongsu cenderung untuk bersikap terbuka. Mereka bersedia untuk menerima sesuatu yang baru dan tidak konservatif. Bersikap terbuka juga bermakna mereka sudi mendengar pendapat dan pandangan orang lain dengan baik. Ini merupakan salah satu daripada sikap positif yang ada pada diri anak bongsu.
6. Seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky
Anak bongsu biasanya seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky. Ciri ini menjadikan anak bongsu seorang yang lucu dan selalu menghiburkan mereka yang ada bersama. Anak bongsu selalu menganggap diri mereka sebagai seorang yang kelakar manakala anak sulung selalunya merasakan diri mereka lebih serius. Betul jua!
7. Lebih Tenang
Mereka mudah mendapat kawan baru memandangkan mereka mempunyai personaliti yang kelakar, tenang, happy go lucky dan berfikiran terbuka.
8. Sifat manja dan suka dimanjakan
Kedudukan sebagai adik dan anak paling muda dalam keluarga menjadikan anak bongsu mendapat layanan istimewa dari ahli keluarga yang lain. Malah kebiasaannya apa sahaja yang dipinta oleh anak bongsu akan ditunaikan dengan segera menjadikan anak bongsu menjadi manja.
9. Lemah dengan pengurusan duit , boros tapi suka belanja orang
Pegangan anak bongsu “Harta boleh cari, kasih sayang hanya pada manusia”. Selalunya keluarga akan memberi apa sahaja kepada anak bongsu, ini adalah satu kelemahan anak bongsu mereka akan menggunakan duit tanpa memikirkan perancangan masa hadapan. Akan tetapi mereka ini suka belanja kawan maklumlah sumber duit dari ibu bapa.
10. Tidak suka susahkan orang lain
Sebab sentiasa melihat kepayahan orang sekeliling semenjak kecil lagi, anak bongsu nampak senang tapi kesenangan untuk dikongsi. Anak bongsu nampak susah, tapi susah demi kesenangan masing-masing.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI