Langkah asas penjagaan kulit wajah amat penting dilakukan untuk perawatan kulit wajah. Jangan sesekali meninggalkan langkah asas ini. Hal ini adalah kerana ia merupakan kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Jika anda  baru hendak belajar pakai produk drugstore, baru hendak mula belajar jaga kulit wajah atau baru sahaja lepas mengalami masalah breakout, basic asas perawatan kulit wajah tetap sama. Start with basic skincare routine.

Berikut langkah asas dalam perawatan kulit wajah seperti yang dikongsikan oleh Syahira Farzana

1. Cleansing oil/Micellar/Cleansing water

Yang ini wajib ada walaupun you cakap you tak mekap. Bedak itu pun sejenis mekap ye. Sunscreen pun wajib so takde alasan untuk tak guna makeup remover.

Photo by Charisse Kenion on Unsplash

Kalau ikut kan syiro, memang prefer untuk korang buat double cleanse guna cleansing oil tapi kalau takut sangat guna micellar/cleansing water pun boleh lah just the result tak sama. Cleansing oil deep cleanse your pores like no other makeup remover.

IKLAN

2. Mild cleanser

Camne nak tahu mild ke tak? Google lah sis. Rajin baca label. Kalau low pH lagi bagus. Yang paling penting tak mengeringkan kulit. Tak kesah lah you jenis kulit apa sekali pun.

Photo by Curology on Unsplash

3. Toner

Yang ini kalau muka ada masalah jerawat, carilah toner yang khas untuk acne. Selalunya ada tea tree, witch hazel. Kalau setakat muka kusam atau jeragat je, cari hydrating toner atau toner yang ada effect brightening. Again, baca label. Kalau boleh avoid yang ada alkohol.

Photo by cottonbro from Pexels

3. Moisturizer

Ini wajib tak kisahlah kulit jenis apa pun. Ikut jenis kulit masing masing. Tak kesah lah nak pakai krim ke, gel ke, lotion or milk, as long as not heavy to your skin. Especially oily skin, kena cari yang light. Kalau rasa berpeluh tu, tak sesuai lah makna nya.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

4. Exfoliate

Tak kesahlah nak guna skrub ke, exfoliating gel ke, chemical exfoliant ke, janji dalam seminggu mesti kena buang sel kulit mati. Sebab tu muka kusam, banyak jerawat pasir/jerawat kecik kecik. Tu tanda clogged pores. Punca dia tak buat basic 1-4 ni lah.

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

5. Sunscreen

Haaa, ni kalau tak pakai jangan duk tanyalah kenapa muka sunburn camne nak cerah kan kulit pe bagai. Sunscreen ni lah yang protect your skin bagi tak kusam, tak gelap, awet muda. Jeragat, large pores, parut gelap korang tu punca sebab tak pakai sunscreen lah.

Photo by Nadine Wuchenauer from Pexels

HIJABISTA: Langkah penjagaan kulit yang paling asas amat penting. Ia merupakan kunci untuk kulit yang sihat. Selepas itu bolehlah tambah dengan langkah-langkah tambahan yang lain untuk perawatan kulit wajah. 

IKLAN

Sumber kredit: Syahira Farzana  Top image: Canva

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI