Kita tidak boleh terlepas dari menikmati roti putih bukan? Dalam diet seharian rakyat Malaysia, roti jenis ini antara yang paling banyak dimakan dan paling popular dijadikan sebagai juadah utama ataupun sampingan. Namun tahukah anda bahawa pengambilan roti putih yang berlebihan tidak elok untuk badan terutamanya dari segi penambahan berat badan yang berlebihan.

Roti putih sebenarnya rendah nutrisi boleh memberi efek kepada tubuh seperti berikut. Roti putih memiliki karbohidrat tinggi dan dalam satu potong roti putih memiliki kira-kira 13-gram karbohidrat.

Karbohidrat yang kita makan akan memecah dan menjadi glukosa lantas menjadi pemicu kenaikan gula dalam darah. Bila gula tinggi di dalam darah anda akan rasa mudah lapar dan akhirnya ia akan memberi kesan kepada berat badan. Berpunca dari pemakanan yang tidak terkawal anda boleh terdedah kepada risoko menghidap diabetes.

IKLAN

PILIHAN ROTI LEBIH SIHAT
Sebagai alternatif kepada roti yang lebih sihat banyak pakar pemakanan mencadangkan agar kita menikmati roti yang diperbuat dari gandum penuh atau dalam bahasa Inggeris whole-wheat bread. Roti jenis ini lebih bagus untuk kesihatan dan boleh mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit seperti stroke, jantung, diabetes, lelah dan kanser usus.

Ini adalah satu resipi roti gandum penuh yang anda boleh cuba.

IKLAN

IKLAN

Bahan-Bahan
Dua Keping roti gandum
Dua Biji Tomato
Daun Basil
Sedikit Lada Hitam
Secubit Garam
Minyak Zaitun

Cara membuat

  1. Bakar roti sehingga garing dan ketepikan.
  2. Potong kasar tomato dan daun basil. Gaul bersama sedikit minyak zaitun, secubit garam dan sedikit lada hitam.
  3. Tabur di atas roti yang sudah dibakar garing.
  4. Anda boleh makan hidangan roti gandum penuh ini bersama ayam panggang tanpa minyak.