“Hotel? Trivago” inilah tagline popular Dahlia Shazwan sehingga menjadi ikutan ramai.
Setelah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, pemilik nama penuh Dahlia Shazwan Mohd Amin ini ‘berhijrah’ secara perlahan-lahan dengan berhijab.
Begitu juga dengan gaya hijabnya yang mudah serta sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis outfit yang kebanyakannya terdiri daripada warna-warna natural.
Filem TOMBIRUO karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid ini memang sangat ditunggu oleh pencinta novelnya. Bukan sahaja kerana watak utama Zul Ariffin yang memegang watak Ejim atau TOMBIRUO, tetapi juga setiap aksi dan lagak ngeri yang dilakonkan sepanjang 115 minit filem ini. Tapi admin nak ingatkan jangan SESEKALI buat 8 perkara ini kalau tak nak hilang TUMPUAN sepanjang menontonnya.
Tetapi admin nak ingatkan kalau sedang menonton janganlah sesekali buat beberapa perkara ini yang boleh spoil mood kita. Daripada rasa nak enjoy terus hilang mood gara-gara ada yang melakukan beberapa perkara tertentu dalam panggung.
Jadi selepas ini kalau pergi tengok wayang, TOLONG jangan lakukan 8 perkara ini yer
Ini larangan paling utama kerana boleh ganggu tumpuan menonton cerita kegemaran. Kalau boleh untuk dua jam masa tontonan itu, elakkan bercakap dengan rakan sebelah walaupun ada hal penting. Kalau urgent sangat hanya bisik sahaja sudah memadai.
Ini memang larangan paling keras. Tak salah berenggang sekejap dengan telefon anda. Bukan matikan sebaliknya buat dalam mood silent. Elakkan juga curi-ciri melihat pesanan ‘WhatsApp’ dalam telefon kerana cahaya dari telefon akan mengganggu tumpuan. Sekiranya panggilan itu sangat urgent, keluar sahaja dari panggung tanpa mengganggu orang lain.
Perlu diingatkan juga jangan kerap kali bangun kerana memang boleh mengganggu bukan sahaja tumpuan anda, tetapi juga penonton lain. Oleh itu, sebelum masuk panggung pastikan pergi toilet dahulu dan jangan minum terlalu banyak air.
Boleh kalau nak makan kudapan dalam panggung, tetapi carilah makanan yang kalau dikunyah tidak mengganggu tumpuan. Lebih elok tak payah makan apa-apa, terutama bila menonton filem yang berbentuk ‘heavy’ dan memerlukan tumpuan penuh. Satu lagi elakkan juga makan makanan yang berbau terlalu kuat hingga boleh menjejaskan tumpuan.
Jika datang dengan pasangan terutama suami isteri, simpan-simpan dulu rasa ‘mesra’ itu di rumah sahaja. Kalau boleh gurau senda juga tak boleh dipertontonkan dalam panggung wayang kerana cerita di ‘wayang’ lebih seronok untuk dihayati bersama.
Macam biasalah kalau kita duduk selama dua jam di dalam panggung, memang lenguh kalau tanpa ada pergerakan lain yang menyelesakan. Memang lebih seronok jika dapat bersila dan membuka stoking. Cuma diingatkan jangan sesekali memakai stoking yang telah seharian digunakan. Hormati privasi orang kerana bau stoking kurang menyenangkan akan mengganggu tumpuan.
Satu lagi yang perlu diingatkan adalah jangan sesekali anda tolak atau sepak kerusi di depan anda. Jaga kelakuan anda kerana perbuatan itu dianggap tidak menghormati hak orang lain. Kalau tidak sengaja cepat-cepat minta maaf pada pemilik kerusi berkenaan kerana boleh menyebabkan situasi tegang.
Sangat rugi sekiranya anda alihkan tumpuan walau sesaat untuk menonton tayangan filem Tombiruo- Penunggu Hutan. Filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid yang dibawa ke layar perak secara eksklusif dengan kerjasama empat penerbit Astrow Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi Seth Larney.
Sepanjang 115 minit berada dalam panggung, terasa debaran jantung yang sangat laju menyaksikan setiap aksi hebat dilakonkan oleh pelakon terkenal. Penonton juga turut dibuai perasaan pabila disajikan pemandangan indah menyaksikan penggambaran yang dilakukan hampir 70% di Hutan Keningau Sabah. Penonton pasti terkesan dengan babak di mana seorang anak kehilangan ayahnya dan kesedihan dirasai sang suami yang hilang isteri dan ayah dalam masa sama. Serta keterujaan seorang wartawan dari Sinar TV, Wan Suraya dilakonkan Nabila Huda yang begitu berani membongkar misteri di sebalik semua yang terjadi.
Filem ini mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Tombiruo dibintang gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin yang memegang watak Tombiruo, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dato’ M. Nasir dan beberapa pelakon lain. Menurut Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin, ini kali pertama mereka menerbitkan filem daripada adaptasi novel yang telah diterbitkan pada tahun 1998. Karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.
Jadi bagi peminat novel ini jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri filem yang diangkat ke layar perak menemui penonton 12 Oktober ini. Rasai dan alami sendiri perjalanan karya hebat, bak kata penulis sendiri, Ramlee Awang Murshid yang tidak menyangka Tombiruo yang ditulis 19 tahun lalu itu betul-betul wujud dan berada di depan matanya itu.
KREDIT FOTO: FB GRUP BUKU KARANGKRAF & TOMBIRUOMOVIE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.
Bagi pengetahuan semua, pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
Perkara itu telah diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi pertubuhan itu, yang antara lain menyatakan penilaian terkini dibuat setelah memantau penularan dan kemudaratannya.
“WHO telah menilai penularan ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudaratannya, juga mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi.
“Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut info grafik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pandemik merujuk kepada wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia hingga merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Selain kejadian wabak yang merentasi wilayah, pandemik mempunyai beberapa ciri-ciri umum yang menarik.
Salah satu ciri pandemik adalah ia melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut. Ciri ini memudahkan penyakit ini merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Dari kisah sejarah, kejadian Black Death atau Maut Hitam adalah contoh pandemik yang meragut jutaan nyawa di Asia dan Eropah di antara kurun ke-14 sehingga 17. Hampir dua pertiga penduduk dunia menemui ajal dijangkiti kuman penyakit hawar iaitu Yersinia pestis, yang dibawa oleh tikus.
Penularan pandemik ini turut dibantu oleh faktor pergerakan manusia dan kewujudan persamaan faktor persekitaran. Sebagai contoh, nyamuk Aedes yang merupakan vektor untuk penyakit demam kuning (Yellow Fever) boleh dijumpai di negara Brazil dan Malaysia. Sekiranya tiada undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin demam kuning ini, Malaysia amat berisiko untuk mendapat wabak demam kuning dari negara Amerika Latin tersebut.
Oleh itu, sentiasalah mengambil langkah berjaga-jaga pada waktu sekarang dan jangan pentingkan diri sendiri. Utamakanlah kesihatan anda dan seboleh-bolehnya elakkan berkunjung ke tempat yang menjadi tumpuan ramai. Sama-samalah kita berdoa kepada Tuhan agar masalah penularan wabak ini akan pulih segera. Amin.
kredit: astro awani, kementerian kesihatan malaysia, mmgazette
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cuaca di negara kita ini memang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Bila panas, anda akan terasa bahangnya hingga anda mengambil keputusan untuk mandi. Tetapi sebelum anda mandi, sebenarnya ada beberapa waktu anda tidak dibenarkan mandi kerana ia ada kaitan dengan kesihatan.
Antara waktu anda dilarang mandi adalah:
30 minit selepas solat Asar merupakan waktu di mana darah anda ketika itu sedang panas. Jika anda mandi, ia akan menyebabkan badan menjadi penat untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Jantung anda selepas Maghrib akan mula lemah untuk melakukan pekerjaan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mandi selepas Maghrib, ia akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan menyebabkan paru-paru berair.
Selepas solat Isyak, jantung akan berhenti bekerja dan akan berehat. Jika anda mandi pada waktu itu, ia akan menyebabkan kerosakan jantung kerana dimasuki air.
Sebaiknya, mandi satu jam selepas jam 12.00 malam iaitu antara jam 2.00 hingga 3.00 pagi. Ia akan memberi tenaga pada badan seperti bateri lemah yang telah dicas semula.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.