Kepingan halus putih di bahu antara petanda ketara anda mempunyai masalah kelemumur.
Walaupun kelemumur tidak berjangkit atau berbahaya, kehadiran kelemumur boleh menyebabkan seseorang akan berasa tidak selasa.

Dalam kebanyakan situasi, mereka yang mengalami masalah kelemumur mudah berasa malu dan kurang keyakinan diri ketika berada di khalayak. Masalah kelemumur juga tidak terkecuali dialami oleh wanita yang berhijab.

Photo by Darya Ogurtsova on Unsplash

Rambut yang ‘berbungkus’ lama di dalam lilitan hijab memudahkan kelemumur untuk hinggap. Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila rambut akan berbau selain menjejaskan penampilan diri kerana kerap menggaru kepala yang gatal.

Individu yang ada masalah kelemumur bukan bermakna mereka tidak jaga kebersihan. Cuma ada sesetengah individu mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghasilkan kelumumur.

Photo by Amir Hamzah Photo from Pexels

Antara faktor yang menyebabkan kelemumur ialah umur, stres, alahan dan penggunaan produk rambut yang salah. Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti kelemumur. Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik sisik kelemumur perlahan lahan dengan sikat atau berus rambut.

IKLAN

Jangan gosok atau garu dengan agresif, ia akan akibatkan masalah kelumumur semakin teruk. Jika penggunaan syampu tidak berkesan dapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar rambut.

Neutrogena T/Gel Therapeutic Shampoo Original Formula

IKLAN

DermaZinc Shampoo

Neutrogena T/Gel Therapeutic Shampoo Scalp Build-Up Control

Selsun Blue Pro-X Anti Dandruff Shampoo

IKLAN

Head & Shoulder Clinical Strength

HIJABISTA: Memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma memerlukan kerajinan. Kelemumur akan terjadi jika anda bersikap sambil lewa dalam soal penjagaan rambut dan kulit kepala. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah rambut berkelemumur tetapi juga rambut gugur dan bercabang.

Sumber kredit: Public Health Malaysia  Top image:

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI