Semua maklum selain Rozita Che Wan, penyanyi kecil molek Elfira Loy juga sedang mengerjakan umrah di tanah suci. Dia mengakui sebak kerana berjaya menunaikan ibadah umrah pertamanya dan juga berterima kasih pada Allah kerana menjemput dirinya ke rumah Allah itu.

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

Namun disebalik itu, tunangan Suffian Suhaimi itu juga dikatakan sombong oleh peminatnya yang turut berada di sana. Elfira dikatakan tidak membalas sapaan peminatnya itu dalam sebuah majlis.

Elfira dikatakan bersikap acuh tak acuh dan bersifat dingin ketika disapa dan sikapnya itu cukup berbeza ketika melayan follower di media soSial. Menurut peminatnya itu, Elfira dikatan sombong apabila bersua muka tetapi cukup friendly ketika di media sosial.

Peminatnya itu juga berfikir secara baik dengan tingkah laku Elfira dan memikirkan mungkin ada sesuatu yang mengganggu moodnya ketika itu. Dia turut berharap agar Elfira akan berubah selepas pulang dari mengerjakan umrah nanti. Katanya lagi Elfira masih muda dan perlu belajar lagi setiap hari.

Namun Elfra tidak melatah dengan teguran peminat di media sosial, sebaliknya dia turut membalas respons itu juga di laman instagramnya.

IKLAN

Elfira yang menyedari komen itu telah memohon maaf dan berkata dia tidak berniat untuk bersikap sombong. Menurutnya, dia sentiasa mahu memberi layanan terbaik dan berfikiran positif terhadap peminatnya.

Dia turut menjelasan komen peminatnya itu sebagai ingatan pada dirinya dan dia juga memberitahu bahawa Allah itu lebih menyayangi hambaNya yang sentiasa berfikir yang baik-baik sesama manusia.

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

IKLAN

Apa-apun Hijabista suka melihat gaya Elfira sepanjang berada di sana. Nampak penampilan santun, namun masih kelihatan stailo dan menarik.

Setelah pulang dari umrah, nampaknya kini Elfira berada di New York atas urusan kerjasama dengan satu produk kosmetik.

Jom layan #OOTD pelakon berkening tebal ini sepanjang berada di sama mengerjakan amal ibadah.

IKLAN

#1.Sebak kerana terlalu gembira jarang-jarang ada rasa dihati . Terima kasih Ya Allah kerana menjemputku disini

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

#2. Permudahkanlah Ya Allah , permudahkanlah.

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

#3. Alhamdulillah Ya Allah , Allah maha besar , Allah mendengar doa hambanya yang betul betul ikhlas

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

#4. The “ happy place “ now belongs to this place only , terima kasih Allah kerana menjemputku .

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

 #5.Alhamdulillah dapat el melawat ke Gua Hira , tempat pertama wahyu diturunkan kepada Rasulullah iaitu surah Al-alaq 1-5 .

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

#6. Akan ku usahakan untuk kesini lagi

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELFIRA LOY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI