Resipi Ayam Goreng Mamak Penawar ‘Rindu’ Buat Si Penggemar Nasi Kandar

Share

Selalunya ayam goreng di restoran mamak memang bikin ketagih. Memang menjilat jari. Makan pula ketika masih panas dengan nasi putih, peria celup tepung atau kubis tumis. Kuah banjir. Memang terangkat habis!

Sebenarnya mudah sahaja cara-cara untuk menggoreng ayam goreng ala mamak. Tak perlu risau kempunan nak makan ayam goreng mamak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab kita boleh buat sendiri.

BAHAN UTAMA:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dgn bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Siap.

Campur semua bahan dan perap biar sebati.

 

Sebiji masak ayam goreng mamak.

 

Isi di bahagian dalam.

 

 

Sumber kredit:  Qhamcyahh Hidayat

IKLAN