Mengabadikan satu kenangan dan momen yang pernah menjadi satu permulaan buat mereka, pelakon Lisdawati bersama suami, Fauzi Nawawi, kini duduk di atas pelamin semula. Istimewa untuk ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 tahun.
Pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, membuat remake photoshoot persandingan mereka di atas pelamin. Ini juga menandakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 pada tahun ini.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Lisdawati juga menyatakan ingin mengabadikan foto itu kerana dia dalam keadaan yang sopan dan tertutup auratnya.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan,
Ads
“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan.” katanya.
Pilihan warna untuk ‘reshoot‘ berlainan…
Sumber gambar dari @lisdawati15
Kata pelakon itu lagi, majlis resepsi mereka terdahulu mengenakan tema berwarna hijau serta kain songket kuning. Namun, pilihan mereka kali ini berwarna biru untuk ‘nikah’ dan songket putih bagi majlis resepsi.
Ads
“Namun, untuk persandingan ‘kali kedua’ ini, saya memilih busana berwarna biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi,
“Saya buat majlis serba ringkas saja, bukan secara besar-besaran. Detik gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini.”ujarnya.
Skin Tag adalah ketumbuhan lebihan isi kecil tetapibukan kanser yang sangat biasa. Ia biasanya berwarna daging atau lebih gelap sedikit dan kelihatan melekap pada kulit. Ia cenderung muncul di kawasan dengan lipatan kulit, seperti ketiak, pangkal paha, atau kelopak mata. Skin Tag tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan dan biasanya tidak menyakitkan.
Namun, ramai individu yang mempunyai ‘skin tag’ mahu menanggalkannya atas sebab kosmetik. Pembuangan ‘skin tag’ adalah prosedur pesakit luar yang mudah, tetapi semakin ramai yang beralih kepada rawatan semula jadi, termasuk cuka sari apel.
Adakah rawatan semulajadi ini benar-benar berkesan dan cara mencuba sendiri dengan selamat.
Ramai yang telah menggunakan cuka sebagai ubat semula jadi selama berabad-abad. Sifat berasidnya dianggap melindungi daripada jangkitan, mensterilkan luka dan memelihara makanan. Baru-baru ini, cuka sari apel telah menjadi cuka pilihan untuk segala-galanya daripada merawat selsema hingga menggalakkan penurunan berat badan.
Sesetengah orang percaya bahawa asid asetik dalam cuka sari apel boleh membantu memecahkan tisu di sekeliling ‘skin tag’, menyebabkan ia akhirnya jatuh dengan sendiri.
Tiada bukti saintifik bahawa cuka sari apel menghilangkan tanda kulit. Malah, kajian terbaru mencadangkan ia sebenarnya boleh merosakkan kulit anda.
Artikel yang disiarkan pada 2015 (Sumber Dipercayai) mencatatkan kes seorang remaja perempuan yang menyapu cuka sari apel pada tahi lalat di mukanya setiap hari selama tiga hari dan menutupnya dengan pembalut. Walaupun cuka mengeluarkan tahi lalat selepas beberapa hari, ia juga mengeluarkan lapisan atas kulit di kawasan yang terjejas. Ini boleh menyebabkan parut dan hiperpigmentasi selepas keradangan, yang jauh lebih sukar untuk disingkirkan daripada ‘skin tag’.
Jika anda masih mahu mencuba menggunakan cuka sari apel untuk hilangkan ‘skin tag’, ikuti langkah berikut:
Tiada bukti saintifik bahawa cuka sari apel menghilangkan ‘skin tag’. Di samping itu, beberapa kajian kes telah mendedahkan potensi risiko yang berkaitan dengan penggunaan cuka sari apel pada kulit anda, walaupun terdapat cara untuk menggunakannya dengan selamat.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah menjadi trend selebriti sekarang yang menggunakan medium media sosial sebagai salah satu cara untuk menyampaikan dakwah kepada follower mereka. Cara ini dianggap lebih berkesan dan dapat dihayati bagi setiap netizen yang membacanya di zaman digital ini. Jika sebelum ini pelakon dan pengacara Irma Hasmie berkongsi ilmu kepada followernya. Dan kali ini giliran selebriti Yatt Hamzah pula turut berbuat demikian. Dalam status dimuat turut, Yatt berkongsi dakwah mengenai persoalan istilah tidur selepas Subuh dalam dua bahagian.
PART 1 Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh? “Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”. Oh, jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? “Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?
Aku bisik dalam hati “Ada byk mazhab ke dia ni?”. Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku. “Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…” “Maaf ustaz, dua2 mazhab lah ustaz”. Dia kata, “Kalau dengan cara hidup kau, amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis. “Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!” Aku tersentak. “Kenapa ustaz?” Dia menjawab, Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang jutawan, bawa duit berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak. Dia berkata lagi, “Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha”.
Allahuakbar, bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa. Dia kata lagi, Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar
PART 2 Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa takut macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi, “Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab bersukan, main gym, futsal, jalan-jalan, kerja lebih masa dan macam2 lagi. Apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?” “Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, macam mana? Mungkin sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb! Rase macam potong bawang halus2..Tapi benar, setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh. Lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh. Aku lazimi surah Al-waqiah dan solat dhuha setiap hari. Dan ku dapat rasakan rezeki ku melimpah-limpah. Ya Allah, Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh.
Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.
#INI ADALAH PENGALAMAN BENAR SEORANG HAMBA ALLAH DG ORANG ALIM YG DITEMUINYA. SILA HADAM DALAM2. TAK PERLU KITA JUDGE HARAM HALAL, ITU DAN INI. TIADA PULA DINYATAKAN TIDUR LEPAS SUBUH ITU HARAM. HANYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN SEORANG YG ALIM DAN FAQIH MENGANGGAP DIRINYA AKAN JATUH KUFUR JIKA TIDUR SELEPAS SUBUH. CUKUP SEKADAR JADIKAN PANDUAN DAN PERINGATAN BUAT KITA YG JAHIL LAGI FAQIR INI AGAR JADI MANUSIA LEBIH BAIK. SAYA HANYA BERKONGSI BENDA BERMANFAAT, SELEBIHNYA TERPULANG PD DIRI MASING2. WALLAHUA’LAM.
Kita sedia maklum fadhilat membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Persoalannya, bolehkah sesiapa yang hanya mendengar bacaan surah-surah ini mendapat fadhilat daripada surah-surah ini.
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
Antara hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. (Hadis riwayat al-Tirmidzi : 2890)
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)
Sesungguhnya al-Quran memberi manfaat kepada orang yang membaca dan mendengarnya. Justeru itu, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mendengar al-Quran dengan baik apabila ia dibacakan.
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)
Rasulullah SAW sendiri meminta para Sahabat RA supaya memperdengarkan al-Quran al-Karim kepada Baginda SAW. Dalam satu hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah Ibn Mas’ud RA membacakan al-Quran:
Maksudnya: (Rasulullah SAW bersabda): “Bacakanlah kepadaku al-Quran”. Aku (Abdullah Ibn Mas’ud RA) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, aku membacakan al-Quran kepada kamu padahal al-Quran diturunkan kepada kamu?” Jawab Nabi SAW, “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya dari bacaan orang lain.” Kemudian aku membaca Surah al-Nisa sehingga ayat 41 dan Baginda SAW bersabda: “Cukuplah untuk sekarang.” Lalu aku berpaling kepada Baginda SAW dan aku mendapati kedua-dua mata Baginda SAW bercucuran air mata . (Hadis riwayat al-Bukhari: 4583)
Orang yang mendengar al-Quran juga mendapat pahala jika disertai dengan adab-adabnya dan menghayati bacaan al-Quran tersebut. Walaubagaimanapun, pahala orang yang mendengar al-Quran tidak sama dengan orang yang membacanya. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang lebih besar dan fadhilat daripada bacaannya tersebut. Daripada Abdullah Ibn Mas`ud RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf. (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Justeru, mencemburui dan iri hati terhadap orang yang dapat membaca al-Quran adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah SWT dalam hal al-Quran, lalu ia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan Allah SWT akan harta lalu ia menginfaqkannya pada waktu malam dan siang. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
KESIMPULANNYA:
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa fadhilat membaca sesuatu ayat atau surah dalam al-Quran tidak didapati dengan hanya mendengarnya sahaja.
Oleh itu, adalah lebih baik orang yang mendengar turut mengikuti bacaan dengan menyebut ayat-ayat yang didengarnya walaupun tidak menghafal dan tidak melihat kepada mushaf al-Quran. Dalam situasi ini, maka orang yang mendengarnya pun turut mendapat pahala yang sama dan fadhilatnya. Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.