Apabila usia makin meningkat, terasa diri begitu tua. Apatah lagi dengan bebanan kerja yang tidak berkesudahan. Nak buat rawatan di luar, harga ditawarkan tidak mampu. Malah ada juga sesetengah produk dijual tidak mampu mengurangkan masalah penuaan pada kulit wajah.

Dek kerana terlalu percaya sesuatu produk, anda terlupa bahawa makanan yang anda ambil sebenarnya boleh dijadikan ‘zat’ untuk kulit sihat. Sebenarnya anda boleh menggunakan buah-buahan segar yang baik untuk membantu masalah penuaan.

Bukan sahaja selamat tetapi juga murah dan mudah didapati. Lepas ini pasti ada yang mengatakan anda lebih muda daripada usia sebenar.

MANGGA

Kaya dengan vitamin A dan C yang berfungsi mencerahkan dan menghasilkan sel kulit menjadi lebih lembut dan muda.

TIP

1 biji mangga (dikupas dan dihiris)

1 putih telur

Kisar kedua-dua bahan. Apabila sudah sebati, sapukan pada wajah menggunakan hujung jari sehingga ke leher. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air bersih. Akhiri dengan losen wajah.

Kisar dan  oles pada wajah.

TOMATO

Tinggi dengan kandungan lycopene, buah tomato merupakan penghalang sinar UV secara semula jadi.

IKLAN

TIP

Tampal hirisan tomato pada wajah. Anda juga boleh hancurkan tomato dan dijadikan topeng wajah sebelum tidur.

Jadikan masker dari tomato.

TIMUN

Mulakan setiap hari anda dengan mengambil jus timun. Kandungan warna hijau pada timun membantu melembapkan kulit.

TIP

1 cawan nenas

IKLAN

1/2 timun

1/2 hijau epal

Kisar kesemua bahan dan diamalkan sebagai minuman setiap hari membantu membuang toksin kotor yang menjadi punca kulit tampak lesu.

Dibuat jus minuman.

STRAWBERI

Sumber vitamin C paling berkesan dalam mencerahkan kulit adalah buah strawberi. Bukan saja kaya potasium, folat dan serat, tetapi juga antioksida.

TIP

IKLAN

Hancurkan tiga biji buah strawberi dan sapu pada wajah selama 10 minit. Kemudian bersih menggunakan air bersih.

Hancur dan sapukan pada wajah.

LIMAU GEDANG

Pendedahan kepada unsur-unsur pencemaran seperti matahari atau asap rokok boleh mematikan kulit anda. Pengambilan buah oren yang kaya antioksida ini membantu mempertahankan kulit anda.

TIP

Rasanya yang pahit memang kurang digemari untuk dibuat jus. Tetapi boleh dibuat sebagai salad yang dicampurkan dengan hirisan buah-buah lain.

Dijadikan salad.

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI