Tumit yang kasar, pecah dan merekah boleh menjejaskan penampilan kaki anda. Malah, adakalanya kesan pecah atau rekahan itu semakin merebak dan membuatkan kulit anda menjadi kering dan menggelupas. Ada beberapa cara mudah untuk mengatasi cara ini. Tidak perlu rawatan spa yang mahal. Hanya gunakan 7 bahan alami ini, pasti masalah anda boleh selesai.

7 Cara Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah

#Cara 1

Sediakan beberapa biji belimbing buluh. Lenyek kasar belimbing tersebut dan kemudian gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan selalu. Hasilnya, masalah kulit pecah dan merekah pada tumit akan hilang. Malah, ia dapat membantu menghaluskan kulit pada bahagian tersebut.

#Cara 2

Sediakan beberapa keping asam gelugur. Masukkan ke dalam besen berisi air suam. Rendamkan kaki selama 30 minit. Lakukan setiap hari pada waktu malam.

#Cara 3

Rendamkan kaki ke dalam air suam selama 15 minit. Kemudian, gosokkan tumit dengan batu asahan pisau selama beberapa minit.

#Cara 4

Sapukan getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan ia sehingga kering sebelum dicuci bersih.

#Cara 5

Tumbuk beberapa ulas bawang putih. Campurkan dengan sedikit perahan limau nipis. Kemudian, sapu dan gosokkan ia pada tumit kaki.

IKLAN

#Cara 6

Belah dua biji bawang merah dan gosokkan pada tumit kaki yang kering. Lakukan selalu sehingga kesan pecah dan rekahan semakin hilang.

#Cara 7

Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa. Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih. Lakukan setiap hari hingga menampakkan hasilnya.

Tips Yang Anda Perlu Cuba!

1. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu kerap.

Sentiasa dapatkan rawatan pedicure untuk penjagaan kaki. Pakai krim khusus untuk penjagaan kaki jika anda sering memakai kasut bertumit tinggi dan bertutup. Tumit kaki menjadi kering kerana beberapa faktor dan di antaranya ialah kerana aliran udara kering, diet yang kurang sihat, berdiri terlalu lama di lantai yang keras, memakai kasut yang salah dan banyak lagi. Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan tumit kaki anda merekah. Antaranya seperti diabetes, ekzema, psoriasis, calluses dan penyakit tiroid.

2. Madu juga merupakan cara mudah untuk menghilangkan kesan merekah pada tumit kaki.

Madu mengandungi banyak khasiat, salah satunya adalah sebagai agen pelembap semula jadi dan mempunyai anti bakteria yang elok untuk tumit kaki yang kering dan pecah-pecah. Cara penggunaannya pun sangat mudah. Tuangkan kira-kira setengah cawan madu ke dalam bekas yang telah berisi air suam. Kemudian anda boleh rendamkan kaki anda selama lebih kurang 20 minit dan urut kaki anda. Lakukan rutin ini setiap hari sehingga tumit kaki anda licin.

3. Tepung beras boleh dijadikan exfoliating scrub semula jadi yang membantu untuk mengelupaskan sel kulit mati.

Tumit kaki akan jadi lebih halus dan tidak lagi pecah-pecah setelah kulit mati itu dibersihkan. Cara penggunaannya juga mudah. Anda perlu campurkan segenggam tepung beras dengan 1 sudu teh cuka epal dan sari madu. Kacau sehingga campuran menjadi kental. Selepas itu, sapukan campuran tersebut pada tumit serta tapak kaki anda dan gosokkan ia.

4. Rendamkan kaki anda ke dalam air suam selama 10 minit campuran lemon dan minyak zaitun.

Anda juga boleh menambah minyak zaitun ke dalam adunan untuk meningkatkan keberkesanannya. Kandungan asid yang terdapat dalam lemon dipercayai sangat berkesan untuk melembutkan kulit yang kasar, sekaligus menghilangkan bahagian-bahagian tumit yang pecah-pecah. Anda juga boleh merendamkan kaki anda ke dalam campuran air suam dan jus lemon selama 10 hinga 12 minit. Elakkan penggunaan air yang terlalu panas kerana dapat membuatkan kulit kaki semakin mengering.

5. Pisang yang sudah matang adalah perubatan tradisional yang sudah dikenali sejak dulu lagi.

Salah satu khasiat daripada pisang matang ini adalah untuk menyembuhkan tumit kering, sekaligus menjadi pelembap sehingga dapat mencegah tumit kaki daripada kembali pecah-pecah.

6. Minyak sayur juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan rekahan pada tumit kaki.

Ada pelbagai jenis minyak yang boleh anda gunakan, misalnya minyak zaitun, kelapa dan bijan. Untuk hasil yang terbaik, gunakan minyak ini sebelum tidur untuk memberikan masa yang cukup agar minyak dapat menembusi kulit tumit kaki anda yang bermasalah. Cara penggunaannya cukup mudah, anda perlu bersihkan tumit kaki anda terlebih dahulu menggunakan air sabun dan batu apung. Selepas itu, sapukan minyak sayur ke bahagian tumit dan tapak kaki.

Amalkan semua bahan alami ini. Kesihatan akan lebih terjamin dan ia mudah didapati. InsyaAllah masalah kulit kaki merekah akan dapat diatasi.