Sumber Gambar: Kiri by Fety Puja Amedia, Kanan by Element5, via pexels.com

Walaupun berhijab kesihatan kepala dan rambut perlu dititik beratkan agar ia kekal cantik dan tidak bermasalah. Pelbagai cara boleh dilakukan dan paling senang kalau ke salon, namun harganya bukanlah murah.

Anda sebenarnya boleh lakukan sendiri sahaja rawatan kulit kepala dan rambut menggunakan produk yang boleh dibeli sahaja dan harganya tidaklah terlalu mahal. Paling penting boleh digunakan berulang kali.

Rawatan rambut yang menyeluruh haruslah meliputi cara merawat dan menutrisi kulit kepala untuk rambut tumbuh sihat, kuat dari akar sehingga ke hujung rambut.

IKLAN
Amino Acid Shampoo Kiehl’s

CUCI RAMBUT & KULIT KEPALA
Syampu rambut anda sekurang-kurangnya dua hari sekali. Dalam setiap sesi, proses membersihkan rambut boleh mengambil masa lebih kurang 15 minit dan anda boleh mengurut kulit kepala. Bilas seluruh kotoran dan pastikan tiada kotoran yang menyumbat liang pori.

Setelah itu kenakan kondisioner ataupun perapi rambut, pastikan anda megolesnya 10 cm dari akar rambut sehingga ke hujung rambut. Rambut yang dekat dengan akar biasanya masih bernutrinisi dan tidak perlu sapuan perapi rambut.

IKLAN
Kérastase Reflection Chromatique Mask Pro Fine Hair tector 200ml

MASKER RAMBUT
Sekali sekala, penggunaan masker perlu untuk keadaan rambut yang kering. Aplikasikan masker rambut selang semingu dengan masket kulit kepala kerana masker rambut tidak boleh terkena pada kulit rambut. Setelah menyapu masker anda boleh menutup rambut dengan tuala panas selama 15 minit untuk penyerapan nutrisi secara optimum.

IKLAN
The Ordinary 100% Plant-Derived Squalane 30ml

.

BAHAN YANG BAIK UNTUK RAMBUT
Sebelum membeli apa-apa produk untuk rambut dan kulit kepala anda boleh mengambil tip ini sebagai penanda aras. Pilih produk yang mengandungi Vitamin E kerana ia kaya denagn antioksidan, aminexil untuk mengatasi masalah rambut gugur, asid hyaluronic untuk menggantikan kadar air pada kulit dan akar rambut selain asid salisilik dan pyrithione zinc sebagai bahan anti bakteria dan anti peradangan yang biasanya khusus untuk rawatan anti kelemumur.