Memakai tudung dalam tempoh waktu yang lama sudah menjadi kebiasaan wanita Muslimah memakai tudung dalam jangka masa yang panjang. Namun di sebalik tudung tentunya tersimpan mahkota yang paling bernilai iaitu rambut.

Kadangkala dalam keadaan cuaca panas terlalu lama boleh menyebabkan rasa kurang selesa. Ada juga antara kaum hawa yang mengalami masalah kulit kepala atau rambut rosak.

Masalah kegatalan kulit kepala, rambut berbau dan juga kelemumur antara yang sering dihadapi oleh ramai wanita yang berhijab. Satu lagi masalah yang sering dialami oleh wanita yang berhijab ialah masalah rambut berbuah.

Photo by Anthony Shkraba from Pexels

Masalah rambut berbuah ini selalu terjadi apabila rambut tidak dikeringkan dengan sempurna. Apabila anda memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih lembap, kemungkinan untuk mengalami masalah rambut berbuah ini akan terjadi.

Lalu bagaimana untuk merawat masalah rambut berbuah? Berikut perkongsian Siti Zainab JenJen

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
Daun pinang
Garam kasar
Sedikit air

CARA-CARA:
1.Ramas daun pinang bersama garam dan air hingga sebati.
2.Sapukan adunan tadi pada rambut. Biarkan selama setengah jam.
3.Bilas dengan air bersih.
4.Lakukan dua kali seminggu. Hasilnya rambut mudah disikat. Buah pada rambut akan gugur dengan sendirinya ketika anda menyikat rambut.

Berikut dikongsikan juga tip yang boleh anda amalkan bagi memastikan kesihatan rambut tetap terjaga. 

IKLAN

Jangan terus menyarung tudung ketika rambut masih basah
Pastikan rambut dalam keadaan kering sebelum menyarung tudung. Rambut yang basah dan tertutup boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Pilih fabrik sesuai dan selesa
Pilih fabrik yang selesa, sejuk dan menyerap peluh. Elakkan daripada memilih fabrik yang tebal kerana ia hanya akan membuatkan rambut berbau selain menyebabkan kegatalan kulit kepala apatah lagi bila berada di luar rumah dalam tempoh lama.

Photo by destiawan nur agustra from Pexels

Buat rawatan rambut
Manjakan rambut anda dengan mendapatkan rawatan rambut di salun. Sama seperti kulit wajah, rambut juga perlu diberikan perawatan yang sewajarnya.

IKLAN

Pakai semburan rambut
Pilih yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Meskipun anda ingin mengelakkan rambut berbau tetapi pastikan produk semburan tidak memberi kesan buruk kepada mahkota anda itu.

Jaga pemakanan
Pemakanan juga penting bagi memastikan kulit kepala dalam keadaan baik dan rambut tumbuh sempurna. Amalan pemakanan yang sihat dapat membantu menjadikan kulit kepala dan rambut sihat.

Photo by Trang Doan from Pexels

HIJABISTA: Meskipun anda berhijab itu bukan bermakna anda meremehkan soal penjagaan rambut. Rambut yang berbau hanya mencacatkan penampilan anda terutama ketika berurusan dengan ramai orang. 

Sumber kredit: Siti Zainab JenJen Top image: Photo by mentatdgt from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI