Kulit kering terjadi disebabkan oleh beberapa faktor penyebab antaranya persekitaran, seperti kelembapan dan suhu atau kosmetik dan pencuci muka yang digunakan. Kulit akan mudah mengelupas, kemerahan, penuaan pramatang, kedutan, kusam dan garis-garis halus lebih senang muncul pada kulit kering.

Apabila kulit menjadi kering, kulit menjadi lebih sensitif dan mudah terkena ruam dan kerosakan kulit. Oleh itu bagi mereka yang memiliki kulit jenis kering, anda perlu lebih cerewet dalam soal penjagaan kulit wajah.

Photo by Dhyamis Kleber from Pexels

Bagi anda yang memiliki kulit kering, berikut dikongsikan cara merawat kulit kering kekal lembap dan terpelihara.

Pastikan Kulit Sentiasa Lembap

Kulit kering memerlukan lebih banyak penghidratan dan kelembapan berbanding kulit normal dan berminyak. Pelembap berfungsi memberikan penghidratan sambil mengunci kelembapan pada kulit.

Photo by cheyenne Doig-q from Unsplash

Pilih pelembap dengan tekstur berkrim dan mengandungi gliserin, asid hyaluronik, vitamin E, lidah buaya, dan natrium hyaluronat. Kerana bahan-bahan ini cenderung mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Pakai selepas mandi kerana ketika ini kulit anda masih lembap.

Gunakan pencuci muka yang lembut 

Apabila anda mempunyai kulit kering, pelembap mungkin merupakan penyelesaian pertama untuk mengatasinya. Namun, mencuci muka dengan pencuci muka yang betul sangat penting untuk merawat kulit kering.

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

Gunakan pencuci muka yang lembut, tidak menyumbat pori-pori, bebas dari formula alkohol, bebas dari SLS (Sodium Lauryl Sulfate), dan bebas dari minyak wangi (wangian) kerana ia boleh menjadikan kulit lebih kering. Elakkan mencuci muka secara berlebihan. Dua kali sehari iaitu pagi dan malam sudah mencukupi.

Lakukan Eksfoliasi (Pengelupasan Kulit) 

American Academy of Dermatology mengesyorkan agar mereka yang mempunyai kulit muka kering atau sensitif memilih untuk menggunakan pengelupasan kimia ringan seperti AHA (Alpha Hydroxy Acids) dan BHA (Beta Hydroxy Acid). Cukup lakukan pengelupasan seminggu sekali, untuk mengelakkan sel-sel kulit mati pada kulit wajah anda terkumpul,. Jangan lupa untuk selalu menggunakan pelembap setelah proses eksfoliasi.

Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Gunakan Sheet Mask Secara Konsisten

Dengan menggunakan sheet mask secara konsisten, anda akan dapat merasakan faedahnya kulit semakin lembap. Gunakan sheet mask sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pilih sheet mask yang bahannya asas dari madu, avokado, minyak zaitun, dan lidah buaya yang diketahui dapat membantu melembapkan kulit.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Gunakan Sunscreen

Tidak dapat dinafikan sinar ultraviolet sangat baik untuk kulit namun jika terlalu banyak pendedahan cahaya matahari pada kulit wajah ia boleh memberikan kesan buruk. Bagi anda yang mempunyai kulit kering, sinar UV akan mengeringkan kulit anda dan mempercepat penuaan pramatang. Jadi, lindungi wajah anda dengan cara memakai sunscreen sebelum melakukan aktiviti luar.

IKLAN
Photo by Arina Krasnikova from Pexels

Elak Guna Ubat Jerawat Berlebihan 

Menggunakan ubat jerawat seperti benzoil peroksida, asid salisilik, dan produk retinoid sememangnya berkesan dalam merawat jerawat. Walau bagaimanapun, kesan yang disebabkan kandungan ubat jerawat ini boleh menjadi masalah bagi pemilik kulit kering. Ia boleh menyebabkan kulit jadi mengelupas.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Elakkan Menggunakan Mekap Jenis Matte

Pilih produk solekan dengan formula yang tidak terlalu berat, bertekstur cair, ringan atau krim. Gunakan kertas blotting atau span blotting untuk mengawal minyak di kawasan zon-T. Elakkan produk solekan kalis air yang akan menyerap kelembapan semula jadi kulit dan menyebabkan kulit mengelupas.

Photo by Anderson Guerra from Pexels

Gunakan Face Mist

Face mist dapat membantu memberikan kesegaran pada kulit wajah. Selain itu, vitamin E, Vitamin C, asid hyaluronik atau lidah buaya yang biasanya terkandung dalam face mist mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah. Oleh itu sedikan face mist di dalam beg anda agar kelembapan kulit wajah sentiasa terjaga.

IKLAN

Minum Air Yang Cukup

Kekurangan air dalam badan merupakan salah satu penyebab kulit menjadi kering. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Apabila keperluan cairan dalam tubuh dipenuhi, kulit akan kelihatan sihat dan lembab.

Photo by Maria Orlova from Pexels

Mengehadkan Waktu Mandi

Untuk menjaga kelembapan kulit, hadkan waktu mandi sekitar 5-10 minit sahaja. Sebaiknya mandi dengan menggunakan air suam, kerana kebiasaan mandi menggunakan air yang terlalu panas boleh menyebabkan kehilangan kelembapan semula jadi yang menyebabkan kulit  menjadi kering.

Photo by Leah Kelley from Pexels

HIJABISTA: Kulit wajah yang sihat menjadikan solekan nampak sempurna apabila diaplikasikan pada kulit wajah. Gunakan produk perawatan wajah yang sesuai, barulah kesihatan kulit wajah sentiasa terpelihara.

Sumber kredit: Top image:

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI