Jerawat pasir adalah keadaan di mana wajah ditumbuhi dengan jerawat kecil yang kelihatan seperti pasir. Ia terasa kasar apabila disentuh sama seperti tekstur pasir. Keadaan ini tentuanya agak merimaskan kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa terutama ketika berpeluh.

Photo by Sunny Ng on Unsplash

Bagi menghadapi masalah ini, anda boleh mencuba langkah-langkah asas penjagaan kulit wajah bagi mengatasi masalah jerawat pasir. Ia boleh dilakukan secara rutin dan berkala dalam rejim penjagaan kulit wajah.

BERSIHKAN WAJAH DENGAN PENCUCI WAJAH

Pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit wajah dan kotoran yang terkumpul antara punca berlakunya jerawat pasir. Oleh itu, bersihkan wajah anda setiap hari untuk mengurangkan lebihan minyak dan kotoran yang melekat pada kulit wajah setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Anda boleh menggunakan pencuci muka yang mengandungi AHA dan BHA untuk memastikan kulit bersih dari kotoran dan minyak. Selain itu, pilih pencuci muka yang lembut agar kulit tidak mengalami masalah iritasi.

SAPUKAN TONER EKSFOLIASI/PENGELUPASAN

Penggunaan toner bertujuan untuk membuang sel kulit mati dan kotoran yang tersumbat pada jerawat pasir secara maksimum. Bukan itu sahaja, toner juga berfungsi untuk melicinkan tekstur kulit yang anda miliki.

IKLAN
Photo by Mathilde Langevin from Unsplash

Pilihlah toner pengelupasan yang mengandungi AHA, seperti laktid dan asid glikolat. Gunakan toner pengelupasan 1-3 kali seminggu atau sesuaikan dengan keperluan kulit anda.

PAKAI PELEMBAP WAJAH

Pelembap wajah menjadi produk perawatan kulit wajah yang sangat penting untuk digunakan, sama ada wajah anda kering atau berminyak. Ini kerana pelembap berperanan mengunci kelembapan dan mencegah pengeluaran minyak pada kulit dengan lebih berkesan.

IKLAN

Untuk penggunaannya, disarankan untuk memilih pelembap dengan tekstur gel atau losen dengan formula bebas minyak dan bukan komedogenik. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, disarankan untuk mengelakkan pelembap yang mengandungi bahan seperti alkohol dan pewangi.

GUNAKAN SUNSCREEN YANG BERTEKSTUR RINGAN 

Selain pelembap wajah, sunscreen juga merupakan produk yang mesti digunakan dalam keadaan apa sekali pun. Ia amat penting bagi membantu proses pemulihan jerawat. Sunscreen juga melindungi jerawat daripada terkena sinaran UVA dan UVB yang menjadikan keadaan jerawat bertambah serius.

IKLAN
Photo by Clarissa Watson on Unsplash

Memilih sunscreen yang tepat amat penting untuk merawat jerawat pasir. Sunscreen itu sendiri mestilah bertekstur gel atau losen dengan kandungan SPF sekurang-kurangnya 30 dan berlabel broad spectrum. Jangan lupa juga untuk melakukan sapuan berulang untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

GUNAKAN SERUM SEBAGAI PERAWATAN TAMBAHAN UNTUK KECANTIKAN

Serum biasanya menjadi pilihan untuk mengatasi jerawat pasir yang memerlukan perawatan tambahan yang lebih spesifik. Contohnya, melegakan kemerahan dan keradangan pada jerawat pasir atau mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.

Photo by Liubov Ilchuk on Unsplash

Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, disarankan untuk menggunakan serum yang mengandungi beberapa bahan aktif, seperti niacinamide, zink, teh hijau, dan pokok teh.

HIJABISTA: Itulah rangkaian penjagaan kulit asas yang anda boleh pakai bagi menyelesaikan masalah jerawat pasir yang merimaskan. Bagi mendapatkan hasil yang sempurna, terapkan kaedah penjagaan kulit asas ini dengan kerap dan konsisten.

Sumber kredit: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI