Masalah jerawat memang selalunya menjadi masalah paling besar bagi mereka yang amat mementingkan soal penampilan diri. Ia jelas boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.
Mungkin anda sudah mencuba pelbagai produk yang ada di pasaran tetapi berapa lama anda mahu bergantung pada bahan kimia tersebut?
Daripada anda gunakan bahan kimia, lebih baik anda gunakan bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat.
Ini antara TUJUH petua menggunakan bahan semula jadi yang boleh anda amalkan. Mudah dan cukup berkesan!
1. Jus Daun Pudina
Kisar daun pudina bersama sedikit air kemudian tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biar semalaman.
2. Bawang Putih
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
5. Kiub Ais
Letakkan ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.
6. Serbuk Kayu Manis
Letakkan sesudu madu dan campur dengan dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Seeloknya gunakan ia sebelum masuk tidur.
7. Kulit Buah Oren
Kisar kulit buah oren bersama air. Kemudian ambil pes oren dan sapukan pada jerawat.
8. Madu
Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat.
9. Wap Panas
Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Tidak hanya mampu menghilangkan jerawat, kulit wajah juga semakin berseri.
10. Serbuk Kunyit
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat hilang.
HIJABISTA: Paking penting sebelum masuk tidur, pastikan anda mencuci wajah dengan bersih supaya jerawat tidak cepat timbul. Ini kerana kotoran yang melekat pada wajah akan menambah risiko anda mendapat jerawat dengan mudah.
Sumber kredit: Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI