Memiliki kulit wajah bersih tanpa sebarang jerawat sememangnya menjadi idaman tidak kira wanita mahupun lelaki. Namun masalah breakout atau jerawat antara masalah kulit yang biasa dialami setiap orang.

Oleh itu amat penting bagi kita mengetahui punca bagaimana ia terjadi seterusnya membantu untuk mengembalikan kesihatan kulit wajah. Masalah breakout memang tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan parut pada wajah yang tentu sukar unuk dihilangkan.

Jerawat adalah keadaan di mana ada bintik atau benjolan pada permukaan kulit akibat liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Perubahan hormon dan penggunaan produk kulit atau rambut yang berminyak juga menyumbat liang roma antara faktor mengakibatkan pembentukan jerawat.

Berikut perkongsian Syahira Farzana

Rutin untuk masalah kulit breakout. Bila breakout, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cari apa punca breakout itu berlaku. Selepas itu perlu amalkan skincare diet. Maksudnya, guna produk yang perlu sahaja.

IKLAN
Sumber kredit: miamiherald.com

Tidak perlu nak guna 2-3 jenis serum atau essence dalam satu rutin dan paling penting guna produk yang perlu sahaja iaitu produk yang dapat membantu mengawal jerawat anda.

Apa yang perlu dalam rutin untuk mengawal breakout? Berikut butirannya:

1. Mild cleanser (non drying & low pH)
– part ni ramai yang tersilap sebab bila breakout selalunya orang akan cari cleanser yang for acne, which is yang mengandungi aha/bha/sulphur/tea tree/etc. The thing is cleanser camni selalu nya sangat drying, so tak sesuai untuk orang yang ada masalah skin barrier atau dehydrated skin. Ia hanya akan membuatkan your acne jadi makin teruk sebab kulit jadi terlampau kering.

IKLAN

2. Hydrating toner
– one of basic need sebab dia membantu untuk bagi hydration. Better yet, cari yang ada soothing effect sekali. Make sure toner tu tak terlampau heavy for your skin.

Sumber gambar: mdemulher.abril.com

3. Spot treatment
– Ini penting sebab salah satu untuk control acne adalah dengan apply treatment product direct kat area yang bermasalah. Selain membolehkan untuk you dapat kesan yang lebih cepat, ini jugak bolrh mengelakkan dari acne tu merebak kat tempat lain.

IKLAN

4. Moisturizer (jika perlu)
– Tak semua orang perlu kan moisturizer tapi semua orang perlu kan hydration. Kalau rasa your skin terlampau kering atau ada dry patches kat mana-mana, sila guna moisturizer. Cari yang sesuai dengan your skin type. Jangan cari yang terlampau heavy atau terlampau light for your skin.

5. Extra : Mask for acne
Wash off mask ni tak wajib tapi serious sangat sangat membantu especially kalau mask yang memang main focus dia adalah untuk fight acne. Serious, kalau guna daily memang membantu untuk acne. Just make sure mask tu tak drying atau buat your skin jadi irritates.

HIJABISTA: Moga dengan perkongsian ini hijabi yang mengalami masalah breakout akan dapat mengatasinya dengan sebaik mungkin.

Sumber kredit: Syahira Farzana Top image: brisbanenaturalhealth.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI