Penyanyi terkenal , Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak popular iaitu Shuib Sepahtu menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
Sarah yang juga ibu kepada dua lagi cahaya mata iaitu Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin meluahkan rasa gembiranya itu di laman instagramnya.
“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’’. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai di antata mereka yang menjadi al-Hafiz.
Ads
“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecendurungan anak-anak.
Ads
“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah mengenai harapannya buat anak-anak tercinta.
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Baru-baru ini, gadis jelita ini diiktiraf sebagai ‘Digital Stars Under 30’ oleh Instagram.
Untuk info, Abir El Saghir terkenal dengan perkongsian videonya tentang penyediaan masakan antarabangsa. Pada Januari 2023, dia memenangi Anugerah Joy sebagai pempengaruh wanita pilihan.
Pada Ramadan 2023, Abir El Saghir menganjurkan program masakan 10 episod iaitu ‘Abir’s Kitchen’ di STC TV dan Jawwy TV. Dia berkongsi kandungan program di saluran YouTube peribadinya, Abirz Kitchen, yang mengumpul lebih 1.5 bilion tontonan.
Pada Oktober 2024, Abir El Saghir melancarkan kempen ‘Cook for Lebanon with Abir’ bagi menyediakan makanan harian buat golongan gelandangan di Lubnan.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa. Memang unik!
Meminati fesyen dan masakan, wanita berusia 25 tahun ini menggabungkan kedua-dua elemen itu di dalam setiap video pendeknya.
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Untuk infio, Abir El Saghir pernah memasak 32 menu dari 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.
PANDAI BERFESYEN
Selain memasak, Abir El Saghir juga pandai bergaya. Hijabista kongsikan beberapa contoh gaya pashmina yang sering digayakan oleh Abir El Saghir: –
Semasa di Qatar, Abir El Saghir bergambar di bawah bendera 32 negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Abir El Saghir menyarungkan seluar jenis hi cut berwarna krim bersama kemeja-T lengan panjang dan pashmina hitam. Kelihatan sangat kasual.
Overall jeans yang dipadankan dengan blouse dan sneaker putih ini mencipta penampilan kasual serta trendy pada penampilan Abir El Saghir.
Tampil ceria dengan gaun bercorak dan topi menjadikan penampilan si cantik ini lebih anggun.
Abir El Saghir menyarungkan pakaian sedondon sehingga ke aksesori.
Semoga gaya Abil El Saghir ini menjadi inspirasi buat para hijabi khususnya yang masih keliru untuk suai padan (mix and match) pakaian dengan pashmina atau selendang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ibu juga tiada penghujungnya. Akan terus berkekalan walaupun maut memisahkan. Bagi selebriti Linda Rafar yang kehilangan arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman awal tahun ini mengakui sukar untuknya melupakan momen terakhir mereka bersama sementelah pelbagai kontroversi yang melanda.
Linda memberitahu hubungan dia dan ibunya memang sangat rapat. Sejak pembabitannya dalam kumpulan Elite lagi sehinggalah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jadi apabila ibunya meninggal dunia memberi satu tamparan hebat buat Linda. Biarpun pahit untuk menerima, momen terakhir bersama ibunya akan terus dikenang hingga ke akhir hayatnya.
“Linda memang tak putus menjaga emak sepanjang emak 90 hari berada di hospital. Linda memang tidak putus-putus mendoakan diri emak dan sentiasa mengajarnya mengucap khalimah syahadah. Dan ketika emak dibawa balik ke rumah (setelah sihat sedikit), kami sempat membuat kenduri doa selamat.
“Waktu inilah Linda luangkan masa terakhir bersamanya. Linda lap mukanya dan ketika itu ada yang perasan wajak emak kelihatan berseri-seri seperti bermekap. Linda cake hanya lap mukanya sahaja.
“Linda juga turut mandikan arwah bersih-bersih, pakaikan baju putih, seluar putih malah cadar tempat emak tidur pun Linda tukar putih. Siapa sangka itu layanan terakhir Linda pada arwah,” jelas Linda yang memberitahu ibunya diserang sesak nafas sebelum di bawa ke hospital.
Menurut Linda ketika ambulan sampai di rumah, Linda dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir ketika itu dan dia sempat menciumnya dan ajar mengucap. Itulah saat-saat terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, tetapi Linda gembira di saat-sat akhirnya itu dapat berbakti dan memberi layanan terbaik untuk arwah emak. Dan apa yang Linda lakukan sekarang adalah untuk menuntut hak dan keadilan buat arwah emak.
“Sebelum meninggal arwah memang tahu kes viral berkenaan dan menyuruh Linda hanya bersabar. Katanya lagi biarlah tiada layanan istimewa diterima. Linda akui cukup trauma menghadapi situasi ini. Linda juga sebenarnya turut mengalami depresi rentetan dari kes itu hinggalah emak meninggal dunia.
“Bila emak meninggal, memang Linda berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Depress yang Linda alami menyebabkan Linda tak boleh jumpa orang, tak boleh kerja. Bukan itu sahaja, Linda jadi tidak boleh tidur dan cakap sorang-sorang.
“Ada kalanya Linda pergi kubur cakap dengan emak di sana dan memang sukar untuk Linda gambarkan situasi sebenar. Seolah-olah memang Linda tak dapat menggembirakan emak saat akhir (merujuk pada kes viral berkenaan),” tambah Linda ketika ditemui dalam satu sidang akbar di Shah Alam semalam.
Menurut Linda ramai yang menghentam dirinya rentetan satu kisah viral membabitkan dirinya dengan jururawat di sebuah hospital. Namun sebenarnya ramai tidak mengetahui kejadian sebenar.
“Sebenarnya emak Linda digigit serangga ketika di rumah Diana di bahagian tangan hingga menyebabkan jadi bengkak. Kami sudah cuba bawa emak ke hospital swasta tetapi kes emak tidak diterima dan menyuruh Linda merujuk ke hospital kerajaan berdekatan.
“Sepanjang emak menerima rawatan di sana, memang layanan daripada kakitangan semuanya baik. Malah mereka juga turut mengambil gambar bersama Linda dan keluarga untuk diabadikan kenangan.
“Linda layan mereka seperti biasa sehinggalah terjadinya kes viral berkenaan. Jadi apabila emak meninggal dalam keadaan kes berkenaan tidak selesai buat Linda jadi sedih,” ceritanya yang perlu membuat tuntutan saman adalah untuk mempertahankan hak emaknya dari terus menjadi kecaman netizen.
“Linda bukanlah jenis nak cari gaduh. Kalau lihat rekod sebelum inipun memang Linda tiada masalah dengan orang.
“Tapi kali ini Linda perlu lakukan kerana mahu menuntut keadilan untuk arwah emaknya. Linda tak menyesal lakukan ini sebab Linda pertahankan hak emak. Linda tidak mahu arwah terus menjadi mangsa buli siber hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Inilah masanya Linda sebagai anak menolong arwah walaupun dia sudah tiada. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan nasib keluarga lain yang menerima nasib sama akan terbela.
“Memang Linda akui kes berkenaan sangat memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Bayangkan bukan sahaja Linda, tetapi ahli keluarga lain turut terkena tempiasnya misalnya bisnes keluaga jatuh teruk,” tambah Linda yang mendapat sokongan adik beradiknya berdepan kes berkenaan.
Dalam sidang akhbar semalam Linda telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
Linda, 41 tahun, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh semalam.
Orang cantik pakai apa pun cantik! Pelakon Hannah Delisha, pakai kostum karakter ‘superwoman’ versi muslimah pun tetap nampak menawan. Rupa-rupanya gelagat Hannah ini menjayakan aksi ‘terbang’ dalam iklan raya yang sibuk diperkatakan.
Baru sehari ditayangkan dengan 481 k tontonan dan 10k tanda suka, iklan raya bulan bintang ramai yang memuji iklan ini, level level iklan TNB! Rata-rata pujian daripada netizen apabila jenama fesyen Bulan Bintang berkongsi video promosi terkini mereka menampilkan pelakon seperti Hannah Delisha, Syukri Yahya, Beto Kusyairy dan Shanaz Ahmad yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.
Suntingan yang mendapat pujian ramai, video yang dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta. Pengasas Bulan Bintang sendiri akui idea untuk ambil inspirasi filem Mat Kilau terlintas ketika sedang bergurau bersama rakan.
“Idea asal video ini bermula dengan aku main-main sahaja cakap dengan rakan, “Jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga”.
“Akhirnya, dah boleh release videonya. Aku harap korang enjoy video ini, as much as I do. Paling suka babak akak promoter tu,” kata Azzim Zahid Azmi.
Rata-rata netizen memberikan tindakbalas positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti video berkenaan yang setaraf filem sebenar. Begitu juga dedikasi pasukan Bulan Bintang yang tidak memilih marketing murahan untuk melariskan jenama mereka.
Pada mulanya pengikut heroin drama Andai Itu Takdinya terhibur melihat gelagat Hannah ketika mahu menjayakan aksi ‘terbang’. Apatah lagi karektornya di dalam video yang menjadi dara pujaan kampong.
Hannah berpakaian sebegitu demi memenuhi tuntutan penggambaran iklan jenama pakaian, Bulan Bintang. Menurutnya jua, itu kali pertama dia membawakan karakter ‘superwoman’ sepanjang enam tahun dalam dunia lakonan sejak 2017. Tetap cantik, meskipun tampak lucu!
Selain dari mempromosikan jenama pakaian, Bulan Bintang bijak menyelitkan mesej. Antara soloroh dan jenaka dalam karektor tersirat beberapa mesej yang boleh diguna pakaikan kita untuk kekalkan perpaduan antara satu sama lain.
“Raya bermakna kerana keikhlasan di terima”, ramai pula meminta ada sambungan iklan next level ini.
Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power! 🥹🔥 pic.twitter.com/IhK1Y4kHkf
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.