Setiap orang mengalami alahan yang berbeza waktu mengandung. Bagi Amma Malik pula, dia mengalami alahan yang lain daripada yang lain apabila wajahnya berubah ketika hamil.
Bukan hanya wajah, tona kulitnya juga berubah sehingga membuatkan keyakinan dirinya menjadi luntur.
Pernah juga rasa hilang semangat kerana perubahan yang dialami itu, dia bersyukur apabila wajahnya kini berubah ke asal seperti sedia kala.
Bila membaca kisah Amma ini, pastinya membuatkan kita terasa lebih menghargai ibu kita sendiri. Sungguh besar pengorbanan yang dialami oleh seorang ibu sewaktu mengandung dan membesarkan kita. Oleh itu, ingati dan hargailah jasa mereka dengan sebaik-baiknya.
kredit: Facebook Amma Malik