Rakyat Malaysia Harus Fahami Lima Peringkat Jangkitan COVID-19. Peringkat Empat Paling Dikhuatiri.

Share

Rakyat Malaysia harus fahami lima peringkat jangkitan COVID-19. Dalam satu sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kebanyakan kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berikutan lewat menerima rawatan.

Beliau berkata, terdapat lima peringkat jangkitan COVID-19 tetapi kebanyakan mereka datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga.

Peringkat pertama – ialah apabila seseorang itu asimptomatik (tidak menunjukkan gejala) tetapi positif.

Gambar sekadar hiasan

Peringkat kedua – adalah positif dengan gejala ringan

Gambar sekadar hiasan

Peringkat ketiga – apabila pesakit mempunyai masalah pneumonia tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.

Gambar sekadar hiasan

Peringkat keempat – pesakit memerlukan terapi oksigen

Gambar sekadar hiasan

Peringkat kelima – apabila pesakit tidak boleh bernafas dengan baik dan kita perlu intubat (memasukkan tiub) dan menggunakan ventilator,”

Gambar sekadar hiasan

Dalam sidang media, Dr Noor Hisham juga menjelaskan kebanyakan pesakit pada peringkat keempat, kesihatan mereka cepat merosot dan akan mudah berada di peringkat kelima. Contohnya kematian terbaharu, pesakit telah mengalami kesukaran bernafas tiga hari yang lepas, katanya.

SUMBER: Awani

IKLAN