Simpati dengan nasib mangsa bencana banjir, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut turun padang dan berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor dan menyerahkan bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan selama tiga hari berturut-turut.
Baginda juga membeli sendiri barang-barang keperluan di Pasaraya Checkers, Seksyen 15, Shah Alam untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Baginda kemudian menghantar sumbangan keperluan asas dan makanan berkenaan di Seksyen 16, Shah Alam serta di Taman Meru Jaya, Klang.
Ads
Bukan itu sahaja, Baginda turut berkenan untuk terus menyertai misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Baginda bersama pasukan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia berada di kawasan Kampung Baru Hicom untuk membuat tinjauan dan menghulurkan bantuan.
Padang Jawa yang merupakan antara lokasi yang terjejas teruk turut mendapat perhatian Baginda. Misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Selangor oleh Baginda bersama pasukan 10 Briged Para disertai sukarelawan meneruskan operasinya semalam.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih lagi membuat orang ramai tertanya-tanya dengan rupa anaknya, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa asyik memberikan hanya gambar sipi-sipi sahaja wajah anaknya, Bilal. Sampaikan ada yang tidak keruan ingin melihat wajah anaknya.
Sudah memberikan kenyataan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail, enggan mendedahkan wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal. Walaupun begitu, usahawan terkenal itu tidak lupa untuk berkongsi perkembangan anaknya di ruangan media sosialnya.
Tular lagi di ruangan media sosial mengenai perkongsian Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih gemar di kenali sebagai Neelofa, 33, di akaun Instagram miliknya dengan sekeping foto dia bersama anaknya, Muhammad Bilal. Di dalam gambar tersebut, Neelofa sedang mendukung Bilal yang kini sudah hampir mencecah usia sembilan bulan itu telah menarik perhatian orang ramai serta rakan artis yang lain.
Satu foto yang manis menunjukkan keakraban Neelofa bersama Bilal meski pun kita tahu bertapa sibuknya dia menguruskan perniagaan dan juga kehidupan sebagai seorang selebriti. Perkongsian di Instagram itu juga di tulis dengan kapsyen yang cukup ringkas tetapi manis, “Bilal ummi sayang.”
Setelah sekian lama juga perkongsian perkembangan Bilal di ruangan akaun Instagram milikinya itu hanya menunjukkan sipi-sipi sahaja wajah Bilal, ramai peminat masih setia melihat dan menantikan kemunculan wajah anaknya itu. Keterujaan juga dapat di lihat melalui ruangan komen apabila ramai yang memberikan reaksi yang gembira dan meluahkan perasaan tidak sabar mereka untuk lihat wajah Bilal.
Ramai peminat yang memberikan komen serta mendoakan agar kesejahteraan Bilal di masa hadapan akan di lindungi Allah swt dan juga mengharapkan supaya menjadi anak yang soleh. Ada juga yang meluahkan perasaan gusar dan tidak sabar untuk lihat wajah anaknya yang masih di ‘sorok’ olehnya.
“…Saya sendiri pun selalu intai nak tengok bertapa comelnya Bilal tapi tak nampak pun. Allah, ibarat menunggu buah yang tak gugur-gugur. Apa pun, semoga Bilal membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh berjaya dunia jua akhirat.
“Setiap kali Neelofa post gambar Bilal tanpa nampak muka, aku terus imagine muka Jebat sahaja, haha.
“MasyaAllah, Semoga membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan jadi anak yang soleh ya Muhammad Bilal.
“MasyaAllah, comelnya Bilal, anak soleh penyejuk hati ummi dan abah, semoga membesar dengan sihat dan dalam rahmat Allah swt.” begitulah antara komen yang di kongsikan oleh peminatnya.
Sebelum ini, Neelofa dan suaminya, PU Riz, pernah membuat keputusan untuk tidak mahu mendedahkan sekali pun muka anaknya itu. Pasangan itu juga telah menjelaskan kenapa mereka membuat demikian adalah kerana sebab yang tertentu yang membuatkan mereka tidak mahu mendedahkan wajah Bilal. Tambahan lagi, mereka khuatiri jika pendedahan wajah Bilal di media sosial akan mendedahkan anaknya terkena penyakit ‘Ain.
Apa pun yang ingin Neelofa dan PU Riz lakukan, kita sebagai pemerhati perlulah beringat bahawa mereka mempunyai tindakan tersendiri untuk melindungi anaknya, Bilal. Sebagai umat sesama Islam, kita doakan yang terbaik buat kesihatan Neelofa dan keluarganya agak di lindungi dan juga dapat juga kongsikan lagi gambar-gambar ‘sipi’ Bilal yang tetap comel!
Pelakon cantik manis, Ardell Aryana tidak menyangka yang akhirnya dia menjadi isteri kepada teman baiknya yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri iaitu Nadzmi Adhwa.
Pasangan ini telah bernikah pada Ahad semalam di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor.
“Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah senang ada bersama.
“Dia ada beratus kali beri hint untuk ajak berkahwin tapi saya tak bagi jawapannya kerana belum bersedia lagi, rasa banyak kekurangan dan bukan untuk menjadi isteri.
“Sehinggalah selepas Aidilfitri yang lalu, saya sendiri merisik dia dan beri senaskhah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan,” ujarnya.
Ardell dah kahwin guys! :') Berapa banyak kali dah ardell friendzoned nadzmi ni tapi dia tak pernah give up! ?? Alhamdulillah now dah kahwin dah ya allah im so happy for them ??❤️❤️❤️ ADA JUGAK LELAKI MACAM NADZMI NI KAT MUKA BUMI NI YA ALLAH ARDELL UNTUNG NAK MAMPUS ??❤️❤️ pic.twitter.com/k2GzpOzQod
That’s awkward part tho , after 8 years becomes friends pastu persahabatan tu kekal sampai pelamin , ardell and adhwa sho cute , cinta lepas kahwin , ? , damnnn , this type of friendship really amazing ✨✨✨ , congrats both of you , tak sia sia nadzmi adhwa punya effort hehe pic.twitter.com/r7iuG8pI31
Benarlah kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Untuk Ardell dan Nadzmi, selamat melayari bahtera perkahwinan. Moga berbahagia selalu! Bagi mereka yang sedang berjuang untuk menghalalkan orang yang mereka cintai, jangan mengalah. Teruskan berusaha dan percayalah pada takdir Tuhan.
Pertandingan Pekan Olahraga Nasional (PON) Aceh-Sumut 2024 sudah pun berlalu.
Beberapa anak selebriti Indonesia turut menyertai pertandingan tersebut, salah seorangnya ialah Aisha Hakim anak kepada selebriti terkenal, Irfan Hakim.
Aisha yang merupakan anak sulung dalam keluarga bakal bertanding dalam sukan ekuestrian bagi mewakili Jakarta.
Berita gembira itu telah dikongsi oleh bapanya dan dimuat naik di Instagram peribadi.
“Bismillah, terharu melihat anak sulung Aisha @aishakeem15 kini dilepaskan untuk bersiap sedia berjuang menjadi wakil DKI Jakarta di arena Pekan Olahraga Nasional XXI Aceh-Medan.
“Jadilah versi terbaik @aishakeem15 walau apa pun ibu dan ayah sentiasa bangga dengan kamu.”
Sosok Aisha Hakim menarik perhatian ramai. Menerusi Instagram peribadinya, Aisha sering berkongsi foto penampilannya yang berhijab ketika menunggang kuda.
Berikut beberapa foto menarik yang menampilkan gaya Aishaa yang stylish ketika menunggang kuda.
Walaupun bergelar atlet berhijab, Aisha tetap tampil bergaya dan sporty.
Dalam foto ini Aisha menggabungkan jaket, skirt dan tudung putih dengan inner hitam. Penampilannya nampak lebih bergaya dengan topi hitam rona senada.
Ketika pertandingan itu, Aisha kelihatan sangat menawan dengan jaket hitam yang digabungkan dengan skirt putih dan tudung.
Biarpun bersukan, Aisha sentiasa menitikberatkan soal penampilan mengikut gaya terkini.
Aisha menggabungkan kemeja polo berwarna krim dengan baju lengan panjang hitam dan skirt hitam.
Gaya ini juga menjadikan penampilan Aisha lebih menarik.
Semoga Aisha Hakim terus sukses dan istiqamah sebagai seorang Muslimah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.