Bagi seorang wanita, setidak-tidaknya pasti ada sebatang lipstik dalam simpanan. Hari ini merupakan hari yang amat membahagiakan buat para pencinta mekap terutama lipstik. 29 Julai setiap tahun merupakan National Lipstick Day.
Lipstik adalah produk pewarna bibir pertama yang ditemui. Fungsinya digunakan untuk mengubah warna bibir. Lipstik memiliki variasi warna bermula daripada warba merah, ungu, oren, dan sebagainya.
Bibir yang mekar, merah dan mungil tentunya menjadi idaman ramai wanita. Pemakaian lipstik menjadikan bibir kelihatan sempurna. Hampir semua wanita bersetuju bahawa lipstik adalah produk solekan yang paling penting, terutamanya apabila anda ingin memperbaiki penampilan anda.
Banyak jenama mekap terkenal tidak mahu ketinggalan merayakan National Lipstick Day ini dengan mengadakan jualan diskaun dan memberikan hadiah istimewa buat para pencinta solekan. Jangan lepaskan peluang untuk tambahkan stok lipstik anda ya. Inilah masa yang sesuai untuk anda berbelanja!
View this post on Instagram
Menjadi produk solekan paling utama, sudah tentu anda mahu lipstik anda kelihatan lebih memukau? Oleh itu, cubalah beberapa trik solekan berikut supaya lipstik yang anda pakai kelihatan lebih menarik!
GUNAKAN LIPSTIK RONA CERAH
Selain warna ‘bold’ anda juga boleh tampil lebih memukau menggunakan lipstik dengan warna terang. Cuba pakai lipstik warna oren terang atau merah. Jika ragu-ragu, cuba gunakan pewarna bibir terlebih dahulu. Biasanya warna bibir akan memberikan warna pekat yang kemudiannya akan menjadi lebih semula jadi.
APLIKASIKAN SEDIKIT GLITTER
Jika anda ingin kelihatan lebih memukau dan sedikit berbeza, jangan teragak-agak untuk menambah glitter pada bibir anda. Di pasaran tersedia himpunan produk dengan kesan glitter. Walau bagaimanapun anda perlu menyesuaikan acara yang anda hadiri.
GUNAKAN LIP GLOSS
Jika anda salah seorang yang tidak berani menggunakan gincu tebal, mungkin anda boleh mencuba petua ini. Lip Gloss atau pengilat bibir mempunyai fungsi bukan sahaja untuk menjadikan bibir kelihatan lebih lembap, malah memberi kesan gebu pada bibir supaya bibir kelihatan lebih menawan.
GUNAKAN LIP LINER
Anda juga boleh cuba trik menggunakan lip liner. Produk solekan yang satu ini mampu memberikan penampilan bibir yang lebih penuh. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bibir yang nipis, anda boleh menggunakan lip liner untuk melukis dan mengisi sudut bibir anda supaya kelihatan lebih berdimensi dan gebu.
Top image: Photo by marek-studzinski from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI