Apabila memandang cermin dan menatap satu persatu garis serta tanda penuaan yang mula muncul pada wajah tentu sahaja merisaukan ramai wanita. Tanda penuaan kulit dapat dilihat pada kedutan, kendur pada kulit wajah dan geleber yang berpunca daripada pelbagai faktor.

Urutan dan rawatan wajah menjadi amalan kecantikan sejak dulu untuk membantu wanita memelihara kecantikan, keremajaan dan seri wajah. Tidak perlu ke spa untuk mendapatkan rawatan wajah. Anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Luangkan masa kira-kira 1-2 minit setiap pagi untuk mengurut wajah. Apabila kulit wajah tegang dan awet muda, kulit wajah pun jadi semakin glowing. Tiada gunanya pakai produk perawatan berjenama atau mahal tetapi kulit kendur dan tidak anjal. Hasilnya wajah tetap nampak jauh lebih tua daripada usia.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Melalui perkongsian nourainterbaik2_stokis ini 4 teknik urutan awet muda, menganjalkan, melancarkan aliran darah dan membantu anda tampil awet muda. Caranya mudah sahaja. Anda boleh jadikan rutin harian setiap kali bangun pagi. Boleh dilakukan sebelum masuk tidur.

IKLAN


TEKNIK 1:
1. Mulakan dari bahagian bawah mulut
2. Gunakan 2 jari, secara perlahan dan berikan sedikit tekanan pada wajah, tarik ke atas.
3. Ulang teknik ini selama 15 kali.
*Membantu otot wajah untuk mendapatkan pengaliran darah yang lancar.

TEKNIK 2:
1. Kemudian gunakan ibu jari tangan dan tarik di tepi sisi hidung dengan memberikan sedikit tekanan pada wajah.
2. Urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu arah ke atas.
*Tujuannya bagi mengelakkan otot muka menjadi kendur ke bawah.

TEKNIK 3:
1. Seterusnya, urutan dibahagian kening dan kelopak mata
2. Gunakan jari telunjuk dan secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan lakukan urutan dalam bentuk C kebawah ianya mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.
*Tujuannya membantu otot-otot atas muka mendapatkan aliran darah yang baik.

IKLAN
Photo by Sora Shimazaki from Pexels

TEKNIK 4:
1. Cara terakhir, lakukan urutan kearah dagu dan keatas
2. Lakukan proses urutan sebanyak 15 kali. Tarik dan berikan sedikit tekanan keatas wajah.
*Bertujuan membuang lemak, mengurangkan double chin serta membantu pelancaran darah pada wajah.

Teknik ini salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan proses penuaan, menaikkan seri wajah, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan dan kedutan di muka, dan membantu wajah kelihatan awet muda.

IKLAN

Lakukan urutan di rumah tanpa perlu mengeluarkan bajet yang tinggi. Apabila kulit sudah tegang dan anjal, glowing itu secara semula jadi boleh terpancar dari kulit wajah.

HIJABISTA: Tidak dapat dinafikan urutan sangat membantu kulit wajah tegang dan anjal.. Selain itu urutan juga menjadikan kita lebih tenang. 

Sumber kredit: Instagram nourainterbaik2_stokis

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI