Avokado rasanya sangat lazat dan sering digunakan dalam perawatan kecantikan. Khasiat dalam avokado membantu menjaga kesihatan. Ini kerana avokado mengandung asid folik, kalium dan vitamin B kompleks yang diperlukan oleh tubuh.

Dianggap sebagai ‘superfood’ avokado elok diambil sebagai sajian setiap hari. Hanya lenyek dan sapu di atas roti multigrain. Avokado punya kekuatan yang tersendiri untuk kesihatan.

Nutrien di dalam buah avokado sangat diperlukan daripada hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki. Satu perkara yang menarik tentang avokado ialah Omega 3. Avokado ada banyak Omega 3. Bahan sangat diperlukan oleh otak.

Avocado jga bagus untuk keselesaan perut. Bakteria baik dalam usus akan terus bertambah. Avokado kaya dengan lemak sihat atau dalam bahasa sainsnya ialah monounsaturated fat.

IKLAN

Melalui satu kajian yang dilakukan, amalan memakan avokado dapat membantu menjaga jantung dan tekanan darah tinggi. Jika anda mengalami masalah kolestrol tinggi, amalkanlah makan avokado.

Photo by ready made from Pexels

Kajian juga ada menyebut lemak dalam avokado ini memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Apabila kenyang kita tidak rasa hebdak makan. Nak berkudap pun tidak jadi. Berbanding pisang, kandungan potassium dalam avokado lebih tinggi.

IKLAN

Avocado juga kaya dengan vitamin A, D, E, K sekali dengan anti oksida seperti carotenoids. Jadi kalau kita makan avokado dan makanan lain seperti jagung, telur, kadar serapan anti oksida dari sumber lain meningkat. Ia boleh meningkat antara 2.6-15 kali ganda.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Mulai hari ini, anda boleh cuba amalkan makan avokado. Jadikan sebagai menu wajib anda setiap hari. Bantu bagi nutrien untuk diri dan keluarga. Jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan.

IKLAN

Jika hendak pilih avokado, pilihlah avokado yang kulitnya sudah bertukar dari hijau ke purplish brown. Apabila dipegang boleh rasa sudah lembik sediikit. Kalau kulit masih hijau, itu bermakna ia masih belum masak.

Photo by Lisa Fotios from Pexels

HIJABISTA: Minum jus buah avokado dapat menyuburkan kecantikan anda dari dalam. Jus avokado juga bermanfaat untuk kecantikan apabila disapukan pada kulit wajah dan juga rambut. Gunakan masker jus avokado untuk rambut dan kulit wajah dan tubuh. 

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels  Photo by ready made from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI