Tanyalah mana-mana wanita, tentunya semua ingin kelihatan cantik dan langsing. Dua perkara yang sememangnya menjadi impian setiap wanita. Bagi yang berkemampuan,spa dan pusat-pusat pelangsingan jadi tempat merealisasikan impian tersebut namun bagi yang kurang berkemampuan itu bukan bermakna anda tidak boleh kelihatan cantik dan langsing..

Untuk kelihatan cantik dan berbadan langsing tidak perlu pengambilan pil ataupun suntikan buang lemak. Sebaliknya hanya minum air barli viral yang boleh dibuat sendiri. Air barli ini bukan sahaja boleh mencantikkan kulit tetapi juga menguruskan badan. Hanya bermodalkan tidak sampai RM5, ia boleh dibuat sendiri dan amalkan meminumnya setiap hari.

Berikut perkongsian Mazni Maz yang dipetik dari Facebooknya.

Barli yang boleh direbus untuk mendapatkan airnya.

Bukan sahaja untuk membuat kita kurus, tetapi juga berupaya menjadikan kulit yang kusam jadi berseri-seri. Malah mampu membuat kulit jadi anjal secara semula jadi dan tidak perlu suntikan botox.

Amalkan pengambilannya setiap hari secara konsisten.

Resepi Air Barli Viral

Masa mula-mula jumpa resepi ini, akak excited sangat sebab tak sangka barli pun boleh mencantikkan kulit dan menguruskan badan kita. Murah kot modal dia. Nak minum hari-hari pun boleh.

IKLAN

Tapi nak cantik bukan setakat rebus barli tu je,kena ada kawan² dia sekali. Takde semua bahan tu,tak wujud la air barli viral ya.

Air barli ni kalau kita minum secara konsisten, badan kita boleh kurus, kulit yang kusam pun boleh jadi berseri semula. Tambahan juga boleh anjalkan kulit secara semula jadi. Tak payah susah-susah nak pergi cucuk botox. Minum je air barli hari². Jimat hehe.

Air Barli (Cantikkan kulit + kuruskan badan)

Bahan-bahan:

  1. 1/2 cawan barli
  2. 7 gelas air
  3. 1 batang kayu manis ceylon
  4. Lemon
  5. Madu (kalau nak manis)

**boleh guna sukatan sendiri ya.

Cara-cara:

1. Rebus barli + kayu manis selama 30-45 minit,sampai barli kembang.

2. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sedikit dan masukkan madu sedikit.

Cara membuatnya yang mudah.

Siapa cakap nak sihat nak gebus kena guna modal besar. Minum je air barli hari-hari. Korang akan lihat kulit korang glowing mowing plus anjal tau. Pastu lemak-lemak pun ‘segan’ nak duduk lama dalam badan.

HIJABISTA: Paling utama mestilah konsisten dan disiplin melakukannya dalam diet harian. Kecantikan itu perlu dijaga. Barulah terserlah aura seorang wanita.

Sumber Resepi : Mazni Maz