Kecantikan dan kesihatan yang baik boleh kita perolehi daripada amalan pemakanan kita sendiri. Sekiranya kita banyak mengambil minuman serta makanan yang sihat, ia sangat membantu dalam mendapatkan tubuh yang langsing dan dalam masa yang sama memberi kebaikan pada kulit.

Tanpa disedari, minuman yang kita anggap biasa-biasa ini rupa-rupanya memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan juga kecantikan.

Minuman yang dimaksudkan adalah air barli. Mungkin ada yang tidak suka minum air barli tetapi perlu anda tahu bahawa ia sebenarnya mengandungi 1001 kebaikan pada kesihatan dan kulit.

Hijabista kongsikan resepi membuat air barli yang telah dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) di Facebook. Jom ikuti perkongsiannya.

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.

Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau. Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat.

Ok jom tengok cara buat air barli, ( boleh guna sukatan sendiri)

——————————

IKLAN

AIR BARLI (Cantikkan kulit + kuruskan badan)

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan barli
  • 7 gelas air
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • Lemon
  • Madu ( kalau nak manis)

Cara-cara:

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.

Foto: FB Aisyah Badar Bajrai

** Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat.

** Jangan lupa panaskan sebelum minum.

Ni antara khasiat air barli ni.

IKLAN

Barli

Kurangkan morning sickness
Anjalkan kulit
Sejukkan badan
Banyakkan susu ibu
Rendahkan kolestrol
Melegakan sembelit
Kuruskan badan
Kencing manis
Mencegah sakit jantung
Arthritis
Menguatkan gigi
Kurangkan rambut gugur
Anemia
Batuk, sakit tekak, demam
Mencegah kanser
Mencegah batu karang
Mencegah osteoporosis
Masalah jerawat
Mencegah kencing kotor
Kencing kotor

Kayu manis ceylon

Boost metabolisme badan
Kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
Lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
Lancarkan period dan servis dalaman
Darah tinggi
Kencing manis
Sakit sendi

IKLAN

Lemon

Cuci kerak kerak lama dalam usus
Bakar lemak degil
Ada vit c, bagus untuk kulit
Anti kanser
Mengempiskan perut

Madu

Tambahkan tenaga
Antioxidant
Mencegah kanser
Pemanis semula jadi

Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari-hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.

Selamat mencuba, jangan lupa share dan follow Aisyah Badar Bajrai untuk resepi sihat lain.

Sumber: Facebook Aisyah Badar Bajrai

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI