Selain bibir, bahagian mata juga perlu diambil kira ketika merias wajah. Biasanya mata bundar menawan yang mampu memukau siapa yang memandang sering menjadi dambaan wanita. Namun, tidak semua wanita yang bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.

Kali ini disediakan solusi bagi hijabi yang ingin tampil dengan solekan mata yang betul bagi memastikan mata anda nampak lebih galak atau besar. Jom cuba!

 Penggaris Mata Warna Berbeza

Memilih penggaris mata atau ‘eyeliner’ , usah memilih warna hitam saja. Anda boleh mencuba variasi berbeza seperti hijau, biru atau coklat untuk menjadikan mata anda kelihatan berbeza dan sesuai dengan busana atau aksesori yang dipakai.

IKLAN
Lukisan sempurna untuk mata kelihatan berbeza.

 ‘Shimmery Eye Shadow’

Untuk memberikan kesan mata yang lebih lebar dan besar, sebaik-baiknya oleskan ‘shimmery eye shadow’ pada kelopak mata. Warna-warna ‘glitter’ memberikan kesan mata lebih segar dan lebih glamor.

 ‘Highlight’ pada Garis Mata

Berikan garis pada bawah mata dengan warna ‘highlight’. Kali ini, pilih saja warna putih dan pakai pada lingkaran dalam mata. Kemudian, baru di bahagian luar disusun dengan penggaris mata hitam.

IKLAN

‘Eyeshadow Brow Bones’

Pakai ‘eyeshadow’ berwarna terang di bahagian tulang kening untuk memberikan kesan mata yang lebih galak. Warna-warna ‘highlight’ ini membuatkan mata lebih segar dan menggalakkan mata.

Pilih warna bersesuaian.

 ‘Concealer’

Pakai penutup cela di bahagian bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam di mata.

IKLAN

 Bulu Mata

Beli alat klip mata sehingga bulu mata boleh terangkat dan membuatnya lebih lentik. Bulu mata inilah yang akan membantu mengalihkan perhatian sehingga membuat orang merasa mata anda kelihatan cantik dan lebih bundar.

 ‘Soft Contact Lens’

Trend masa kini adalah memakai kanta lekap lembut sehingga membuatkan mata jadi lebih bening dan bulat. Helah ini juga sekali gus membuatkan mata anda tampak besar, galak. Pilih saja warna-warna coklat atau hitam sehingga memberikan kesan mata yang menarik.

Pakai ‘contact lens’ yang sesuai.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI