Ketibaan Tahun Baru Cina sinonim dengan adanya buah limau mandarin sebagai simbolik. Di Malaysia, semua kaum meraikannya sebagai satu penghormatan kepada masyarakat Cina. Ada juga yang menganggap bulan ini adalah bulan cantik. Mana tidaknya, limpahan buah oren boleh didapati di mana-mana sahaja.

Anda suka makan limau mandarin atau minum air limau mandarin? Jika ya, artikel ini pasti membuatkan anda gembira. Selain mempunyai rasa yang enak, buah ini ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit.

Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung didalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Diet

Bagi mereka yang mahu berdiet, limau mandarin amat sesuai untuk dimasukkan dalam menu diet anda kerana ia mengandungi karbohidrat tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa.

Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan membantu dalam memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji limau mandarin bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25g sehari).

IKLAN

Antioksidan Yang Sangat Baik

Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen asas dalam pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka.

Mencegah Anemia Dan Sakit Jantung

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

IKLAN

Pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Mencegah Kanser

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga berperanan dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Limau mandarin merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit Pun Cantik

Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C merupakan agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga mempercepatkan proses memperbaiki jaringan yang rosak.

IKLAN

Masker Limau Mandarin

Limau mandarin dan lemon mempunyai ekstrak citrus yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit yang rosak. Mereka kaya dengan Vitamin C dan zink yang akan membantu untuk menghilangkan jerawat. Cara-caranya adalah:

  • Kisar 3 sudu besar jus oren segar.
  • 2 sudu besar jus lemon dan 1 sudu makan madu.
  • Sapukan ini pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit.
  • Akhir sekali basuh dan lap sehingga kering.

Amalkan setiap hari dan anda akan lihat perubahan pada kulit anda dalam masa beberapa minggu. Anda juga boleh hilangkan masalah kulit lutut serta siku yang hitam dengan menggosokkan jus lemon setiap hari kepadanya.

Cara Betul Makan Limau Mandarin

Nak makan limau mandarin boleh tetapi jika diambil dengan jumlah yang terlalu banyak, ia boleh mengundang kemunculan beberapa penyakit lain seperti sakit tekak, demam, gejala batuk yang teruk dan kemungkinan menyebabkan sakit perut dan radang usus.

Memahami hal ini, Hijabista kongsi cara yang betul untuk makan buah yang kaya dengan vitamin C ini.

  1. Basuh atau rendam dahulu buah oren. Kemudian barulah makannya.
  2. Pastikan jari yang terkena kulit oren yang tidak dibasuh itu tidak bersentuhan dengan isi limau yang hendak dimnakan.
  3. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI