Selalunya kita hanya menjaga wajah pada waktu siang sebelum keluar bekerja. Pada sebelah malam wajah akan dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa rawatan.

Tetapi sebenarnya malam juga waktu terbaik untuk membuat rawatan wajah yang simple seperti krim malam. Ia juga boleh mengelakkan wajah kedut dan kekal awet muda.

Perkongsian dari wanita ini di laman sosial facebook, Hamidah Hassan ini boleh kita cuba untuk membuat sendiri krim malam yang sesuai dipakai untuk kulit berjeragat dan kulit tidak sekata.

Malah hasilnya juga akan menyebabkan kulit wajah kemerah-merahan. Tidak payah buang duit beli kerana anda boleh membuatnya sendiri menggunakan bahan alami.

Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup mudah untuk didapati dan cara membuatnya juga agak senang.

IKLAN

Apa yang penting anda perlu berdisiplin dan pemakaian secara konsisten akan menyebabkan kulit menjadi flawless dan glowing.

Bahan-bahan:

½ batang lobak – diparut, diperah & diambil airnya

6 sudu besar susu powder

IKLAN

1 sudu kecil air mawar

3 biji vitamin E

Cara membuatnya:

IKLAN

Campurkan semua ramuan  hingga sebati. Letak dalam peti sejuk dan keluarkan bila diperlukan sahaja.

Guna 4 bahan ini untuk buat ‘homemade’ krim malam.

Menggunakan krim malam tidak harus menunggu pada usia yang lewat, malah boleh dijadikan amalan pemakaiannya sejak usia 20-an lagi. Pemakaiannya secara konsisten ini boleh menjadikan kulit wajah anda selalu tampak muda dan sihat. Dan juga turut memberikan kesihatan pada kulit.

Ini antara 24 kebaikan memakai krim malam.

  1. Memperbaiki kerosakan yang terjadi pada kulit wajah.
  2. Melembapkan daerah tertentu pada wajah yang kering.
  3. Membuat kulit menjadi lebih baik dan tekstur kulit wajah juga akan menjadi halus.
  4. Meningkatkan pertumbuhan kolagen yang ada dalam kulit wajah.
  5. Meningkatkan sirkulasi darah.
  6. Mampu menghilangkan garis halus dan kedut yang muncul di kulit wajah.
  7. Membuat kulit anjal.
  8. Dapat menjaga serta merevitalisasi kulit wajah.
  9. Dapat memberikan kulit wajah yang ekstra lembap.
  10. Menjadikan kulit wajah lebih kenyal.
  11. Meningkatkan produksi elastin pada kulit.
  12. Dapat membantu dalam mempercepat proses penggantian kulit baru.
  13. Dapat memberikan efek awet muda.
  14. Mencerahkan kulit wajah, serta menjauhi kulit dari kekusaman.
  15. Membantu menenangkan kulit wajah dari iritasi.
  16. Membersihkan kotoran yang terdapat pada kulit wajah.
  17. Mencegah terjadinya kerosakan jaringan kulit.
  18. Dapat mengurangi perubahan warna yang terjadi pada kulit wajah.
  19. Mengurangi pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan sinar matahari.
  20. Menyerap minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
  21. Mampu menyamarkan noda hitam di wajah.
  22. Memastikan kulit wajah mendapatkan warna yang merata.
  23. Membantu meremajakan kulit dan memberikan nutrisi untuk kulit wajah.
  24. Dapat menghilangkan stres.

Banyak sekali manfaat dari penggunaan krim malam dan pastinya anda juga tidak mahu kelihatan tua sebelum usianya.

Artikel Berkaitan: Kekal Awet Muda Cara Islam

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI