Semua wanita sangat mengidamkan kulit wajah yang putih gebu. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan kulit yang putih bersiha dan mulus sama ada secara semula jadi atau moden dengan penggunaan ubat.

Walau bagaimanapun kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

 

TIP 5 CARA UNTUK PUTIHKAN KULIT WAJAH DAN TUBUH:

PETUA PUTIHKAN KULIT 1 : SKRUB TOMATO
Bersihkan wajah. Ambil sebiji tomato dan belah dua. Gosok dan sapukan tomato tadi ke seluruh wajah secara lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.

PETUA PUTIHKAN KULIT 2 : AIR BASUHAN BERAS
Ketahuilah bahawa air basuhan beras ada banyak khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu menghaluskan dan memuutihkan kulit wajah. Selalunya selepas membasuh beras, kita buang jer airnya bukan? Selepas ini, jangan buang air basuhan beras itu. Ia boleh disimpan untuk anda memutihkan kulit. Caranya? Ambil air basuhan beras tadi dan cuci wajah. Boleh juga amalkan berendam dalam air basuhan beras selama 15-20 minit setiap hari agar kulit beransur cerah.

PETUA PUTIHKAN KULIT 3 : LEMON & SUSU
Penuhkan tab mandi dengan air panas (kalau tiada tab mandi boleh gunakan besen besar untuk anda berendam) Campurkan satu cawan susu penuh krim dan perahkan sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran tadi supaya sebati dengan air. Berendam selama 20 minit, dan bilas badan dengan air bersih.

IKLAN

PETUA PUTIHKAN KULIT 4 : YOGURT & MADU
Yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu pula mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Campuran kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu bersama satu bahagian yogurt. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

PETUA PUTIHKAN KULIT 5 : MASKER BERAS PULUT
Ambil beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk atau kisar halus menjadi seperti serbuk bedak. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh badan. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Penggunaan bahan semulajadi sudah cukup.

IKLAN

Di samping cara tradisional ini, anda boleh juga menggabungkan penggunaan produk perawatan tubuh dan wajah bagi mendapatkan kulit wajah dan tubuh yang cerah berseri.

Ada pebagai cara dilakukan untuk menjaga kecantikan sama ada cara moden atau tradisional. Bagi personaliti dan pengacara Nadia Shahrul Annuar juga punya cara tersendiri untuk tampil menawan.

Walaupun dikurniakan kulit putih kemerahan, berhidung mancung dan tubuh langisng, tetapi dia tetap menggunakan cara tradisional dalam menjaga kecantikannya. Anak kepada usahawan kosmetik, Kak Ton ini ada cara tersendiri yang diamalkan sejak dulu.

Ada pebagai cara dilakukan untuk menjaga kecantikan sama ada cara moden atau tradisional. Bagi personaliti dan pengacara Nadia Shahrul Annuar juga punya cara tersendiri untuk tampil menawan.

IKLAN

Walaupun dikurniakan kulit putih kemerahan, berhidung mancung dan tubuh langisng, tetapi dia tetap menggunakan cara tradisional dalam menjaga kecantikannya. Anak kepada usahawan kosmetik, Kak Ton ini ada cara tersendiri yang diamalkan sejak dulu.

Pemilik Nadia’s Secret ini juga turut berpesan betapa seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri dengan rajin-rajin untuk mandi. Mandi ini akan memberi kesegaran pada tubuh badan lebih-lebih lagi jika kita baru pulang dari bekerja atau ketika berada di luar.

Ini adalah amalan petua kecantikan yang paling dititikberatkan oleh ibu kepada dua cahayamata ini. Malah tidak hairanlah Nadia turut mewarisi kecantikan ibunya yang cukup sinonim dengan tagline ‘comey tak Kak Ton’ suatu ketika dulu.

Biarpun sibuk menguruskan keluarga, tetapi dia tetap komited menjalankan perniagaan berasasaskan kecantikan kerana minat mendalam kearah itu. Malah Nadia juga masih mempunyai masa untuk melakukan senaman kerana menurutnya amalan aktiviti itu akan membuat otak kita jadi lebih cergas, badan yang cantik serta sihat.

Selain itu juga, Nadia juga turut mengingatkan wanita di luar sana agar sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan stress yang merupakan punca utama penuaan sebelum waktunya.

Wanita tinggi lampai ini turut memberitahu kurangkan pengambilan gula kerana jika diambil berlebihan boleh menyebabkan masalah kegemukan serta penyakit lain.

Dan sebagai wanita yang mementingkan kecantikan, Nadia akan turut mencuci wajahnya seelok-eloknya tiga kali sehari kerana ia boleh menghilangkan segala kekotoran yang melekat hingga bioleh menimbulkan jerawat.

Sumber kredit: Instagram Nadia Anuar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI