Mungkin ramai yang beranggapan penjagaan kesihatan gigi cukup sekadar memberusnya setiap hari. Walau bagaimanapun ahukah anda sebenarnya fakta menunjukkan memberus gigi hanya membersih 25 peratus daripada mulut dan ini pastinya tidak mencukupi.

Tidak dapat dinafikan masih ramai yang mengetahui kesihatan mulut turut berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik jika diabaikan. Seperti juga anda berwaspada dengan tahap kesihatan anggota tubuh badan yang lain, begitu juga sepatutnya perhatian sewajarnya terhadap kesihatan mulut dan gigi diberi perhatian.

Gigi yang sihat, bersih dan putih tentunya menjadikan senyuman anda lebih bermakna. Jika gigi kuning, anda hendak senyum pun terasa malu. Maka sebab itulah amat penting untuk kita menjaga kebersihan gigi.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Ada berbagai-bagai cara dan rawatan untuk memutihkan gigi. Sama ada menggunakan produk-produk pemutihan gigi, anda juga boleh menggunakan cara semula jadi. Berikut dikongsikan cara untuk untuk memutihkan gigi hanya menggunakan dua bahan dapur sahaja.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
Soda bikarbonat
Perahan lemon

IKLAN

CARA-CARA:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas
2. Perah lemon tadi kedalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.

IKLAN
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Walau bagaimanapun cara ini tidak boleh diamalkan selalu. Campuran lemon dan soda bikarbonat jika digunaka selalu akan menghakis gigi. Bagi mengurangkan kesan ini, anda boleh mencampurkan garam dan gel aloevera dalam campuran karutan tadi untuk mengurangkan karang pada gigi.

HIJABISTA: Bukan saja untuk kecantikan, namun penjagaan gigi yang rapi amat diperlukan demi memastikan tahap kesihatan mulut dan gigi sentiasa berada pada tahap terbaik. Jumpalah doktor gigi untuk dapatkan pemeriksaan, sebaik-baiknya enam bulan sekali. 

Sumber kredit: Nurul Nabila  Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI