Penjagaan gigi yang rapi amat  penting demi memastikan tahap kesihatan mulut dan gigi sentiasa berada pada tahap terbaik. Senyuman adalah ekspresi daripada hati, namun ada kalanya seseorang itu sukar untuk memberikan senyuman menawan. Hal ini disebabkan perasaan kurang yakin kerana mengalami masalah gigi kuning.

Setiap individu mendambakan gigi yang putih dan bersih. Walau bagaimanapun atas faktor penjagaan gigi yang tidak sempurna serta amalan pemakanan tertentu, keadaan ini menyebabkan gigi kelihatan kuning.

Selain rawatan pemutihan gigi di klinik gigi, anda juga boleh mengamalkan petua untuk memutihkan gigi menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tidak perlu sebarang kesan sampingan dan paling penting menjimatkan poket anda.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

TIP PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULA JADI

BAHAN-BAHAN:
Garam
Perahan lemon

IKLAN
Photo by Castorly Stock from Pexels

 

Photo by Lukas from Pexels

 

IKLAN

CARA-CARA:
1. Letak garam dalam bekas.
2. Basahkan berus gigi dengan jus lemon.
3. Celup berus gigi dalam garam tersebut.
4. Gosok gigi seperti biasa.
5. Biarkan selama 5 minit kemudian barulah berkumur seperti biasa.

IKLAN

Walau bagaimanapun cara ini tidak boleh diamalkan setiap hari kerana ada campuran lemon. Memadai amalkan seminggu dua atau tiga kali sahaja. Jika dilakukan terlalu kerap, ia akan menyebabkan gigi terhakis.

Untuk mendapatkan kesan yang berpanjangan, lakukan secara konsisten. Apa-apa jua petua dan termasuk perawatan kecantikan memerlukan disiplin dan perlu dilakukan secara konsisten.

HIJABISTA: Pemakanan juga mesti dijaga. Cuba kurangkan makanan yang manis, melekit dan mudah melekat di celah gigi. Kurangkan minum teh, kopi dan minuman berkarbonat yang boleh mengubah warna gigi.

Sumber kredit: Tip cantik kaksyah via Sha & Sha Bedak Arab/Minyak Wangi Top image: Photo by Oleg Magni from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI