Masalah breakout memang menjadi satu mimpi ngeri sama ada wanita mahupun lelaki. Saat diserang breakout, kalau boleh tidak mahu langsung keluar rumah. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengatasinya namun tidak mendatangkan hasil. Lebih buruk lagi masalah breakout menjadi lebih teruk.

Perkongsian dari Fyza Syah ini yang memberitahu punca berlakunya masalah breakout yang ramai tidak tahu dan cara untuk mengatasinya.


Moga perkongsian yang dibuat di laman sosial facebooknya ini akan memberi manfaat buat para hijabi.

9 PUNCA KULIT BERTERUSAN BREAKOUT YANG RAMAI TIDAK TAHU

Ramai tidak tahu yang kulit breakout itu boleh datang dari pelbagai punca. Kulit rosak memang buat kita murung berbulan lamanya. Sebab itu kita kena tahu dari mana punca sebenar terjadinya breakout.

Dikongsikan antara punca kulit rosak, berjerawat terutama buat mereka yang memiliki kulit jenis super-sensitip. Walaupun punca kulit breakout itu datang daripada pelbagai faktor, tapi mekanisme atau cara kejadianya tetap sama. Secara asasnya, apabila kulit kita terlebih penghasilan minyak, liang-liang pori akan tersumbat. Lagi parah bila sejenis kuman jerawat yang kita panggil P.acnes, akan duduk bersama-sama membiak dalam liang pori yang tersumbat itu.

Penting untuk kita mengelakkan kulit terlebih penghasilan minyak sehingga membuatkan liang-liang pori tersumbat dan akhirnya berjerawat. Rajin bersihkan wajah itu sudah pasti, tapi pilih produk berdasarkan kandungan dalam produk tersebut. Sebenarnya kandungan dalam produk itu sendiri yang memainkan peranan untuk menghasilkan minyak berlebihan pada kulit muka. Maka sebab itulah penting pilih produk yang tepat.

1. Produk muka yang heavy atau kandungan produk tidak sesuai dengan kulit muka
Salah satu punca ialah kandungan seperti minyak mineral yang biasanya ada dalam bedak, krim kecantikan atau set mekap kita. Mineral oil ini bagus untuk lembapkan kulit, tapi sebab dia agak heavy sehingga boleh membuatkan kulit tersumbat dan berjerawat.

Silikon pun sama juga. Kak Fyza memang sedaya upaya elakkan produk muka yang ada silikon. Baca sahaja kandungan bahan dalam produk yang kita hendak beli. Kalau ada tulis ‘silicon-free’, itu pilihan terbaik

Silikon pun biasanya ada dalam foundation ber SPF tinggi, dan sangat menyumbat liang pori. Produk yang ada silikon biasanya tidak wuduk friendly. Air sembahyang memang tidak meresap sempurna ke dalam kulit.

Kalau hendak cuci, perlu guna mekap remover. Mesti bersihkan betul-betul untuk elak jerawat naik. Penggunan berterusan produk bersilikon akan merosakkan kulit muka, kulit jadi kusam, pigmentasi yang tidak sekata dan wajah cepat nampak tua.


Untuk anda yang suka bermekap heavy, Kak Fyza syorkan rajin buat facial treatment di spa. Kalau tidak, bahan seperti mineral oil dan silikon yang kebanyankan ada dalam mekap memang senang sangat membuatkan kulit jadi berjerawat dan kusam

2. Makanan pedas dan berempah
Makanan berempah yang ada tomato dan lada, ada kandungan asid lycopene. Asid ini akan merendahkan pH kulit kita. Sesetengah orang, kulit lebih mudah luka atau merengsa.

Namun, sesetengah orang pula lebih sensitif dengan makanan berasaskan susu, roti, bergula tinggi. Anda perlu pastikan kerana badan kita tidak sama dengan tindak balas.

IKLAN

3. Produk rambut pun boleh buat kulit jadi breakout
Mana-mana produk pencuci, kandungan utamanya ialah sulfates (agen pencuci), silikon dan agen pelembap yang kuat. Bahan seperti ini akan membuatkan kulit mudah tersumbat dan akhirnya berjerawat. Maka sebab itulah jika anda perasan, belakang badan kita ada jerawat nasi. Di bahagian dada, dan kulit kepala pun sama banyak jerawat nasi. Inilah punca dari bahan kimia dalam syampu dan pelembap rambut.


4. Skrub muka terlalu kuat sampai luka
Ramai salah faham yang bila guna skrub, mesti hendak sental kuat-kuat. Konon hendak hilangkan jerawat nasi dan minyak. Anda perlu faham bahawa skrub ini adalah urutan lembut pada wajah untuk membuang sel kulit mati dan membersihkan kulit daripada segala minyak dan lebihan bedak dan habuk.

Apabila kita gosok terlalu kuat dan kasar, kita sebenarnya sudah membuatkan jerawat sedang tengah aktif itu lebih radang dan kita sebarkan kuman jerawat pada muka. Ingat, fungsi skrub untuk detoks kulit kusam dan singkir lebihan minyak, bukan untuk pecahkan jerawat. Boleh pakai skub waktu kulit berjerawat, tapi ada cara yang betul dan berkesan.

5. Jambang, misai, bulu muka suami
Macam tidak logik tapi sangat betul dan realistik. Sebab bulu dari janggut atau misai pasangan kita ini bersifat tajamkan. Bila terkena muka isteri, berlaku geseran antara jambang ke misai. Geseran inilah yang akan merangsang minyak dari kulit terhasil hingga membuatkan kulit naik berjerawat dan blemish. Kalau hendak tahu, geseran itu jugalah yang boleh membuatkan janggut suami menjadi burn.


6. Merokok
Kalau anda merokok, harap ketahuilah yang rokok bukan setakat karsinogen atau agen penyebab kanser, tapi jugak membuatkan kulit andabreakout. Jadi, berhentilah merokok!

Asap rokok itu sendiri akan memecahkan jaringan kolagen dalam kulit. Kulit jadi kering dan lebih cepat nampak tua. Saiz pori membesar, kedutan lebih banyak dan bagi sesetengah orang, kulit akan jadi lebih berminyak sehingga tercetusnya jerawat yang banyak.

7. Picit jerawat.
Mungkin sudah ramai yang tahu memicit jerawat membuatkan jerawat makin jadi teruk bukan. Bukan setakat jerawat makin bengkak dan merah, tapi dia akan tinggalkan kesan parut yang lebih dalam. Parut ‘dalam’ ini agak lama untuk dihilangkan.


Mungkin jugak anda dalam cubaan hedak mengeluarkan nanah atau minyak dalam jerawat, tapi cara ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Sebab, apabila kita cuba mengeluarkan nanah dari liang pori tadi, kita juga berisiko untuk menyebarkan kuman lebih dalam ke bawah lapisan kulit. Akhinya jerawat dari sikit jadi semakin banyak berganda

8. Stres
Stres dan jerawat berpisah tiada. Apabila stres, muka naik jerawat. Apabila naik jerawat, kita jadi bertambah stres. Memang sangat berkaitan dan jadi kitaran.

IKLAN

Apabila stres, kita sendiri yang akan menggalakkan hormon jahat yang dipanggil hormon cortisol dalam badan. Hormon cortisol pula akan merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak sehingga membuatkan liang pori muka tersumbat.


9. Penggunaan detergen
Pencuci atau sabun pakaian biasanya mengandungi bahan kimia yang ‘keras’ untuk kulit kita. Apabila kita hendak salin baju atau baring pada bantal, kulit kita sebenarnya bereaksi dengan sisa detergen yang masih terlekat pada pakaian atau sarung bantal tadi. Jadi, kulit akan naik ruam atau muka akan naik jerawat.

BERIKUT TIP YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN UNTUK MENGELAKKAN KULIT BREAKOUT BERDASARKAN PUNCA-PUNCA TADI

1. Produk wajah
Pilih produk yang berlabel ‘non-comedogenic’, bermakna ia tidak akan menyebabkan kulit mengalami alahan, mempunyai formula khas yang tidak menyumbat liang pori wajah. Jika ada tertulis perkataan ‘demertalogy tested ‘ lebih bagus.

2. Makanan pedas
Mereka yang sedang mengalami masalah breakout boleh berhenti dulu makan makanan yang pedas dan berempah selama sebulan. Biasanya kalau tidak sesuai dengan kandungan rempah dalam makanan, jerawat nasi atau ruam mudah naik di sekitar mulut dan dagu. Jadi, cuba rehat dari makanan pedas berempah untuk kenal pasti betul-betul puncanya.


3. Produk rambut
Waktu mandi, selepas cuci rambut dengan syampu, semasa hendak bilas dengan air, cuba palingkan kepala dan rambut supaya buih-buih syampu itu tidak terkena secara langsung pada muka dan badan. Senang kata, sewaktu bilas, tundukkan kepala dan biarkan rambut berjuntai ke bawah. Air cucian itu akan terus turun ke lantai, tidak kena pada muka dan badan. Atau anda boleh beralih pada syampu santan yang banyak sekarang ini. Ia lebih organik dan banyak khasiat .

4. Skrub muka
Ketika kulit sedang berjerawat, jangan disental dengan scrub. Sebaliknya, anda boleh jadikan skrub itu seperti masker. Selepas sapu ke seluruh muka, biarkan beberapa minit. Ia bertujuan supaya zat dalam skrub itu meresap pada kulit dan mempercepatkan jerawat kecut.

Apabila jerawat sudah mula kering selepas beberapa hari, barulah boleh gosok dengan lembut skrub itu pada kulit muka. Skrub penting untuk memastikan kulit betul-betul bersih dari sisa kotoran, memgurangkan minyak dan menggalakkan sel kulit baru tumbuh.

IKLAN

5. Jambang, janggut dan seumpanya pada muka suami
Minta suami cukur bulu pada mukanya. Benar, janggut itu sunnah Nabi, tapi kalau benar itu satu-satunya punca muka senang breakout, tidak salah pasangan mengalah sikit untuk si isteri. Alternatif lain, boleh juga sapukan minyak kelapa pada janggut suami ketika ‘bercinta’ bersama. Ini untuk kurangkan kesan ‘tajam’ bulu janggut itu menikam kulit muka isteri.


6. Merokok
Untuk lelaki yang merokok, berhentilah merokok. Kita yang perempuan ini pun kena sentiasa elakkan dari asap rokok. Asap rokok sangat harmful, bahaya. Jika di luiar kita boleh tahu kulit rosak tetapi di dalam, kita tidak tahu. Jalanilah hidup lebih sihat, bersih dan bahagia.

7. Tidak picit jerawat
Agak mencabar tapi anda perlu didik juga tangan untuk tidak suka picit jerawat dan sentuh sekitar muka. Sebenarnya tangan kita ini sendiri yang jadi punca penyebaran dan memindahkan kuman jerawat pada muka sendiri. Jadi, disiplinkan diri dan bagi ruang dan masa untuk jerawat itu pulih sendiri.

8. Handle stres dengan baik
Banyakkan bersenam, sebab bersenam memang terbukti boleh mengurangkan rasa tekanan dalam diri. Nak-nak apabila peluh keluar, rasa lapang dan tenang sahaja.

Untuk Muslim, kita ada Allah, kita solat dan banyakkan baca Al-Quran. Kadang kala kepala kita serabut sebab kita lupa DIA. Sedangkan masa kita dengan DIA semakin berkurang, tapi untuk kerja semakin sibuk.

“Dan mengingati Allah, hati menjadi lapang”

Aturkan jadual harian supaya lebih tersusun, displin dengan jadual.


9. Pilih pencuci pakaian
Pilih yang fragrance-free, dye-free. Bahan seperti ini memang boleh membuatkan kulit merengsa. Memang ada di pasaran pencuci pakaian yang formulanya khas untuk kulit sensitif.

Apabila kita sudah tahu punca, senanglah kita hendak betulkan apa yang patut bukan? Jika sebab salah produk seperti kandungan racun merkuri dan hidrokuinon, anda boleh berhenti serta-merta. Dua bahan ini kesan sampingannya memang dahsyat sebab beracun. Ambil masa untuk kulit pulih semula.

Penjagaan dalaman juga penting. Darah kita membawa zat ke seluruh badan. Jika darah bersih, kulit pun sihat dan cantik. Kalau darah bertoksin dan tidak lancar, kulit pun akan kusam dan senang breakout.

Jadilah pengguna bijak dan memilih. Ketahuilah bahawa apabila kulit sudah rosak, kita akan ambil masa yang lama dan terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk merawat kulit yang sedang breakout. Ini pengalaman Kak fyza sendiri. Apa yang kita pakai, apa yang kita makan dan gaya hidup kita, itu semua ada kaitan dan jadi punca kulit breakout.

HIJABISTA: Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu hijabi semua dalam usaha merawat masalah breakout.

Sumber kredit: Fyza Syah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI