Kehebatan aura Puan Sri Normala Samsudin dalam bidang pengacaraan memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah beliau cukup sinonim dengan berita TV3 sebelum menghiasi program Nona lebih sedekad lalu.
Sebagai salah seorang personaliti TV3, Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran.
Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama. Normala juga digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang. Beliau berkahwin dengan Datuk Seri Azmi Khalid pada Oktober 2005.
Pernah berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003), Normala atau yang lebih mesra disapa ‘Kak Mala’ punya bakat dalam dunia lakonan.
Kehebatan Puan Sri Normala sebagai pengacara dan penyampai berita membuatkan ramai penonton-penonton seakan ternanti-nanti kemunculan di layar kaca.
A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on May 19, 2020 at 7:24am PDT
Ads
Kini beliau lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga. Selesa dengan penampilan sopan berhijab, Puan Sri Normala Samsudin lebih gemar bergaya sederhana.
Beliau ada berkongsi kenangan manis ketika aktif dalam dunia penyiaran dan lakonan dahulu.
1997. As Newsreader we need to be sharp, focus & cool at the same time look intelligent. To be better in News-reading, we were scheduled to read news at late night or every 1 hour ‘berita Terkini’. Being able to read news at prime time 8pm is a big achievements, it reflects seniority and maybe popularity ratings. To all my colleagues and my seniors, I always respect them. To the staffs behind the camera they were the real pillars of anchoring News in Malaysia.
Bahang semakin terasa. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020. Semuanya bakal terjawab apabila empat orang Ratu bakal berentap di pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir malam ini adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
Untuk rekod, pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ ini adalah kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Program pencarian ‘Ratu Hijabista’ ini bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 12 Ogos 2020.
Saksikan pentas akhir Ratu Hijabista 2020 di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go jam 9.00 malam ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti ini antara artis wanita yang terawal berhijrah dengan memakai tudung. Ketika itu, gelombang dunia seni menyaksikan ramai selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sebagaimana tuntutan agama yang mewajibkan seorang wanita itu menutup auratnya.
Bagi Erra Fazira, keputusannya berhijab bukan dipaksa orang lain, tetapi dengan kerelaan hatinya sendiri. Ternyata sejak berhijab pada 2015, rezeki pelakon dan penyanyi tinggi lampai ini semakin murah.
Terbaru dia muncul dalam drama bersiri popular Gerak Khas yang menggabungkan dia bersama pelakon asal drama berkenaan, seperti Abby Abadi dan juga Norman Hakim.
Menurut Erra, hijab itu bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa tetapi kena fahamkan anak perempuannya itu maksud sebenar berhijab dan berdoa untuknya bersedia.
“Saya memang ada tanya Aleesya nak tak pakai tudung. Lepas tu dia kata sekarang ke? Aleesya ada menjawab yes i want but not now, so kita menghormatilah tapi tak apa lama-lama kita bagi dorongan kepada dia.
“Saya bukanlah jenis ibu yang suka memaksa. Namun dalam masa sama perlahan-lahan saya bagi dorongan dan bagi injection kepadanya dalam mendidik perkara yang betul.
“Saya tak nak lah maacam paksa, okey lepas ni you kena pakai tudung tak bolehlah nanti lain jadinya,” ujar Erra. Malah caranya mendidik ini turut dipuji netizen.
Menurut pelakon filem Pasrah ini, dugaan Allah lain-lain dan sebagai hambanya kita kena menerima dengan reda.
“Sebagai hambanya kita kena faham dan mintak petunjuk dari-Nya. Kita tahu dugaan itu macam roller coaster. Jadi kita kena minta doa pada-Nya agar sentiasa kuatkan iman kita. Mohon pada-Nya untuk jadi insan yang lebih baik,” nasihatnya ketika ditemui di majlis pelancaran Koleksi Hijab Eksklusif The Primadona Series Erra Fazira di Puchong baru-baru ini.
Kolobarasi ini adalah yang pertama kali oleh syarikat tudung terkenal, SOFEAROSE hasil idea bersama pelakon yang terkenal dengan jolokan Primadona Malaysia ini. Koleksi istimewa ini menghimpunkan 12 warna dengan rangkaian Long Shawl dan Square Scarf daripada fabrik matte satin yang sinonim dengan citarasa mewah.
Lebih menarik koleksi yang ada merupakan penceritaan seorang Primadona Malaysia berkisar tentang kehidupan, karakter dan juga simbolik yang dikanvaskan melalui hijab eksklusif The Primadona Series.
Figura yang satu ini memang cukup dikenali ramai. Kejayaannya menjadi usahawan dalam usia masih muda memang cukup dibanggakan rakyat Malaysia. Vivy Yusof atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, 28 tahun adalah seorang model, blogger, ikon fesyen dan juga ibu kepada dua cahaya mata. Bukan itu sahaja, Vivy juga antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian paling popular di Malaysia. Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular. Dia juga turut mengusahakan hijab label dUCkscarves yang sering mencetus fenomena dan jadi dambaan hijabi.
Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka. Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Blog itu Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
Sebenarnya Vivy tidak mempunya latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Sebaliknya wanita kecil molek ini mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala suaminya pula adalah lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suaminya mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara.
FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi. Vivy mengakui bahawa harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal tetapi mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Tidak hanya berhenti di situ – sebagai seorang wanita Islam, Vivy mengembangkan perniagaannya daripada hanya menjual pakaian kepada mempunyai tudung jenama sendiri, selendang dUCkscarves.
Selain daripada itu, dia juga turut menjual peralatan alat tulis, iaitu alat tulis dUCk dengan pelbagai reka bentuk sesuai untuk pelanggannya yang kebanyakannya merupakan kaum wanita. Selendang dan alat tulis dUCk sentiasa menerima sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan dan sering habis dijual setiap sekali dilancarkan.
Ituah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai follower di laman instagramnya berjumlah 1.3 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan. Wanita ini cukup bijak bergaya dan istimewanya dia memperasa busana yang dijualnya sendiri.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan diraih dan ia menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang memang menjadikan Vivy sebagai idola mereka.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.