Menjaga kecantikan wajah serta bersolek merupakan perkara yang menjadi rutin dalam kehidupan harian seorang wanita. Tanyalah mana-mana wanita, semuanya ingin kelihatan cantik dan berseri. Ramai wanita sanggup berbelanja besar untuk kelihatan cantik.

Sebenarnya untuk kelihatan cantik, tidak perlu banyak produk. Hanya piliha yang sesuai dengan diri anda dan keperluan kulit. Jika anda seorang yang taksub dengan penjagaan kecantikan wajah serta gemar bersolek, pilihlah produk yang benar-benar sesuai dengan keperluan gaya hidup anda.

Photo by freestocks on Unsplash

Berikut dikongsikan beberapa jenis produk perawatan kulit wajah serta peralatan solekan yang boleh anda miliki. Ia sangat sesuai buat mereka yang mahukan konsep perawatan kulit wajah dan solekan yang ringkas, sesuai dengan gaya hidup yang sibuk.

PENCUCI MUKA
Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Tip paling penting ketika memilih pencuci wajah ialah ia mestilah dapat membersihkan semua sisa solekan pada kulit wajah anda dengan betul, tidak hanya sekadar membersihkan kotoran yang menempel pada kulit wajah.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

PELEMBAP WAJAH
Memakai pelembap amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap sepanjang hari. Carilah pelembap pelbagai fungsi. Kalau boleh pilih pelembap wajah yang mengandungi SPF untuk melindungi kulit wajah daripada selaran sinar UV.

Photo by cottonbro from Pexels

SUNBLOCK/SUNSCREEN
Rahsia agar kulit kelihatan awet muda, pakailah sunblock/sunscren. Memang diakui bahawa kulit yang sihat dan awet muda adalah hasil daripada pemakaian sunblock/sunscreen secara konsisten.

IKLAN
Photo by Nadine Wuchenauer from Pexels

Pilih sunblock/sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda, seperti yang bebas minyak atau yang berasaskan air. SPF 30 dan ke atas adalah wajib untuk perlindungan kulitย  setiap hari.

BEDAK DWICARA DAN BEDAK KOMPAK
Salah satu iitem solekan ini wajib ada dalam beg tangan anda. Ia amat penting bagi membolehkan anda ‘touch up’ solekan anda jika keadaan memerlukan. Dengan cara ini, solekan anda akan tampil segar sepanjang hari.

Photo by ๐•๐ž๐ง๐ฎ๐ฌ ๐‡๐ƒ ๐Œ๐š๐ค๐ž- ๐ฎ๐ฉ & ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ฎ๐ฆ๐ž from Pexels

PEMBAYANG MATA (EYESHADOW)ย 
Dari mata turun ke hati. Begutulah pentingnya solekan di bahagian mata. Salah satu item solekan yang sangat penting ialahj pembayang mata (eyeshadow). Pembayang mata dengan warna semula jadi seperti coklat dan krim sesuai digunakan setiap hari.

IKLAN
Photo by ๐•๐ž๐ง๐ฎ๐ฌ ๐‡๐ƒ ๐Œ๐š๐ค๐ž- ๐ฎ๐ฉ & ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ฎ๐ฆ๐ž from Pexels

Namun harus diingatkan jangan menggunakan terlalu banyak warna sehingga penampilan anda kelihatan janggal. Bagi mereka yang berkaca mata pula, anda boleh sahaja memakai pembayang mata untuk menyerlahkan bahagian mata anda. Berkaca mata bukan alasan untuk anda tidak mengaplikasikan solekan pada bahagian mata.

MASKARA
Maskara antara item penting yang mampu menyerlahkan solekan pada bahagian mata. Pilih maskara yang boleh menjadikan bulu mata anda kelihatan lebih tebal. Pemakaian maskara amat penting supaya bulu mata nampak tebal tetapi dalam masa yang sama juha kelihatan lentik. Selain itu juga, maskara juga memainkan menyerlahkan lagi solekan pada bahagian mata anda secara semula jadi, tidak seperti memakai bulu mata palsu.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

PEMERAH PIPI
Penting untuk anda memakai pemerah pipi kerana ia menjadikan wajah anda lebih segar sepanjang hari. Ia juga bagi mengelakkan wajah anda kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pilih pemerah pipi dengan warna semula jadi seperti oren atau merah jambu muda. Warna-warna ini menjadikan penampilan wajah anda kelihatan segar, sihat, dan cantik secara semula jadi.

IKLAN
Photo by Radu Florin on Unsplash

LIPSTIK
Pilih warna lipstik berasaskan warna-warna natural yang sesuai dipakai setiap hari. Bagaimanapun, semasa memilih jenis dan jenama lipstik yang ingin dipakai, amat penting untuk memperhatikan kandungan bahan di dalam lipstik tersebut. Ia penting supaya bibir kita dapat mengekalkan kelembapan dan mengelakkan bibir kering dan pecah-pecah.

Photo by Oleg Magni from Pexels

PENGEPIT BULU MATA
Selain maskara, pengepit bulu mata juga amat penting dan anda perlu ada bagi memastikan bulu mata cantik terletak. Pengepit bulu mata diperlukan untuk mencantikkan bentuk bulu mata. Apabila maskara diaplikasikan pada bulu mata, ia menambahkan lagi aura mata anda yang lebih memukau.

Photo by Nataliya Vaitkevich from Pexels

SET PENGEMAS BULU KENING
Bentuk kening menentukan keseluruhan penampilan wajah anda. Sentiasa jaga bahagian kening anda agar kelihatan kemas, terurus dan rapi. Cabut dan kemaskan bulu kening yang tumbuh secara tidak teratur. Dengan cara itu, kening akan kelihatan lebih kemas setiap masa.

Photo by kinkate from Pexels

HIJABISTA: Usah terpengaruh dengan iklan serta produk-produk perawatan kulit wajah serta produk solekan yang viral. Teliti dahulu sebelum membeli sesuatu produk. Tidak semua produk yang orang lain pakai sesuai untuk anda. Buang tabiat suka bertukar-tukar produk kecantikan dan alat kosmetik bagi mengelakkan masalah pada kulit wajah.ย 

Sumber kredit: Photo by cottonbroย fromย Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI