Ada di antara kita yang bersolek untuk memberi fokus kepada bahagian yang cantik pada wajah tetapi ada di antara kita yang bersolek kerana terpaksa untuk menutup cela pada wajah.
Pasti terasa segan apabila wajah kita dipenuhi dengan parut jerawat atau jeragat hitam. Penyelesaian yang segera adalah dengan menutupnya dengan produk solekan. Ia tidak salah sama sekali namun sampai bila kita mahu bergantung kepada alat solek?
Apa kata cuba beberapa cara ini untuk mendapatkan kulit yang baik tanpa cela:
1. Gunakan pelembap ‘tinted’ yang mengandungi SPF
Gunakan pelembap ‘tinted’ ini berbanding ‘foundation’. Anda bukan sahaja melindungi kulit wajah malah ia memberi sedikit sentuhan rona serta melembapkan wajah anda.
2. Minum secawan Vitamin C panas
Minum secawan air panas bersama hirisan lemon segar. Ia mampu membuang radikal bebas dari tubuh badan anda, membuatkan kulit anda kekal sihat dan semakin baik.
3. ‘Toner’ tanpa alkohol
‘Toner’ tanpa alkohol yang baik selepas mencuci wajah adalah baik untuk menyamaratakan tona kulit wajah serta membuang lebihan produk solekan pada wajah ketika waktu pagi.
4. Lakukan pengelupasan dua kali seminggu
Gunakan sama ada produk pengelupasan atau campurkan sahaja satu sudu teh ‘baking soda’ dengan satu sudu teh air. Sapu perlahan-lahan pada wajah selama satu minit sebelum bilas dengan air sejuk dan keringkan.
5. Jangan sentuh wajah!
Berhenti menyentuh wajah anda sepanjang hari. Jangan picit atau mengopek jerawat anda dan tidak perlulah menarik atau memicit-micit wajah anda.
Cara di atas mampu memberi peluang kepada wajah anda untuk pulih dan bernafas dengan selesa. Ini hanya akan memberi kompleksi yang baik kepada wajah anda jesteru anda tidak perlu menempek produk solekan terlalu tebal. Selamat mencuba! – hb
ARTIKEL BERKAITAN: Mandi Ais Cara Cantik Neelofa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI