Meriahnya sambutan raya apabila dapat berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Malah penat berjalan dari pagi hingga ke petang tidak terasa apabila dapat bertemu ahli keluarga serta sahabat yang jarang dijumpai.

Sehari beraya tidak mencukupi dan acara kunjung mengunjung perlu diteruskan hari seterusnya. Usah risau tentang seri wajah kalau mahu terus beraya keesokan harinya.

Perkongsian wanita ini Fyza Shah memberitahu cara untuk naikkan seri di pagi raya. Hanya menggunakan air sejuk berais yang menjadi magik dan seterusnya menjadikan kulit anda lembut selembut sutera Cina dan segar seperti embun pagi.

Dia memberitahu petua ini dikongsi melalui seporang MUA popular dan boleh diamalkan setiap pagi kerana itu masa terbaik.

Ayuh ikuti perkongsiannya yang sangat mudah dan hasilnya memang berbaloi diamalkan.

Air sejuk berais jadi petua #magiknaikkan seri di pagi raya.

Kulit korang akan rasa lebih lembut selembut sutera Cina, rasa segar sesegar embun pagi.

Inilah tips 3-4 tahun lepas yang kak Fyza dapat dari seorang MUA famous masa masuk kelas make up dia. Kulit MUA tu sendiri sangat polos, sangat flawless without any make up.

Tak susah pun, lepas basuh muka dengan cleanser, bilas macam biasa.

Lepas tu ambil segelas air yang betul-betul sejuk bilas balik dalam 2-3 kali dah cukup. Macam kak Fyza akan campur dengan beberapa ketulan ais. Nak campur dengan kepingan timun lagi syok. Nanti kak Fyza wat tutorial yang ni.

Air sejuk campur ais ketul. Bilas 2-3 kali macam tu lepas cuci muka. Make sure muka dah bersih baru bilas sekejap dengan air sejuk ni tau. Freshhh. Nak Best campur dengan hirisan timun.

Amalkan setiap pagi, waktu terbaik. Sebab bila kita bagun tidur kalau perasan muka kita biasanya akan nampak sembap sikit, dengan kantung matanya lagi.

Tahu tak, sebenarnya ini terjadi disebabkan sel kulit kita mengalami regenerasi, dan liang pori kita mengembang sewaktu kita tidur.

IKLAN

TAK NAK MUKA SEMBAP? IKUT TIP MUDAH NI!

Takkan kita nak bangun dengan muka sembap-sembap lepas tu bersiap nak raya kan. Macam tak kena pula. Make up pon still nampak muka sembap tu.

So cara terbaik, kita cuci saja muka dengan air sejuk berais tu.

Nah, kat sini kak Fyza kongsi macam mana air sejuk berais ni menaikkan seri wajah kita pagi-pagi:

1- air sejuk akan ketatkan pori. Pori yang rapat ketat, buat muka nampak licin sempurna. Flawless
.
2- pori yang ketat akan buat make up kita lebih tahan lama. Lebih natural, tak bercapuk, tak merekah. Ni yang kita semua nakkan. Malu aihh, make up bercapuk time berlaga pipi dengan sepupu saudara masa raya nanti.

Sakit woihhh. Gatal dan berdenyut masa ni. 3 hari lepas

3- air sejuk berais ini akan bertindak sebagai ‘anti-wrinkle cream’. Ia akan tones kulit kita supaya jadi freshhh, dan lebih muda. Paling seronok ia slow down aging process. Kedutan semua beransur pergi.

4- kurangkan kendur pada kulit. Salah satu sebab kulit mengendur ialah pori yang lebar atau kembang. Bila pori ketat, kulit lebih firm, dan kulit jadi lifting (terangkat)

4- improve kita punya peredaran darah ke seluruh muka. Darah lebih lancar, wajah memang naik seri. Tak pucat tak kusam. Korang pun tengokkan, orang sakit muka selalu pucat darah dalam badan dia tak lancar.

Sama juga orang yang letih tak cukup rehat, muka nampak lesu. Orang yang sihat muka nampak segar. So guna air sejuk macam ni untuk aktifkan perjalanan darah kita pada wajah. Proven.

IKLAN
Bengkak jerawat makin surut. Makin rata. Kulit lembut dan segar, walaupun letih tak cukup rehat banyak persiapan kenduri nak buat raya pertama nanti

Lepas tu boleh kurangkan keradangan dan bengkak pada jerawat, bengkak bawah mata, sembap seluruh muka.

Korang tengok 2-3 hari lepas jerawat kak Fyza besar gedabak atas dahi. Berbenjol. Sakit tau masa sujud atas sejadah.

Hari ni dah surut nak rata. Tak jadi nak bernanah pun. Hilang dah gatal-gatal dan berdenyut kat jerawat tu. Baru 3 hari bilas muka dengan air sejuk ni. Serta merta dapat result.

Baca juga: Petua Awet Muda Paling Mudah, Makan Je Buah-Buahan Ni Kalau Nak Nampak Muda Dari Usia

MUKA JANGAN LUPA CUCI SEBERSIHNYA. KALAU PORI-PORI TERSUMBAT NAIK JERAWAT NANTI!

Yang penting korang cuci muka bersih-bersih ya. Ingat tips penting ni jugak:

1- elak basuh muka dengan air sejuk dalam keadaan muka kotor, atau bersolek. Nanti kotoran, minyak, bahan solekan akan terperangkap dalam pori. Ingat tau, air sejuk untuk rapat kan pori.

Dah kita tutup pori dengan sisa kotoran, bermakna kita perangkap kotoran dalam pori kita. Tersumbat kulit penyebab jerawat dan breakout.

IKLAN

2- lebih bagus bila pagi-pagi korang bangun buat double cleansing. Cuci dengan oil cleanser dan soft cleanser. Betul-betul bersih.

Lepas tu bilas dengan warm water. Air suam akan buka pori dulu. Bila pori terbuka, so kat sini kita tarik keluar segala kotoran yang tertinggal dalam pori.

3- kulit dah bersih, next baru kita bilas balik dengan air sejuk berais untuk tutup semula pori yang kita buka tadi. Tutup balik, ketatkan balik pori. This is good and complete facial procedure.

4-Dah siap facial. Baru go to next skincare routine yang biasa. Pakai essence untuk hydration, pakai serum untuk rawat kulit dan kurangkan cell damage dari radical bebas, pakai sunblock elak kulit burn dan kolagen pecah, lastly baru korang bersolek macam biasa

Less is more. Kak Fyza lebihkan penjagaan kulit. Biar leceh tak apa. Janji kulit kita sihat, segar. So that nak bersolek seringkasnya dah cukup. Solek just nak naikkan seri. Lebih berseri-seri bila kulit kita dah sedia seri dan segar.

Boleh #share terus untuk manfaat korang. Semoga semua cantik-cantik dan sejuk pandangan mata di pagi raya

Mudah sangat tip yang dikongsikannya ini. Tak perlu berbelanja lebih, jimat duit! Mesti wajah nampak berseri betul di pagi raya nanti. Tak gitu sis?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI